Pasukan Aturgerak Cepat

Askar payung terjun Divisyen Ke-82 Airborne menaiki sebuah pesawat pengangkut

Pasukan Aturgerak Cepat (singkatan PAC) adalah sebuah formasi tentera yang mampu mengatur gerak pasukannya dengan pantas. Pasukan tersebut lazimnya terdiri daripada unit-unit elit tentera (pasukan operasi khas, askar payung terjun, askar marin, dll.) dan biasanya dilatih pada intensiti yang lebih tinggi daripada tentera negara mereka yang lain. Mereka biasanya mendapat keutamaan dari segi peralatan dan latihan untuk mempersiapkan mereka dengan misi mereka. Pasukan Tindak Balas Pantas (Quick Response Force, QRF) tidak boleh dikelirukan dengan Rapid Deployment Forces (AS), atau Rapid Response (NATO). QRF adalah unit yang paling kerap bertindak terhadap isu-isu tempatan atau kawasan didalam bidang kuasa mereka, sebagai contoh Pengawal Kebangsaan, militia, Kerahan Depan, pasukan separa tentera, dll.

Pasukan aturgerak cepat di kebanyakan angkatan tentera digunakan untuk pengerahan diluar sempadan negara mereka. Divisyen Ke-82 Airborne dan Rejimen Ke-75 Renjer Tentera Darat AS adalah contoh Pasukan Aturgerak Cepat. Kedua-dua unit mempunyai misi tempur yang "Berangkat" (dalam perjalanan dengan pesawat) dalam tempoh 18 jam dari arahan eksekutif. Kedua-dua unit mempunyai keupayaan "Serangan Berkuasa" kedalam sesuatu wilayah untuk menawan dan memegang sasaran utama, sebagai contoh zon pendaratan (Drop Zone, DZ), lapangan terbang, untuk menampung pasukan susulan. Satu contoh yang baik adalah Operasi Urgent Fury. Anggota renjer berada di pangkalan awal di Barbados dalam masa kurang 18 jam dari arahan diikuti oleh Divisyen Ke-82 Airborne. Nama Pasukan Aturgerak Cepat sering dikaitkan dengan Marin AS. Kor Marin AS ditempatkan diseluruh dunia atas kapal-kapal, diluar pantai wilayah-wilayah bermasalah dan sentiasa bersiap sedia. Status misi itu biasanya menempatkan mereka dalam kategori "Kerahan Depan" dengan cara yang sama seperti Divisyen Ke-2 Infantri di Republik Korea (ROK) ialah kerahan depan di DMZ.

Contoh PAC

Contoh-contoh Pasukan Aturgerak Cepat termasuklah:

  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNPROFOR Pasukan Tindak Balas Cepat, terdiri daripada TF Alpha, TF Bravo, dan Briged Ke-24 Gerak Udara pada tahun-tahun terakhir Perang Bosnia 1992–95.
  • Kesatuan Eropah Matlamat Utama Helsinki Pasukan Katalog
  • Kesatuan Eropah Grup Tempur Kesatuan Eropah
  • NATO Pasukan Tindak Balas NATO
  • Itali Kor Aturgerak Cepat NATO – Itali
  • Indonesia Kostrad, Kor Marin Indonesia
  • Argentina Pasukan Aturgerak Cepat Argentina (FDR)
  • ColombiaPasukan Aturgerak Cepat (FUDRA)
  • Finland Pasukan Aturgerak Cepat Finland (FRDF)
  • Jepun Pasukan Kesiagaan Pusat
  • Malaysia 10 Briged Para
  • Jerman/Belanda Divisyen Pasukan Pantas
  • Belanda Kor Marin Belanda
  • Norway Batalion Telemark Norway
  • Portugal Briged Tindakan Cepat
  • Kesatuan Soviet/Rusia Pasukan Airborne (VDV)
  • Singapura Pengawal Singapura
  • Sri Lanka Briged Gerak Udara
  • Thailand Rejimen Ke-31 Infantri, Pengawal Raja
  • United Kingdom Pasukan Tindakan Cepat Bersama
  • Amerika Syarikat Unit Ekspedisi Marin[1]
  • Amerika Syarikat Kor XVIII Airborne
  • Amerika Syarikat Askar Renjer Amerika Syarikat
  • Mesir Pasukan Aturgerak Cepat Mesir[2]

Lihat juga


Rujukan

  1. ^ What is a MEU? Diarkibkan 2009-02-18 di Wayback Machine 22nd MEU website
  2. ^ http://www1.youm7.com/News.asp?NewsID=1576429