Penghalaman

Dalam sistem pengendalian komputer, terdapat pelbagai cara di mana sistem pengendalian tersebut dapat menyimpan dan mendapat kembali data daripada storan sekunder untuk digunakan oleh ingatan utama. Salah satu skema pengurusan ingatan sebegini dirujuk sebagai penghalaman. Dalam skema pengurusan ingatan penghalaman, sistem pengendalian mendapat balik data daripada storan sekunder dalam blok-blok bersaiz sama yang dipanggil halaman. Kelebihan utama penghalaman ialah ia membenarkan ruang alamat fizikal sesuatu proses menjadi takberdampingan. Sebelum wujudnya penghalaman, sistem-sistem terpaksa memuatkan keseluruhan aturcara-aturcara dalam storan secara berdampingan lantas menyebabkan pelbagai masalah storan dan penyerpihan.[1]

Penghalaman ialah bahagian pelaksanaan ingatan maya yang penting dalam kebanyakan sistem pengendalian serbaguna masa kini, ia membolehkan storan cakera digunakan untuk data yang tidak muat ke dalam Ingatan capaian rawak (RAM). Penghalaman biasanya dilaksanakan sebagai kod berkhususkan seni bina yang dibina dalam inti sistem pengendalian berkenaan.

Gambaran keseluruhan

Fungsi utama penghalaman dilakukan ketika sesuatu program cuba untuk mencapai halaman-halaman yang sedang tidak dipetakan kepada ingatan fizikal (RAM). Keadaan ini dikenali sebagai kegagalan halaman. Sistem pengendalian harus mengatasi dan mengawal kegagalan halaman tersebut, dalam suatu cara yang tersorok daripada atur cara berkenaan. Maka, sistem pengendalian tersebut harus:

  1. Menentukan kedudukan data berkenaan dalam storan auksiliari.
  2. Mendapatkan bingkai halaman kosong dalam RAM untuk digunakan sebagai bekas untuk data.
  3. Memuatkan data yang diminta kedalam bingkai halaman yang ada.
  4. Mengemaskinikan jadual halaman untuk menunjukkan data yang baru.
  5. Memulangkan kawalan kepada atur cara, dengan senyap mencuba semula suruhan yang menyebabkan kesalahan halaman.

Lihat juga

  • Ingatan maya

Rujukan

  1. ^ Belzer, Jack; Holzman, Albert G.; Kent, Allen, penyunting (1981). "Virtual memory systems". Encyclopedia of computer science and technology. 14. CRC Press. m/s. 32. ISBN 0824722140.
  • l
  • b
  • s
Sistem pengendalian
Am
Sejarah · Garis masa · Perkembangan · Perbandingan · Bahagian penggunaan
Inti
Am
Mikrointi · Nanointi
Jenis
Monolit · Hibrid · Eksointi
Komponen
Ruang inti · Loadable kernel module · Pemacu peranti · Ruang pengguna · Pelayan
Pengurusan proses
Proses · Multipengaturcaraan · Sampukan · Mod: (Mod terlindung · Mod penyelia) · Multitugas · Penjadualan · Pertukaran konteks · Multitugas koperatif · Multitugas keutamaan · Jalur
Pengurusan ingatan
Perlindungan ingatan · Pensegmenan · Penghalaman · Unit pengurusan ingatan · Kerosakan pensegmenan · Kerosakan pelindungan umum
Contoh
AmigaOS · BeOS · IBM OS/2 · MS-DOS · Windows · Linux · UNIX · OpenSolaris · Mac OS X · ReactOS · lagi…
Konsep lain
But · PXE · API · Sistem fail maya · Pustaka pita maya · Rangkaian · CLI · GUI · HAL