Nils Liedholm

Nils Liedholm
Maklumat peribadi
Nama penuh Nils Erik Liedholm
Tarikh lahir (1922-10-08)8 Oktober 1922
Tempat lahir Valdemarsvik, Sweden
Tarikh kematian 5 November 2007(2007-11-05) (umur 85)
Tempat kematian Cuccaro Monferrato, Itali
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1938–1943 Valdemarsviks
1943–1946 Sleipner 60 (24)
1946–1949 Norrköping 48 (22)
1949–1961 Milan 359 (81)
Pasukan kebangsaan
1947–1958 Sweden 23 (12)
Pasukan diurus
1961–1963 Milan (pembantu jurulatih)
1963–1966 Milan
1966–1968 Verona
1968–1969 Monza
1969–1971 Varese
1971–1973 Fiorentina
1973–1977 Roma
1977–1979 Milan
1979–1984 Roma
1984–1987 Milan
1987–1989 Roma
1992 Verona
1997 A.S. Roma
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Nils Erik Liedholm (8 Oktober 1922 – 5 November 2007)[2] merupakan seorang bekas pemain dan jurulatih bola sepak Sweden. Ketika meneruskan kariernya di Milan, beliau sebahagian daripada gabungan trio Sweden, "Gre-No-Li" bersama dua rakan senegara iaitu Gunnar Gren dan Gunnar Nordahl. Liedholm bermain sebagai seorang "playmaker" dana beliau dikenali menerusi hantaran dan kemampuan menghantar bola jauh yang cemerlang. Beliau diakui salah satu pemain terhebat Milan dan Sweden dan turut diakui salah satu pemain terbaik pada era sebelum perang. Sebagai jurulatih pula, beliau banyak berkelana ke pasukan-pasukan yang beraksi di Itali selama empat dekad dan beliau dianggap salah satu pengurus terbaik dalam sejarah bola sepak Itali. Pada penghujung abad ke-20, Liedholm diundi pemain terbaik Sweden alaf ini oleh pembaca akhbar terbesar Sweden, Aftonbladet.

Kerjaya kelab

Liedholm sertai kelab pertamanya, Valdemarsviks IF pada tahun 1938. Pada tahun 1942, beliau sertai IK Sleipner dan seterusnya pada tahun 1946, beliau berpindah ke IFK Norrköping, sebuah kelab gergasi Sweden dan beliau dapat merangkul dua kejuaraan liga Sweden bersama kelab tersebut. Di Norrköping, beliau turut beraksi 18 perlawanan antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Sweden selain membantu pasukannya meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 1948. Kemudian, beliau berpindah ke Milan pada 1949. Beliau melakukan debut Serie A pada 11 September 1949 menentang Sampdoria yang berkesudahan kemenangan 3–1 memihak kepada Milan. Pada musim pertamanya di Milan, Liedholm bermain 37 perlawanan dan menjaringkan 18 gol. Pada 1951, Liedholm merangkul kejuaraan scudetto pertamanya. Tiga kejuaraan liga lain menyusul tahun-tahun berikutnya iaitu pada 1955, 1957 dan 1959. Liedholm turut membantu Milan menjadi juara Piala Latin pada 1951 dan 1956. Beliau mengetuai pasukan Milan dalam final Piala Eropah 1958 menentang Real Madrid namun Milan tewas 2–3 selepas masa tambahan. Beliau meneruskan kariernya sehingga usianya hampir menjangkau 40 tahun.

Kerjaya antarabangsa

Selepas membantu pasukan Sweden meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 1948, Liedholm mengetuai pasukan tanah airnya ke kejohanan Piala Dunia 1958 yang berlangsung di negaranya sendiri. Pada usia hampir 36 tahun, beliau akhirnya membantu Sweden mara ke perlawanan akhir namun mereka tewas di tangan pasukan Brazil yang antara dibarisi adalah Didi dan Pelé yang baru berusia 17 tahun. Liedholm menjaringkan gol pembukaan perlawanan menjadikan beliau merupakan pemain tertua menjaringkan gol di pentas akhir Piala Dunia. Walau bagaimanapun, Brazil bangkit lalu membenam Sweden 5-2.

Statistik

Pasukan kebangsaan Sweden
Tahun Kmncln Gol
1947 7 5
1948 9 4
1949 2 1
1958 5 2
Jumlah 23 12

Gol antarabangsa

Gol antarabangsa oleh Nils Liedholm Sweden
# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
15 Jun 1947 Copenhagen, Denmark  Denmark
0–3
1–4
Persahabatan
2
24 Ogos 1947 Borås, Sweden  Finland
1–0
7–0
3
6–0
4
14 September 1947 Solna, Sweden  Poland
5–2
5–4
5
5 Oktober 1947 Solna, Sweden  Norway
1–0
4–1
6
11 Julai 1948 Solna, Sweden  Austria
1–1
3–2
7
5 Ogos 1948 London, England  Korea Selatan
1–0
12–0
Sukan Olimpik 1948
8
6–0
9
10 Oktober 1948 Solna, Sweden  Denmark
1–0
1–0
Persahabatan
10
2 Mei 1949 Solna, Sweden  Ireland
3–1
3–1
Kelayakan Piala Dunia 1950
11
8 Mei 1958 Solna, Sweden  Mexico
2–0
3–0
Piala Dunia 1958
12
29 Jun 1958 Solna, Sweden  Brazil
1–0
2–5

Kerjaya pengurus

Selepas bersara dari bermain, Liedholm menjadi pengurus Milan seketika sebelum membantu Verona dan Varese menyertai Serie A. Kejayaan ini membuatkan beliau menjadi pengurus Fiorentina dan seterusnya Milan sebelum beliau mengendali pasukan pertama pasukan. Beliau membimbing pasukan ini meraih kejuaraan liga kesepuluh pada 1979 sebelum menjadi pengurus Roma. Beliau membawa Roma ke perlawanan akhir Piala Eropah namun tewas kepada Liverpool menerusi penentuan penalti pada 1985. Setahun sebelumnya, beliau mmemimpin Roma bergelar juara liga Itali buat kali kedua dalam sejarah kelab. Selain itu, beliau merangkul tiga kejuaraan Coppa Italia bersama Roma antara tahun 1980, 1981 dan 1984.

Beliau meninggal dunia pada 5 November 2007 di dalam rumahnya di Cuccaro Monferrato, Wilayah Alessandria.[3]

Pencapaian

Pemain

IFK Norrköping
  • Allsvenskan: 1946–47, 1947–48
Milan[4]
Sweden

Pengurus

Varese
Milan[5]
Roma

Individu

  • Seminatore d'Oro: 1974–75, 1983
  • A.C. Milan Hall of Fame[6]
  • Dewan Kemahsyuran Bola Sepak Itali: 2016

Catatan

  1. ^ name="golden_great"
  2. ^ Nils Liedholm Diarkibkan 2014-10-16 di Wayback Machine. sports-reference.com
  3. ^ name="death_gazzetta"
  4. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Nils Niedholm"
  5. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Nils Niedholm"
  6. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Nils Niedholm"

Pautan luar

  • Obituary in The Times, 7 November 2007
  • Greatest Swedish Players
  • Golden Great: Nils Liedholm
  • Liedholm's Career at RSSSF.com
  • Liedholm Winery Official Website
  • Champion, gentleman, friend
  • (Inggeris) Profil Nils Liedholm di National-Football-Teams.com
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Gunnar Nordahl
Kapten Milan
1956–1961
Diikuti oleh:
Francesco Zagatti
Skuad Sweden
  • l
  • b
  • s
Skuad SwedenNaib Juara Piala Dunia FIFA 1958
  • K. Svensson
  • Bergmark
  • Axbom
  • Liedholm Kapten
  • Johansson
  • Parling
  • Hamrin
  • Gren
  • Simonsson
  • 10 Selmosson
  • 11 Skoglund
  • 12 T. Svensson
  • 13 Öberg
  • 14 Gustavsson
  • 15 Börjesson
  • 16 Haraldsson
  • 17 Håkansson
  • 18 Löfgren
  • 19 Källgren
  • 20 Mellberg
  • 21 Berndtsson
  • 22 Ohlsson
  • Jurulatih: Raynor
Sweden
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
  • Sweden