Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa

Lambang ISAF

Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) adalah satu misi keselamatan yang diketuai oleh NATO di Afghanistan. Ia diwujudkan oleh Majlis Keselamatan PBB pada 20 Disember 2001 melalui Resolusi 1386[1] sepertimana yang dibayangkan dalam Persetujuan Bonn.[2] Ia terlibat dalam Perang di Afghanistan (2001–kini).

Pada awalnya, ISAF ditugaskan untuk menyelamatkan Kabul dan kawasan sekitarnya daripada Taliban, al Qaeda dan ketua-ketua puak, bagi membolehkan penubuhan Pertadbiran Sementara Afghanistan yang diketuai oleh Hamid Karzai.[3] Pada bulan Oktober 2003, Majlis Keselamatan PBB membenarkan perluasan misi ISAF ke seluruh Afghanistan,[4] dan ISAF seterusnya mengembangkan misi menerusi empat tahap utama.[5] Sejak tahun 2006, ISAF telah terlibat dalam operasi tempur yang lebih intensif di selatan dan timur Afghanistan, satu kecenderungan yang berlanjutan sehingga tahun 2011.

Pada Januari 2009 jumlah anggotanya adalah sekitar 55,100.[6] Jumlah ini bagaimanapun telah bertambah dua kali ganda setakat 2011.[7] Terdapat askar daripada 28 negara NATO, 11 rakan dan 10 bukan-NATO / bukan-rakan,[8] Antara penyumbang anggota tentera adalah Denmark, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol, Turki, Australia, Poland dan kebanyakan anggota Kesatuan Eropah dan NATO. Kekerapan tempur yang dialami oleh setiap negara penyumbang jauh berbeza, di mana Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada mengalami kehilangan jiwa yang besar di dalam operasi-operasi tempur yang dilakukan.

Negara terbabit

  • Amerika Syarikat
  • United Kingdom
  • Jerman
  • Perancis
  • Itali
  • Kanada
  • Poland
  • Malaysia

Nota

  1. ^ Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution 1386 S-RES-1386(2001) on 31 Mei 2001 (retrieved 2007-09-21)
  2. ^ Security Council Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Document 1154 Annex I - International Security Force page 9 in 2001
  3. ^ "Official Documents System of the United Nations" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-10-09. Dicapai pada 2010-11-13.
  4. ^ "UNSC Resolution 1510, 13 Oktober 2003" (PDF). Dicapai pada 2010-07-05.
  5. ^ "ISAF Chronology". Nato.int. Dicapai pada 2010-07-05.
  6. ^ "Microsoft PowerPoint - JAN0912-Updated ISAF Troops Placemat.ppt" (PDF). Dicapai pada 2010-06-23.
  7. ^ "Troop Numbers & Contributions | ISAF - International Security Assistance Force". Isaf.nato.int. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-05. Dicapai pada 2011-10-15.
  8. ^ ISAF placemat 090112

Bacaan lanjut

  • Sean M. Maloney, Enduring The Freedom: A Rogue Historian In Afghanistan.. Dulles: Potomac Books, Incorporated, 2005, ISBN 1-57488-953-2

Pautan luar

  • Official ISAF Site
  • Official ISAF Videos
  • ISAF's voice toward the Afghan people (English and Dari)
  • Articles on NATO - ISAF mission
  • Video of British ISAF Patrol in Action Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine
  • Official site of the Allied Joint Force Command Brunssum, Netherlands
  • Combined Forces Command - Afghanistan Diarkibkan 2007-06-09 di Wayback Machine
  • UK Defence News, operations in Afghanistan
  • Peace Operations Monitor- Afghanistan
  • BELU ISAF 12, the official ISAF site of Belgium and Luxembourg Diarkibkan 2013-11-29 di Wayback Machine (Belanda) and (Perancis)
  • The ISAF-site of the Czech Ministry of Defence (Inggeris)
  • Official Norwegian Defence Force Afghanistan Deployment Site Diarkibkan 2009-09-13 di Wayback Machine (Norway)
  • Norwegian ISAF Photos 2004-2005
  • Infos about Commanders of other nations and APO's at ISAF Diarkibkan 2007-02-17 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Peserta
Operasi
ISAF · Peserta Operasi Bertahan Kebebasan · Afghanistan · Perikatan Utara · Amerika Syarikat · Iraq (Angkatan Tentera Iraq) · NATO · Pakistan · United Kingdom · Filipina · Habsyah
Sasaran
Al-Qaeda · Osama bin Laden · Al-Qaeda di Semenanjung Arab · Anwar al-Awlaki · Abu Sayyaf · Pemberontakan Iraq · Hamas · Kesatuan Mahkamah Islam · Jemaah Islamiyah · Taliban · Jaish-e-Mohammed · Harkat-ul-Jihad al-Islami · Hizbul Mujahideen · Hezbollah · Gerakan Islam Uzbekistan · Lashkar-e-Taiba · Mujahideen
Pertikaian
Operasi
Bertahan Kebebasan
Perang di Afghanistan · OEF - Filipina · Program Melatih dan Membekal Georgia · Kelestarian dan Kestabilan Georgia · OEF - Tanduk Afrika · OEF - Trans Sahara · Serangan Pelontar di Pakistan
Lain
Pemberontakan di Maghreb · Perang Iraq · Keganasan di Arab Saudi · Perang di Pakistan Barat Laut · Pemberontakan Thailand Selatan · Perang di Somalia · Percanggahan al-Islam Fatah-Lubnon · Pemberontakan di Filipina · Tindakan keras al-Qaeda Yemen
Lihat juga
Penyeksaan banduan Abu Ghraib · Akta Keganasan Usahawan Haiwan · Paksi kejahatan · Doktrin Bush · Laman Black urus CIA · Pertembungan Tamadun · Status Kajisemula Tribunal Kombatan · Kritikan Perang terhadap Keganasan · Kematian Osama bin Laden · Teknik soal siasat bertambah · Undang-undang tahanan banduan di luar AS · persembahan luar biasa · Kem tahanan Teluk Guantanamo · Akta Jawatankuasa Tentera · Rancangan pengawasan elektronik NSA · Watak Pakistan · Luis Posada Carriles · Rancangan Pengawasan Presiden · Akta Lindung Amerika 2007 · Pembunuhan disasar · Pembunuhan Disasar dalam Hukum Antarabangsa · Teori eksekutif kesatuan · Penempur melawan hukum · Akta Patriot