Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015
Tarikh30 November 2015–
12 Disember 2015
LokasiLe Bourget, Paris, Perancis
Juga dikenali sebagai
COP 21/CMP 11
HadirinAnggota UNFCCC
Laman sesawang
Venue site
UNFCCC site

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015, juga disebut COP 21 atau CMP 21, telah diadakan di Paris dari 30 November sehingga 12 Disember 2015. Persidangan ini merupakan persidangan tahunan ke-21 anggota UNFCCC sejak UNFCCC ditubuhkan pada tahun 1992, dan persidangan ke-11 sejak Protokol Kyoto 1997.[1]

Persidangan ini mewujudkan Perjanjian Paris yang digunapakai oleh negara anggota.[2] Persetujuan ini akan mengikat secara perundangan jika sekurang-kurangnya 55 negara yang mewakili 55 peratus pelepasan gas rumah hijau global tahunan meratifikasi Perjanjian Paris atau mendaftarkan diri di New York dari 22 April 2016 hingga 21 April 2017.[3][4][5] Perjanjian ini dijangka berkuatkuasa menjelang 2020.[6] Harapan utama COP21 ialah mengurangkan pemanasan global hingga maksimum 2 darjat Celcius sehingga 2100[3][7] meskipun dalam piagam persetujuan Paris tertulis sasaran utamanya ialah maksimum 1.5 darjat Celcius.[2] Berdasarkan analisis pakar, sasaran 1.5 darjat Celcius dapat dicapai jika antara tahun 2030 hingga 2050 tiada pelepasan gas rumah hijau.[2]

Sebelum persidangan bermuka, 146 negara anggota mewakili draf negara masing-masing mengenai sumbangan mereka terhadap iklim. Dari pelbagai rangka keraja, dianggarkan bahawa pembatasan pemanasan global hanya mencapai maksimum 2.7 darjat Celcius pada tahun 2100.[8] Salah satu indikator pesimisme terbesar ialah komitmen Kesatuan Eropah yang hanya mensasarkan penurunan pelepasan hingga 40 peratus pada tahun 2030 terhadap pelepasan 1990.[9]

Rujukan

  1. ^ "19th Session of the Conference of the Parties to the UNFCCC". International Institute for Sustainable Development. Dicapai pada 20 February 2013.
  2. ^ a b c Sutter, John D.; Berlinger, Joshua (12 December 2015). "Final draft of climate deal formally accepted in Paris". CNN. Cable News Network, Turner Broadcasting System, Inc. Dicapai pada 12 December 2015.
  3. ^ a b "Adoption of the Paris agreement—Proposal by the President—Draft decision -/CP.21" (PDF). UNFCCC. 2015-12-12. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2015-12-12. Dicapai pada 2015-12-12. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ The Editorial Board (28 November 2015). "What the Paris Climate Meeting Must Do". New York Times. Dicapai pada 28 November 2015.
  5. ^ Borenstein, Seth (29 November 2015). "Earth is a wilder, warmer place since last climate deal made". Dicapai pada 29 November 2015.
  6. ^ The 2015 international agreement, EC climate action, access date 30 October 2015
  7. ^ What is COP21? access date 30 November 2015
  8. ^ New UN Report Synthesizes National Climate Plans from 146 Countries, UNFCCC 30 October 2015
  9. ^ Intended Nationally Determined Contribution of the EU and its Member States, 6 March 2015

Pautan luar

Kategori berkenaan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015 di Wikimedia Commons

  • COP21 On Demand video overview
  • Official French website
  • Official UN website
  • Official Paris Climate Conference
  • Gillis, Justin (28 November 2015). "Short Answers to Hard; Questions About Climate Change". NYT. Dicapai pada 10 August 2016.
  • COP21 questions and answers. Video by the United Nations Development Programme (UNDP)
  • Why COP21 matters, and how climate change impacts sustainable development. Video by the United Nations Development Programme (UNDP)
  • Background on COP21 from the United Nations Development Programme (UNDP) Diarkibkan 2020-12-07 di Wayback Machine
  • A Plan to strengthen the Paris Agreement
  • NOAA State of the Climate