Perbezaan bahasa Inggeris British dan bahasa Inggeris Amerika

Perbandingan ejaan Inggeris antarabangsa

Bahasa Inggeris diperkenalkan ke Amerika oleh penjajahan British bermula pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17. Bahasa ini juga tersebar ke banyak bahagian lain di dunia berikutan perdagangan dan penjajahan Empayar British. Memasuki penghujung alaf, bahasa ini digunakan oleh 470 sampai 570 juta orang – kira-kira sekitar satu perempat daripada penduduk dunia pada masa itu. Perlu diperhatikan bahawa di England, Wales, Ireland dan terutamanya bahagian Scotland, terdapat pelbagai jenis dialek bahasa Inggeris, maka istilah "Inggeris British" ialah satu ringkasan melampau (belum ada padanan kata yang tepat bagi menterjemahkannya). Bentuk tulisan "British" dan "Amerika" yang terdapat dalam akhbar dan buku teks adalah sedikit berbeza, dengan perbezaan tampak hanya muncul sekali-sekala.[1]

Sepanjang 400 tahun, bentuk bahasa yang digunakan di Amerika, terutamanya di Amerika Syarikat, dan yang digunakan di United Kingdom telah sedikit berkembang dari bentuk bahasa awal yang lebih tua. Sehingga sekarang, kedua-dua dialek itu dirujuk sebagai bahasa Inggeris Amerika dan Inggeris British. Perbezaan antara kedua-duanya termasuk pada sebutan, tatabahasa, perbendaharaan kata, ejaan, tanda baca, simpulan bahasa, dan pemformatan tarikh serta nombor. Walau bagaimanapun, perbezaan dalam struktur tatabahasa bertulis dan kebanyakan pertuturan cenderung jauh lebih sedikit berbanding dengan hal lain dalam bahasa mahupun daripada segi kefahaman bersama. Ia kurang tepat untuk menyebut kedua-dua bahasa ini berdiri sendiri dan tidak dapat disebut sebagai bahasa Inggeris, tetapi ia juga kurang tepat untuk menyatakan bahawa kedua-dua ragam jenis ini tiada bezanya. Beberapa perkataan mempunyai makna yang berbeza sama sekali antara kedua-dua dialek atau bahkan tidak diketahui atau tidak digunakan dalam salah satu dialeknya. Salah seorang yang pertama kali memperhatikan perbezaan antara dialek ini dan kemudian mempiawaikannya ialah karyawan Noah Webster, yang menulis kamus Amerika pertama (diterbitkan 1828). Webster memiliki tujuan bagi menunjukkan bahawa warga Amerika Syarikat menuturkan dialek yang berbeza daripada yang dituturkan di UK, sama seperti loghat tempatan di kerajaan itu seperti Bahasa Inggeris Yorkshire.[2]

Pencapahan antara bahasa Inggeris Amerika dan British ini telah menyediakan peluang bagi komen lucu: sebagai contoh dalam fiksyen karya George Bernard Shaw, beliau mengatakan bahawa Amerika Syarikat dan United Kingdom ialah "dua negara yang terpisah oleh kerana bahasa yang sama";[3] dan seorang Dramawan Ireland Oscar Wilde mengatakan bahawa "kami sungguh mempunyai banyak hal yang sama dengan Amerika sekarang ini kecuali, tentu saja, bahasa" (The Canterville Ghost, 1888). Henry Sweet bahkan meramalkan pada 1877 bahawa dalam satu abad Bahasa Inggeris Amerika, Inggeris Australia dan Inggeris British akan saling tidak mampu difahami apabila tiga penutur dari ragam bahasa masing-masing saling bercakap. (A Handbook of Phonetics). Melalui globalisasi melalui radio, televisyen, Internet, perkembangan bahasa antara rantau berkurangan. Hal ini boleh saja menyebabkan beberapa ragam dialek menjadi pupus (contohnya wireless digantikan secara berperingkat oleh radio) atau orang-orang dituntut agar "berbahasa Inggeris yang baik dan benar," sesuai apa yang pemerintah telah ditetapkan di dalam kamus.

Walaupun bahasa Inggeris Amerika dan Inggeris yang dituturkan mempunyai pemahaman bersama mutually intelligible, terdapat sedikit perbezaan sekali-sekala yang mungkin menyebabkan rasa malu. Contohnya, dalam jenis Amerika, rubber biasanya ditafsirkan sebagai kondom dan bukannya pemadam (eraser).[4].

Perbendaharaan kata

Kebiasaan penutur dengan perkataan dan frasa dari kawasan berbeza yang berbeza-beza, dan kesukaran bagi memahami takrif yang tidak dikenali juga bergantung pada kondisi dan istilah. Ungkapan tersebar kerana globalisasi daritelekomunikasi. Kedua bahasa sering tetapi tidak selalu diiktiraf asing oleh dialek penutur, dan perkataan daripada dialek lain mungkin membawa konotasi berkenaan dengan laras bahasa, status sosial, asal usul dan kecerdasan peribadi salah seorang.

Perkataan dan frasa dengan makna yang berbeza

Perkataan seperti bill dan biscuit digunakan secara kerap dalam kedua-dua bahasa Amerika dan British tetapi boleh membawa maksud yang berbeza dalam beberapa bentuk. Perkataan dari "bill" mempunyai banyak erti, yang kebanyakannya saling dikongsi di antara kedua-dua bahasa. Walau bagaimanapun, dalam dialek Amerika "bill" lebih merujuk kepada sekeping wang kertas (seperti dalam "bill dolar") yang dalam bentuk dialek British lebih biasa dirujuk sebagai nota wang. Dalam dialek Amerika bill juga boleh merujuk kepada peak topi (visor cap), [5] meski istilah itu kurang lazim. Dalam dialek Amerika biscuit (dari bahasa Perancis "dua kali bakar" seperti dalam biscotto) lebih dimaknakan sebagai produk roti lembut yang jika dalam dialek British diberi erti scone (biskut manis yang keras dan manis). Sementara itu, dalam dialek British kata biscuit menggabungkan kedua-dua biskut bagi makanan di akhir makan (dessert) dan biskut Amerika (berbentuk mirip 'kek kecil' Belanda).

Rujukan

  1. ^ Even in vocabulary. "A British reader of Time or Newsweek would note distinctly American expressions only a few times on any page, matching the few distinctly British expressions an American reader of The Economist would note." Edward Finegan in Language in the USA: Themes for the Twenty-first Century. Eds Charles Albert Ferguson, Edward Finegan, Shirley Brice Heath, John R. Rickford (Cambridge University Press, 2004). p. 29.
    See also: David Crystal, The Cambridge Encyclopedia of the English Language (Cambridge University Press, 2003), p. 304.
  2. ^ Sokolowski, Peter. "Soop vs. Soup" (Video). Merriam-Webster. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 January 2015. Dicapai pada 4 January 2015. Noah Webster: the man who changed the way we spell... up to a point.
  3. ^ See, for example, Krueger CL, Stade G, Karbiener K, Encyclopedia of British Writers: 19th and 20th Centuries Book Builders LLC Infobase Publishing ISBN 0816046700, p. 309
  4. ^ "rubber, definition 3". Macmillan Dictionary. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2014. Dicapai pada 30 September 2013.
  5. ^ "bill". Oxford Living Dictionaries – English. Diarkibkan daripada yang asal pada September 25, 2016. Dicapai pada 30 December 2018.