Penarafan CAMELS

Sistem penarafan CAMEL (CAMEL ratings system) merupakan kaedah bagi menilai kekukuhan Kesatuan Kredit oleh Pentadbiran Kesatuan Kredit Kebangsaan (National Credit Union Administration-NCUA). Penarafan ini dipakai oleh NCUA sejak tahun 1987,berdasarkan pada lima ciri utama bagi operasi Kesatuan Kredit:[1]

  • (C) Kecukupan Modal - Capital adequacy
  • (A) Kualiti aset - Asset quality
  • (M) Pengurusan - Management
  • (E) Perolehan - Earnings
  • (L) Pengurusan aset dan liabiliti - Asset liability management

Sistem penarafan ini direka bagi mengambil kira dan membayangkan kesemua factor kewangan dan operasi yang penting yang dinilai oleh penilai dalam penilaian prestasi Kesatuan Kredit. Kesatuan Kredit ditaraf menurut gabungan kadar kewangan dan penilaian pemeriksa.[1]

Penarafan CAMELS

Penarafan CAMELS atau penarafan Camels merupakan penarafan penyelia Amerika Syarikat bagi keadaan keseluruhan bank yang digunakan bagi mengelaskan kurang dari 8,000 bank dalam negara. Penarafan ini berdasarkan penyata kewangan bank dan pemeriksaan di tapak oleh penyelia seperti based on financial statements of the bank and on-site examination by regulators like the Bank Rizab Persekutuan, Office of the Comptroller of the Currency dan Insurans Perbadanan Dana Persekutuan (Federal Deposit Insurance Corporation).Skalanya adalah dari 1 hingga 5 dengan 1 sebagai paling kukuh dan 5 paling lemah. Penarafan ini tidak didedahkan kepada umum tetapi hanya kepada pengurusan atas syarikat perbankan bagi mengelakkan serbuan bank bagi bank yang memiliki penarafan CAMELS yang buruk.[2]

Ia merupakan peralatan yang digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai tindak balas pada krisis kewangan sejagat 2008 bagi membantunya menentukan bank mana perlu diberikan bantuan khas dan yang mana tidak sebagai sebahagian dari program permodalan yang diberi kuasa melalui Akta Penstabilan Ekonomi Kecermasan 2008.

Komponen

Komponen bagi keadaan bank yang dinilai:[2]

  • (C) Kecukupan Modal - Capital adequacy
  • (A) Kualiti aset - Asset quality
  • (M) Pengurusan - Management
  • (E) Perolehan - Earnings
  • (L) Pengurusan aset dan liabiliti - Asset liability management
  • (L) Kecairan - Liquidity dan
  • (S) Kesensitifan pada Risiko Pasaran - Sensitivity to Market Risk

Berdasarkan cirri-ciri ini agensi Pentakrifan Kredit menarafkan peralatan dicadangkan dikeluarkan oleh syarikat berkaitan.

Lihat juga

  • Keadaan bank
  • Basel II
  • Disiplin pasaran

Rujukan

  1. ^ a b "NCUA Letter to Credit Unions" (PDF). NCUA. November 2000. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-07-17. Dicapai pada 25 July 2011.
  2. ^ a b Using CAMELS Ratings to Monitor Bank Conditions

Pautan luaran

  • National Credit Union Administration letter to credit unions defining the system