Pari (buruj)

Crux
Buruj
Crux
Nama LatinCrux
SingkatanCru
GenitifCrucis
Sebutan/kruks/, genitif /krusis/
SimbolismePalang Selatan
Pencerapan
(Epok J2000)
Jarak hamal
12.5
Keserongan−60
SukuanSQ3
KeluargaHerkules
Keluasan68 darjah persegi (ke-88)
Bintang
Bintang utama4
Bintang Bayer/Flamsteed
19
Bintang dengan planet
2
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
5
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
0
Bintang paling terang
Acrux (α Cru) (0.87m)
Bintang terhampirη Cru
(64.22 tc, 19.69 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
Pancuran Pari
Buruj bersempadan
Centaurus (Sentaur)
Musca (Lalat)
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +20° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Mei.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pari (Jawi: ڤاريcode: ms is deprecated ) atau Tohok (Jawi: توهوق‎) ialah buruj terkecil tetapi antara yang paling terkemuka daripada 88 buah buruj moden. Ia menonjol kerana rupa asterismenya; ia mirip suatu palang atau salib pada asasnya lalu memberi nama saintifik antarabangsa diberi iaitu Crux (Cru) kerana terletak jauh di langit selatan sebagai Palang Selatan atau Salib Selatan. Sungguhpun boleh dilihat oleh orang Yunani Purba, buruj ini dilihat sebagai sebahagian daripada buruj Centaurus (Sentaur), dan tidak ditakrifkan atau dipetakan dengan tepat sehingga abad ke-16.

Dikenali sebagai Acrux, Alpha Crucis biru-putih ialah bintang tercerah buruj ini dan bintang bawah bagi palang. Yang hampir-hampir secerahnya ialah Beta dan Gamma, sementara Delta dan Epsilon membentuk asterisme. Banyak bintang lebih cerah dalam buruj ini merupakan anggota Sekutuan Kala–Sentaur, sekelompok longgar bagi bintang-bintang biru-putih panas yang kelihatan mengongsi asal usul dan pergerakan sepunya di sepanjang Bimasakti. Kedua-dua sistem bintang telah ditemui mempunyai planet. Buruj ini juga mengandungi empat buah bintang berubah Cepheid yang boleh dilihat dengan mata kasar dengan keadaan optimum. Crux juga mengandungi Peti Permata, sebuah gugusan terbuka cerah, dan Nebula Karung Hitam, nebula gelap paling prominen di langit.

Nama-nama dipakai

Ia dikenali dengan nama Buruj Pari di Sumatera dan Semenanjung Malaysia sempena rupa ia menyerupai ikan pari,[1][2] Tohok pula kerana ia mirip "ikan tohok" atau ikan tenggiri.[1]

Orang-orang Jawa dan Bugis mengenal rasi ini sebagai "gubuk/rumah miring" (bahasa Jawa: ꦒꦸꦧꦸꦒ꧀​ꦥꦺꦚ꧀ꦕꦺꦁ Gubug Pèncèng, bahasa Bugis: Bola képpang atau Boyang képpang).[3] Nama lain yang dipakai orang Bugis adalah tobalu ("janda", terkait dengan legenda). Orang Bajau di perairan selatan Sulawesi mengenalnya sebagai Lalajah.[2]

Bintang-bintang utama

Bintang-bintang yang berada pada rasi ini adalah:

Nama Nama lain Jarak (dalam t.c)
β Cru Mimosa (bahasa Latin, "peniru")[4], Becrux (Beta Crux) 353[5]
α1 Cru Acrux (Alpha Crux),

Magalhãnica (bahasa Portugis, "bintang Magellan)[6]

321
γ Cru A Gacrux (Gamma Crux), Rubídea ("kemerahan")[6] bintang utama: 88

bintang kedua: 264

δ Cru Pálida (bahasa Portugis, "pucat")[6] 345[5]
ε Cru Intrometida (bahasa Portugis, "rasa ingin tahu")[6] 228

γ Crucis merupakan antara bintang gergasi merah terdekat yang boleh dicapai dari Bumi.

Hubungan dengan manusia

Pemerhatian buruj ini oleh masyarakat Jawa di langit timur pada awal malam menandakan mulanya mengisi padi dituai ke dalam simpanan lumbung; maka buruj ini turut diberi nama Lintang Lumbung (bahasa Jawa: ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦭꦸꦩ꧀ꦧꦸꦁ​).[2][7]

Masyarakat-masyarakat Hemisfera Selatan menggunakan buruj ini sebagai penunjuk arah selatan di mana ​4 12 kali jarak γ Crucis ke α Crucis boleh menuju ke titik berhampiran Kutub Selatan sebenar di Bumi.[5] Kepentingan ini mendorong banyak negara di belah bumi ini memaparkan buruj tersebut pada bendera-bendera dikibarkan termasuk Australia, New Zealand dan Samoa. Begitu juga dengan masyarakat Bugis yang khusus berpandukan dua-dua bintang ini serta β Crucis, δ Crucis dan μ Crucis[3] serta orang Bajau.[2]

Lihat juga

  • Crux (astronomi Cina)

Rujukan

  1. ^ a b Nurul Fatini Jaafar (2016). "Kebudayaan Langit Pribumi Malayonesia". Kesturi. Akademi Sains Islam Malaysia. 26 (2). doi:10.13140/RG.2.2.24869.55520.
  2. ^ a b c d Eko Hadi G. (13 Jun 2016). "Crux". Kafe Astronomi. Dicapai pada 25 Mei 2020.
  3. ^ a b Kelley, David H.; Milone, Eugene F.; Aveni, A.F. (2011). Exploring Ancient Skies: A Survey of Ancient and Cultural Astronomy. New York, New York: Springer. m/s. 344. ISBN 978-1-4419-7623-9.
  4. ^ http://www.constellationsofwords.com/stars/Mimosa.html
  5. ^ a b c Ridpath, Ian; Tirion, Wil (2017), Stars and Planets Guide, Akhbar Universiti Princeton, m/s. 134–135, ISBN 9780691177885
  6. ^ a b c d List of the star names in Crux
  7. ^ Daldjoeni, N. (1984). "Pranatamangsa, the javanese agricultural calendar – Its bioclimatological and sociocultural function in developing rural life". The Environmentalist. 4: 15–18. doi:10.1007/BF01907286. S2CID 189914684.
Rujukan
  • Levy, David H. (2005), Deep Sky Objects, Prometheus Books, ISBN 1-59102-361-0
  • Pasachoff, Jay M. (2006), A Field Guide to the Stars and Planets, Houghton Mifflin
  • Velt, Kik (1990), Stars Over Tonga, Universiti 'Atenisi

Pautan luar

  • Southern Cross Starry Night Photography. (Inggeris)
  • Star Tales – Crux (Inggeris)
  • Finding the South Pole in the sky (Inggeris)
  • Southern Cross Diarkibkan 2008-10-14 di Wayback Machine di Te Ara – the Encyclopedia of New Zealand (Inggeris)
  • Tell time from the position of the southern cross http://puggle.byethost14.com/homepage/cruxstuff.html (Inggeris)
  • Letter of Andrea Corsali 1516-1989: with additional material ("the first description and illustration of the Southern Cross, with speculations about Australia ...") didigitkan oleh Perpustakaan Negara Australia. (Inggeris)
  • The Deep Photographic Guide to the Constellations: Crux. (Inggeris)
  • The Cambridge Guide to the Constellations, Michael E. Bakich, Akhbar Universiti Cambridge, 1995, hlm. 85. (Inggeris)
  • Universe: The Definitive Visual Dictionary, Robert Dinwiddie dan lain-lain., DK Adult Publishing, (2005), hlm. 396. (Inggeris)
  • The Sign of the Southern Cross Black Sabbath (Inggeris)
  • Ian Ridpath dan Wil Tirion (2007). Stars and Planets Guide, Collins, London. ISBN 978-0-00-725120-9. Akhbar Universiti Princeton, Princeton. ISBN 978-0-691-13556-4. (Inggeris)
  • Buruj Crux di Constellation Guide (Inggeris)
  • [1] Andrea Corsali - Surat kepada Giuliano de Medici, 1516, dengan bahan tambahan, 1989 (Inggeris)

Templat:Bintang dalam Crux

  • l
  • b
  • s
88 buruj moden
Andromeda  · Antlia  · Apus  · Aquarius · Aquila · Ara · Aries · Auriga · Boötes · Caelum · Camelopardalis · Cancer · Canes Venatici · Canis Major · Canis Minor · Capricornus · Carina · Cassiopeia · Centaurus · Cepheus · Cetus · Chamaeleon · Circinus · Columba · Coma Berenices · Corona Australis · Corona Borealis · Corvus · Crater · Crux · Cygnus · Delphinus · Dorado · Draco · Equuleus · Eridanus · Fornax · Gemini · Grus · Hercules · Horologium · Hydra · Hydrus · Indus · Lacerta · Leo · Leo Minor · Lepus · Libra · Lupus · Lynx · Lyra · Mensa · Microscopium · Monoceros · Musca · Norma · Octans · Ophiuchus · Orion · Pavo · Pegasus · Perseus · Phoenix · Pictor · Pisces · Piscis Austrinus · Puppis · Pyxis · Reticulum · Sagitta · Sagittarius · Scorpius · Sculptor · Scutum · Serpens · Sextans · Taurus · Telescopium · Triangulum · Triangulum Australe · Tucana · Ursa Major · Ursa Minor · Vela · Virgo · Volans · Vulpecula
  • l
  • b
  • s
Sejarah buruj
  • l
  • b
  • s
48 buruj disenaraikan oleh Ptolemy selepas 150 M
Andromeda · Aquarius · Aquila · Ara · Argo Navis · Aries · Auriga · Boötes · Cancer · Canis Major · Canis Minor · Capricornus · Cassiopeia · Centaurus · Cepheus · Cetus · Corona Australis · Corona Borealis · Corvus · Crater · Cygnus · Delphinus · Draco · Equuleus · Eridanus · Gemini · Hercules · Hydra · Leo · Lepus · Libra · Lupus · Lyra · Ophiuchus · Orion · Pegasus · Perseus · Pisces · Piscis Austrinus · Sagitta · Sagittarius · Scorpius · Serpens · Taurus · Triangulum · Ursa Major · Ursa Minor · Virgo
  • l
  • b
  • s
41 buruj tambahan moden dari 1603 M dan berikutnya
Vespucci atau Corsalius awal 16c: Crux  · Triangulum Australe  · Vopel 1536: Coma Berenices  · Keyser & de Houtman 1596: Apus  · Chamaeleon  · Dorado  · Grus  · Hydrus  · Indus  · Musca  · Pavo  · Phoenix  · Tucana  · Volans  · Plancius 1613: Camelopardalis  · Columba  · Monoceros  · Habrecht 1621: Reticulum  · Hevelius 1683: Canes Venatici  · Lacerta  · Leo Minor  · Lynx  · Scutum  · Sextans  · Vulpecula  · de Lacaille 1763: Antlia  · Caelum  · Carina  · Circinus  · Fornax  · Horologium  · Mensa  · Microscopium  · Norma  · Octans  · Pictor  · Puppis  · Pyxis  · Sculptor  · Telescopium  · Vela
  • l
  • b
  • s
Buruj lapuk (termasuklah buruj Kapal Argo Ptolemy)
Anser · Antinous · Argo Navis · Asterion · Cancer Minor · Cerberus · Chara · Custos Messium · Felis · Frederici Honores/Gloria Frederici · Gallus · Globus Aerostaticus · Jordanus · Lilium · Lochium Funis · Machina Electrica · Malus · Mons Maenalus · Musca Borealis · Noctua · Officina Typographica · Polophylax · Psalterium Georgii/Harpa Georgii · Quadrans Muralis · Ramus Pomifer · Robur Carolinum · Sceptrum Brandenburgicum · Sceptrum et Manus Iustitiae · Solarium · Tarandus vel Rangifer · Taurus Poniatovii · Telescopium Herschelii · Testudo · Tigris · Triangulum Minor · Turdus Solitarius · Vespa · Vultur cadens · Vultur volans
Nama buruj yang usang
Apis · Phoenicopterus · Serpentarius · Vespa · Xiphias

Koordinat: Peta langit 12h 30m 00s, −60° 00′ 00″