Pau (kuih)

Pau
ڤاوcode: ms is deprecated
Pau berinti daging dijual di sebuah pasar
Nama alternatifBao, humbow, pau, baozi, bao, nunu, bausak, atau powJenisRoti kukus berintiTempat asalUtara ChinaKawasan/rantauChina, Hong Kong, Taiwan, Asia timur, Asia tenggara dan Asia SelatanBahan utamaTepung Sunting ini di WikidataCara penyediaanPengukusan Sunting ini di WikidataKeragaman/variasiDabao, xiaobaosunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Baozi
"Baozi" di dalam tulisan Cina
Bahasa Cina包子code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu Pinyinbāozi
IPA[pɑ́ʊ.tsɨ] ( dengar)
Bahasa Min Selatan
POJ Bahasa Hokkienpau-á
Alternative Chinese name
Bahasa Cinacode: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Jyutpingbaau1
Melayu
Melayupau, ڤاوcode: ms is deprecated

Pau (Jawi: ڤاوcode: ms is deprecated , juga dipanggil sebagai pao, baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow) merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam, sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan.

Bagi mengenalpasti jenis-jenis pau yang dimasak, biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas, yang dibuat secara segar ataupun yang sejuk beku.

Asal masakan ini datangnya dari China.

Pembuatan

Tepung asas yang selalu menjadi pilihan ialah gandum. Namun, penggunaan tepung khusus atau tepung pau menjadi pilihan kerana komposisi tepungnya iaitu kadar kelembapan (13.0 - 14.0%), protein (9.5 - 10.5%) dan kandungan abu (0.50 - 0.60%) yang membolehkan tekstur warna putih salji dan bentuk fizikal yang gebu terhasil.

Alatan untuk mengukus, seperti pengukus buatan dari buluh, elektrik atau besi tahan karat. Penggunaan kuali, dijadikan dasar atau tempat letak air untuk membolehkan proses pengewapan air berlaku untuk pengukus jenis buluh. Ketuhar gelombang mikro juga boleh digunakan.

Bagi mengelak pau melekit di dulang pengukus, pelapik kertas atau kain diletakkan di bahagian bawah pau. Waktu mengukus diantara lebih kurang 15-30 minit.[1]

Variasi

Kukus

Penggunaan pes makanan dijadikan inti untuk jenis pau manisan. Ia terdapat dalam pelbagai perisa seperti:

Manisan

Bukan manisan

Inti daging seperti ayam atau lembu selalunya dimasukkan. Jenis masakan seperti rendang, masak lada hitam, ataupun kari menjadi pilihan. Selain daging, hasil laut seperti ikan bilis yang dijadikan sambal juga digunakan.

Manakala, sayur-sayuran seperti kentang, taugeh atau campuran sayur-sayuran seperti kubis, sengkuang, lobak merah atau cendawan.

Goreng

Pau ini digoreng dengan minyak yang banyak. Ada disetengah tempat atau kawasan memanggil donat inti. Pau jenis ini mempunyai variasi manisan dan bukan manisan. Pau goreng manis selalunya diisikan dengan pes kacang merah atau mana-mana jenis manisan yang dianggap bersesuaian. Manakala, bukan manisan seperti pau sambal ikan bilis (juga terdapat yang diselitkan hirisan timun) dan pau sardin (dari tin).

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Granger, Bill (10 November 2013). "Basic steamed buns". The Independent. Dicapai pada 12 November 2013.
  • l
  • b
  • s
Hidangan biasa
Melayu
Cina
India
Bumiputera (Sabah dan Sarawak)
Peranakan
Timur Tengah (Arab, Parsi, dan lain-lain)
Serani
  • Ayam ketul
  • Kari
  • Kari debal
  • Shepherd's pie
  • Sup ekor
Siam
Makanan ringan
Kuih dan pastri
Keropok, Kerepek
Kuih
Pencuci mulut
Minuman
Bukan alkohol
Alkohol
Perasa
  • Ikon portal Portal Makanan
  • Kategori Kategori: Masakan Malaysia
  • Senarai hidangan Malaysia