Piagam Olimpik

Piagam Olimpik merupakan sebuah peraturan dan garis panduan bagi penganjuran Sukan Olimpik dan menguruskan pergerakan berkaitan Olimpik.[1]. Kali terakhir ia disemak adalah pada 9 September 2013.

Diguna pakai oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), piagam tersebut adalah sebuah pengkanunan bagi prinsip-prinsip asas, peraturan dan undang-undang kecil. Bahasa Perancis dan Inggeris merupakan bahasa rasmi bagi Piagam Olimpik. Jika pada bila-bila masa terdapat pencanggahan diantara versi-versi teks yang berbeza, teks dalam bahasa Perancis dijadikan sebagai rujukan.

Tujuan

Sepanjang sejarah Sukan Olimpik, Piagam Olimpik sering kali diputuskan hasil daripada kontroversi yang berlaku dalam Olimpik. Seperti yang dinyatakan dalam pengenalan, Piagam Olimpik berfungsi dalam 3 perkara:

  • untuk mewujudkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Olimpisme
  • untuk berfungsi sebagai undang-undang IOC
  • untuk menentukan hak dan kewajipan 4 unsur utama dalam pergerakan Olimpik iaitu IOC, Persekutuan Antarabangsa, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan Jawatankuasa Penganjur Olimpik

Rujukan

  1. ^ Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. "Apakah itu Piagam Olimpik?" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-20. Dicapai pada 23 Oktober 2012.

Pautan luar

  • (Inggeris) Teks Piagam Olimpik yang terkini
  • (Inggeris) Teks Piagam Olimpik (Februari 2010)
Portal:
  •  Sukan
  • icon Olimpik
  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.