Perang Campuran Keempat

Perang Pakatan Keempat
Sebahagian daripada Perang Napoleon

Tentera Perancis berarak melalui Berlin pada 1806.
Tarikh1806–1807
Lokasi
Saxony, Prusia, Poland
Keputusan Kemenangan Perancis, Perjanjian Tilsit
Pihak yang terlibat
 Prusia
 Rusia
 United Kingdom
Saxony[a]
 Sweden
Sicily

Perancis Perancis
Pergabungan Sungai Rhine

 Polish Legions
Kerajaan Itali (Napoleon) Itali
Kerajaan Dua Sicilia Naples
Kerajaan Itali (Napoleon) Etruria
Belanda Holland

Switzerland Pergabungan Switzerland
Komandan dan pemimpin

Prusia Frederick William III
Prusia Ratu Louise
Prusia Duke Brunswick 
Prusia Putera Hohenlohe-Ingelfingen
Prusia Putera Louis Ferdinand   Prusia Duke Württemberg
Prusia Ernst von Rüchel
Prusia Gebhard Leberecht von Blücher
Prusia Count Tauentzien
Prusia Anton Wilhelm von L'Estocq
Empayar Rusia Alexander I


Empayar Rusia Count von Bennigsen
Sweden King Gustav IV Adolf dari Sweden
Perancis Napoleon I
Perancis Louis Alexandre Berthier
Perancis Louis Nicolas Davout
Perancis Jean Lannes
Perancis Joachim Murat
Perancis Nicholas Soult
Perancis Pierre Augereau
Perancis Michel Ney
Perancis Guillaume Brune
Perancis Jean-Baptiste Bernadotte
Belanda Louis Bonaparte
Kerajaan Itali (Napoleon) Eugène de Beauharnais
 Józef Poniatowski
 Jan Henryk Dąbrowski
Kekuatan

Sweden: 20,000, Prusia: 250,000

Britain: 10,000

Rusia: 140,000

Perancis: 200,000

Pemberontak Poland: 30,000
  1. Menyertai Pergabungan Sungai Rhine pada 11 Disember 1806.

Perang Pakatan Keempat merupakan konflik yang berlaku antara tahun 1806 sehingga 1807. Ia melibatkan Prusia, Rusia, Saxony, Sweden dan United Kingdom menentang Perancis. Negara-negara ahli Pakatan ini dahulunya berperang dengan Perancis dalam Perang Pakatan Ketiga; mereka disertai oleh Prusia pada 1806. Prusia menjadi risau apabila Perancis melemahkan Austria dan menubuhkan Pergabungan Sungai Rhine.

Napoleon Bonaparte, Maharaja Perancis, berjaya menewaskan tentera Prusia di Pertempuran Jena-Auerstedt pada 14 Oktober 1806. Tentera Perancis berjaya menjajahi tanah Prusia dan memasuki Berlin pada 25 Oktober. Mereka kemudiannya bergerak ke sempadan timur Prusia, dan bertempur dengan tentera Rusia di Eylau pada 7–8 Februari 1807. Keputusan pertempuran tersebut tidak jelas. Tentera Rusia berjaya dihancurkan oleh Napoleon di Pertempuran Friedland pada 14 Jun 1807.

Perang ini ditamatkan oleh Perjanjian Tilsit. Rusia bersetuju menyertai Sistem Benua yang menyekat perdagangan negara-negara benua Eropah dengan Britain. Prusia terpaksa menyerahkan Poland dan Lithuania kepada Perancis. Wilayah-wilayah ini menjadi Kerajaan Westphalia dan Duchy Warsaw. Napoleon menjadi pemimpin yang paling berpengaruh di Eropah.