OT-64 SKOT

OT-64 SKOT
OT-64A SKOT-2A
JenisPengangkut anggota berperisai amfibia beroda
Tempat asal Czechoslovakia,
 Poland
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1963 - kini[1]
Digunakan olehLihat pengguna
PerangLihat Sejarah perkhidmatan
Sejarah pengeluaran
Direka1959
PengeluarFabryka Samochodów Ciężarowych (FSC) (Poland)[1]
Dihasilkan1963 - awal 1970-an[1]
Jumlah dibina4500[1]
AnekaLihat Kelainan
Spesifikasi
Berat14.5 t
Panjang7.44 m
Lebar2.55 m
Tinggi2.71 m
Krew2 + 18 penumpang[1]
2 + 10 penumpang (OT-64A and SKOT-2A)[1]

Armor6-13 mm
Senjata
pertama
Mesingan PKT 7.62 mm dan mesingan KPV 14.5 mm.
Enjinenjin diesel penyejukkan udara Tatra T-928-14 V-8
180 hp
Kuasa/berat12.4 hp/tan
Sistem ampaian8x8
Jarak
operasi
710 km
Kelajuan94 km/j

OT-64 SKOT (Czech adalah merupakan singkatan untuk : Střední Kolový Obrněný Transportér, dan/atau Poland Średni Kołowy Opancerzony Transporter) adalah sebuah pengangkut anggota berperisai amfibia pacuan (8x8), yang dibangunkan bersama oleh Poland dan Czechoslovakia pada tahun 1960-an.

Sejarah

SKOT bertujuan untuk mengantikan kenderaan separa-runut OT-810, yang mana hampir menyerupai SdKfz 251 Jerman semasa Perang Dunia II. Prototaip pertama telah dibina pada tahun 1959. Pada 1961, contoh siri pertama dikeluarkan dan bermula pada bulan Oktober 1963, kenderaan ini dikeluarkan di Lublin, Poland oleh Fabryka Samochodów Ciężarowych. Czechoslovakia membekalkan komponen-komponen barisan pacuan, seperti enjin, transmisi dan gandar.

Kenderaan pengeluaran pertama diserahkan pada tahun 1964 kepada Tentera Darat Poland dan Tentera Darat Czechoslovakia. Meskipun kenderaan ini masih banyak digunakan sehingga ke hari ini, jumlahnya semakin berkurangan apabila digantikan dengan kenderaan yang lebih baru. Unit-unit di dalam perkhidmatan Czech dijadualkan akan digantikan di antara tahun 2007 dan 2012.

Pengguna

Pengguna tentera

OT-64 SKOT-2A
Pengguna OT-64 SKOT
  •  Algeria - 400 OT-64 SKOT dan BTR-60.[2]
  •  Kemboja - 40, bagaimanapun jumlah mampu beroperasi mungkin kurang kerana hanya 140 buah daripada 266 buah APC Kemboja dapat digunakan sepenuhnya. Kesemua OT-64 APC diserahkan kepada pasukan simpanan Phnom Penh dan beberapa unit digunakan oleh polis tentera.
  •  Republik Czech - 28 OT-64 APC masih digunakan setakat 1 Januari, 2008. Ia dijadualkan akan digantikan dengan kenderaan baru di antara tahun 2007 dan 2012.[3]
  •  Hungary
  • Mesir - 300
  •  India
  •  Libya
  •  Maghribi
  •  Poland - Pada permulaan tahun 1990-an, SKOT secara beransur-ansur ditarik keluar dari Tentera Darat Poland, dan mengandungi sekitar 300-400 buah, khususnya versi R-2AM/AMT (untuk unit-unit artileri) dan R-3M, sekolah jurutera. SKOT sedang digantikan dengan KTO Rosomak. Terdapat 110 buah SKOT APC dan kenderaan berdasarkan SKOT di dalam perkhidmatan setakat tahun 2005.
  •  Sierra Leone
  •  Slovakia
  •  Sri Lanka - Kenderaan arahan berasaskan OT-64 SKOT.
  •  Sudan
  •  Syria
  •  Uganda
  •  Uruguay - 90

Bekas pengguna tentera

  •  Czechoslovakia - Diserahkan kepada negara-negara penganti.
  • Iraq - Kesemuanya musnah atau dijadikan sekerap.

Pengguna awam

  • Sekurang-kurangnya 2 buah SKOT APC dengan sebuah berada di Republik Czech dan sebuah lagi di Poland telah diubahsuai dan digunakan sebagai kenderaan pemadam kebakaran[4]
  • Banyak SKOT APC di Poland dan Republik Czech telah dijual kepada pemilik persendirian yang memastikan ia berada di dalam keadaan boleh digunakan dan secara berkala mempamerkannya semasa perjumpaan peminat ketenteraan.[5] Beberapa pemilik persendirian OT-64 di Republik Czech memiliki nombor plat dan menjelajah di jalan-jalan awam.[6]

Rujukan

  1. ^ a b c d e f ""Pancerni 1"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-08. Dicapai pada 2009-12-30.
  2. ^ Algerian army armyrecognition.com
  3. ^ "Czech Ministry of Defense"
  4. ^ "Civilian versions of the OT-64 SKOT, www.specops.com.p". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-07. Dicapai pada 2009-12-30.
  5. ^ MILITARIUM - Wojsko Polskie - Uzbrojenie
  6. ^ "Czech SKOT photos, www.specops.com.pl". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-02. Dicapai pada 2009-12-30.
  • Jerzy Kajetanowicz - Polish Fighting Vehicles in Post-war period.
  • Janusz Magnuski - Wozy Bojowe LWP 1943-1983 Wydawnictwo Miniterstwa Obrony Narodowej - ISBN 83-11-06990-5
  • Technika Wojska Polskiego - Dom Wydawniczy Bellona - 1998

Bacaan lanjut

  • Philip Terwhitt, “Tank”, New Emperor Publishing House, complaint ford, 2005, ISBN 3-7043-3197-x

Pautan luar

  • Czech MoD official site
  • www.globalsecurity.org: OT-64 (SKOT) (English)
  • Panzermodelkit site
  • SKOT (Polish)
  • KTO Ryś (Polish)
  • bharat-rakshak site
  • OT-64 (Czech)


4 × 4

ACMAT • AGF Serval • AMZ Dzik • AMZ Tur • ATF Dingo • Austin Champ • AXE • Badger ILAV • BPM-97 • BOV • Bushmaster • Casspir • Cheetah MMPV • Cobra • Commando • Chaimite • Cougar H • Duro III • Dozor-B • Eagle • Enok • F2 • Fahd • FNSS Pars • Fennek • FTTS • FMC XR311 • G-Class • Golan • Grizzly • HMMWV • Iveco LMV • Kaya • Komatsu LAV • Land Rover Perentie • Land Rover Wolf • LOV-1 • M1117 Guardian • Mamba • Marine Multi-purpose Vehicle • Marauder (Mine Protected Vehicle) • Matador (Mine Protected Vehicle) • Maverick (Internal Security Vehicle) • Marksman • M-ATV • MaxxPro • Millenworks Light Utility Vehicle • Mungo ESK • MWMIK • MXT-MV • MX-1 Kalakian • MX-8 Barako • OKA • Peugeot P4 • Pinzgauer • PVP • Piranha • Puma • Reva • RG-12 • RG-31 Nyala • RG-32 Scout • RG-33 • RG-34 Iguana • RG-35 • S600 • Sand Cat • Santana Anibal • Saxon • Simba • Sherpa 2 • Storm • T-98 Kombat • Tiuna • Tempest MPV • Type 6614 • GAZ-2975 (Tigr) • UR-416 • URO VAMTAC • VAB • VBL • VXB • Vodnik • Willys FAMAE Corvo • Wolf

6 × 6

ACMAT • Al-Faris 8-400 • Alvis Saracen • Patria AMV • AMX 10 RC • Armoured Multirol Carrier • AVGP Grizzly • BAE Caiman • Buffalo H • Ceradyne Bull • Cougar HE • Duro III • EE-9 Cascavel • EE-11 Urutu • ERC 90 Sagaie • F2 • FNSS Pars • Fuchs • Grizzly HPV • KTO Irbis • Land Rover Perentie • Mastiff PPV • MTVR • Pandur 6x6 • Pindad Panser • Sibmas • Pasi • Pegaso BMR • Pegaso VEC-M1 • Pinzgauer • Piranha • Puma • Ratel • RG-33 • RG-35 • Shoet • WZ551 Type 92 • VBTP-MR • VAB • LKOV Valuk • Rheinmetall YAK

8 × 8

Al-Fahd • Patria AMV • ASLAV • AV-81 Terrex • Bison • Boxer MRAV • BTR-3 • BTR-4 • BTR-80 • BTR-90 • BTR-94 • Centauro VBC • CM-32 • Coyote • FNSS Pars • KTO Rosomak • KTO Ryś • Lazar BVT • LAV-25 • LAV III • SEP • Luchs • LVS • NZLAV • Pandur II 8x8 • Piranha • Rooikat • Saur 1 • Stryker • OT-64 SKOT • Type 96 • VBCI

10 × 10

LVSR • Piranha

Kenderaan tempur berperisai Poland selepas Perang Dunia II
Kereta kebal utama
Leopard 2A4 · PT-91 Twardy · T-72 · T-55AM2 Merida · T-55 · T-54 · T-34
Kereta kebal ringan
PT-76B · PT-76 · T-70
Kenderaan tempur infantri
KTO Rosomak · BWP-2000 · BWP-2 · BWP-1
Pengangkut anggota berperisai
KTO Ryś · SPG Kalina · Opal · MT-LB · OT-62 TOPAS · OT-64 SKOT
Kereta berperisai
AMZ Dzik · BRDM-2M-98 Żbik-A · BRDM-2M-97 Żbik-B · BRDM-2M-96ik Szakal Plus · BRDM-2M-96ik Szakal · BRDM-2M-96i · BRDM-2M-96 · BRDM-2
MRAP
Cougar H
Kenderaan pacuan 4-roda
Tumak-3 · Tumak-4 · Honker Skorpion-3
Meriam gerak sendiri
Krab · 2S1T Goździk · Dana-T wz. 77 · Dana wz. 77 · 2S1 Goździk · ASU-85
Artileri roket
WR-40 Langusta · RM-70/85 · BM-21 Grad · BM-24  · BM-14
Meriam anti pesawat gerak sendiri
PZA Loara · ZSU-23-4MP Biała · Hibernyt-P · Hibernyt-KG · Hibernyt · ZSU-23-4 · ZSU-57-2
Sistem peluru berpandu permukaan ke udara gerak sendiri
9K33M2 Osa-AK · 9K33M3 Osa-AKM · S-125 Newa SC · MIM-104 Patriot · 2K11M Krug-M · 2K12M Kub-M