Pekan, Pahang

Pekan
ڤكن
Mohor bagi Pekan
Mohor
Negara Malaysia
Negeri Pahang
Diasaskan Abad ke-17
Majlis Perbandaran 30 Julai 2023
Kerajaan
 - Datuk bandar Dato' Ali Syahbana Bin Sabaruddin
Laman web: http://www.mdpekan.gov.my

Pekan ialah sebuah perbandaran dan bandar diraja di negeri pahang dalam negeri Pahang, Malaysia. arah dari utara kuantan hingga ke arah selatan pekan berhampiran daerah kuantan

Gelaran tua bagi negeri Pahang ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya yang terkenal sampai sekarang dan ibu negeri Pahang pada zaman dahulu bernama Pekan. Sebelum negeri Pahang ditakluk oleh Kerajaan Melayu Melaka, orang Hindu-Asli (berbahasa Sanskrit) memanggil ibu negeri Pahang itu Pura. Orang-orang Melayu ada juga menyebutnya Pura (ada tersebut dalam hikayat Sejarah Melayu 1977 : hal 73). Manakala orang melayu yang diam berhampiran dengan Sungai Endau, Sungai Rompin dan Sungai Bebar memanggilnya Pekan Pahang pula. Pada masa ini Bandar Diraja Pahang yang dinamakan Pekan itu ialah daerah-daerah yang di kiri dan kanan Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua hingga ke hulu had Tanjung Langgar. Bandar Pekan itu terbahagi kepada dua bahagian : Pekan Baharu dan Pekan Lama. Di Pekan Lama itulah tempat kediaman raja-raja dan orang-orang besar Pahang.

Pekan Baharu itu pada zaman dahulu kampung Cina namanya, kemudian baru disebut Pekan Baharu. (Buyung Adil, 1972 : hal 2) Bandar Pekan dikatakan wujud semenjak abad ke 17 lagi. Namun demikian, tidak ada tarikh yang pasti tentang penemuan Pekan tetapi ramai penulis samada penulis Barat, Arab atau penulis Cina menyebut dan menceritakan tentang Pekan.

Mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.

Pekan merupakan sebuah daerah [1], dan bandar diraja di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri terkini iaitu Kuantan, berhampiran Laut China Selatan dan tebing selatan Sungai Pahang. Pekan mempunyai 2 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan) dan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) dan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM iaitu MRSM Tun Abdul Razak Pekan, Pahang.

Pintu gerbang Istana Abu Bakar.

Pusat beli belah dan Pasaraya

  • Emporium Mydin Pekan [1]
  • Tunas Manja Pekan [2]
  • Tunas Manja Ketapang [3]
  • Tunas Manja Muadzam Shah [4]
  • Tunas Manja Muadzam Shah (Cawangan Bandar) [5]
  • Pasaraya Pantai Selamat [6]
  • Pasaraya KU Pekan [7]
  • Pasaraya KU Muadzam Shah [8]
  • Gedung Ten Ten [9]
  • Pasaraya Fresh Choices [10]
  • Rakyat Mall [11]
  • Tunas Manja Express 3000 [12]
  • Pasaraya Darul Makmur [13]
  • MR D.I.Y. Pekan [14]

Parlimen Pekan

Bagi parlimen Pekan, ahli parlimennya adalah Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, iaitu YAB Najib Tun Razak.

Rujukan

  1. ^ "Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-03-11.

2. [15]

3. [16]

Pautan luar

  • Laman Komuniti Pekan
  • Laman web Majlis Daerah Pekan
  • VirtualTourist.com Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Bendera Pahang Pahang Darul Makmur Lambang Pahang
Daerah
Bandar
Bandar Bera Bandar Muadzam Shah Bandar Tun Abdul Razak (Keratong) • Bandar Tun Razak (Jengka) • Batu Hitam Batu Talam Belimbing Benta Bentong Beserah Brinchang Bukit Ibam Bukit Tinggi Ceruk Paloh Chendor Chenor Cheroh Tasik Chini Cherating FELDA Mempaga FELDA New Zealand Bukit Fraser Gambang Gebeng Genting Highlands Genting Sempah Janda Baik JerantutKarak Kemayan Krambit Kerayong Kerdau Kertau Ketari Kampung Awah Kota Bahagia Kota Iskandar Kota Shahbandar Kuala Krau Kuala Lipis Kuala Pahang Kuala Rompin Kuala Tembeling Kuantan (ibu negeri) • Lanchang Lentang Lubuk Paku Lurah Bilut Maran Melati Mengkarak Mengkuang Mentakab Merapoh Nenasi Paloh Hinai Pekan, Pahang • Penor Raub RingletRKT Salong Rompin Sebertak Sempalit Sungai Lembing Sungai Ruan Tanah Rata Tanjung Lumpur Tanjung Sepat Teluk Cempedak Temerloh Triang Tringkap
Pulau
Kampung
Bandar baru
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P078 Cameron Highlands
N01 Tanah Rata
N02 Jelai

P079 Lipis
N03 Padang Tengku
N04 Cheka
N05 Benta

P080 Raub
N06 Batu Talam
N07 Tras
N08 Dong

P081 Jerantut
N09 Tahan
N10 Damak
N11 Pulau Tawar

P082 Indera Mahkota
N12 Beserah
N13 Semambu

P083 Kuantan
N14 Teruntum
N15 Tanjung Lumpur
N16 Inderapura

P084 Paya Besar
N17 Sungai Lembing
N18 Lepar
N19 Panching

P085 Pekan
N20 Pulau Manis
N21 Peramu Jaya
N22 Bebar
N23 Chini

P086 Maran
N24 Luit
N25 Kuala Sentul
N26 Chenor

P087 Kuala Krau
N27 Jenderak
N28 Kerdau
N29 Jengka

P088 Temerloh
N30 Mentakab
N31 Lanchang
N32 Kuala Semantan

P089 Bentong
N33 Bilut
N34 Ketari
N35 Sabai
N36 Pelangai

P090 Bera
N37 Guai
N38 Triang
N39 Kemayan

P091 Rompin
N40 Bukit Ibam
N41 Muadzam Shah
N42 Tioman

  • l
  • b
  • s
ECER di Kelantan
ECER di Terengganu
ECER di Pahang
ECER di Johor