PukiWiki

PukiWiki
frames
Direka olehYu-ji
PembangunPasukan Pembangun PukiWiki
Lepasan stabil1.5.4 (30 Mac 2022; 2 tahun yang lalu (30 Mac 2022))
OSpelbagai platform
LesenPelesenan GPL
Laman webpukiwiki.sourceforge.jp

PukiWiki ialah perisian Wiki Jepun yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP.

Dicipta dan dikembangkan sehingga versi 1.3 oleh Yu-ji (juga dikenali sebagai Sng), PukiWiki kini dikendalikan oleh sepasukan pembangun selepas persaraan penciptanya. Walaupun wiki ini bermula sebagai satu cabang YukiWiki, klon WikiWikiWeb, ia kini diterima secara meluas sebagai enjin wiki yang tersendiri.

Kefungsian PukiWiki boleh diperluas secara bebas dengan memasang plugin (perisian tambahan). Selain daripada sebilangan plugin yang tergolong dalam pakej edarannya, terdapat juga banyak plugin tak rasmi yang boleh didapati.


Spesifikasi

  • Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP;
  • Disokong oleh as=ksara 2 bait lebarnya, termasuk aksara-aksara kanji;
  • Disokong oleh InterWiki;
  • Menyokong salinan keselamatan (backup) berkala;
  • Semua data disimpan dalam format teks. (Fail perduaan boleh dilampirkan pada mana-mana halaman);
  • Percanggahan suntingan dilindungi;
  • Indeks untuk halaman yang belum dicipta disediakan;
  • Banyak plugin pihak ketiga yang disumbangkan oleh para pengguna;
  • Diedarkan di bawah Pelesenan GPL.

Lihat juga

  • Wiki

Pautan luar

  • (Jepun) Laman web rasmi PukiWiki
  • (Inggeris) Maklumat tentang PukiWiki
  • (Inggeris) Peraturan penformatan teks