Pertahanan secara mendalam

Pertahanan secara mendalam (juga dikenali sebagai pertahanan dalam atau pertahanan anjal) ialah satu strategi ketenteraan yang bertujuan untuk menangguhkan dan bukannya menghalang kemaraan askar penceroboh, melengahkan masa dan menyebabkan pertambahan mangsa korban dengan menyerahkan ruang. Daripada mengalahkan askar penceroboh dengan satu barisan pertahanan yang kuat, pertahanan secara mendalam bergantung pada kecenderungan sesuatu serangan untuk kehilangan momentum dari masa ke semasa atau kerana ia meliputi kawasan yang lebih besar. Oleh itu askar pertahanan boleh menyerahkan wilayah yang kurang dipertahankan dalam usaha untuk menekan logistik penceroboh atau memecah-belahkan tentera penceroboh yang lebih besar. Sebaik sahaja penceroboh kehilangan momentum atau terpaksa berpecah ke kawasan aman yang luas, serangan balas defensif boleh dilancarkan pada titik lemah penceroboh, dengan matlamat untuk menyebabkan kelumpuhan atau menolak balik askar penceroboh ke posisi asalnya.

Lihat juga

  • Bandwagoning
  • Titik kemuncak
  • Operasi dasar
  • Pertahanan secara mendalam (bukan tentera)
  • Pertahanan secara mendalam (kejuruteraan nuklear)
  • Pertahanan secara mendalam (tentera Rom)
  • Hedgehog defence
  • Senarai taktik tentera
  • Loss of Strength Gradient
  • Polisi bumi hangus
  • Kedalaman strategik

Rujukan