Pyongyang

Pyongyang (ڤيوڠيڠ)
Bandaraya pemerintahan langsung
Bandaraya Pemerintahan Langsung Pyongyang
Transkripsi  
 • Chosŏn'gŭl평양직할시
 • Hancha平壤直轄市
 • McCune-ReischauerP'yŏngyang Chikhalsi
 • Perumian SemakanPyeongyang Jikhalsi
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Pemandangan bandaraya, Menara Juche, Istana Matahari Kumsusan, Gerbang Kemenangan, Gerbang Penyatuan Semula, Makam Dongmyeong dari Goguryeo dan Stesen Puhŭng, Metro Pyongyang
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Pemandangan bandaraya, Menara Juche, Istana Matahari Kumsusan, Gerbang Kemenangan, Gerbang Penyatuan Semula, Makam Dongmyeong dari Goguryeo dan Stesen Puhŭng, Metro Pyongyang
Nama panggilan: 력동적 로동 (Korea: "Buruh yang Dinamik")
NegaraKorea Utara
KawasanP'yŏngan
Diasaskan1122 S.M.
Keluasan
 • Jumlah3,194 km2 (1,233 batu persegi)
Aras
27 m (89 ft)
Penduduk
 (2008)[1]
 • Jumlah2,581,076
Zon waktuUTC+8:30 (PYT)
 • Musim panas (DST)UTC+8:30 (Tiada)
Pyongyang
Hangul평양 직할시code: ko is deprecated
Hanja平壤直轄市code: ko is deprecated
Perumian SemakanPyeongyang Jikhalsi
McCune–ReischauerP'yŏngyang Chikhalsi
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain.

Pyongyang (Korea: 평양, 平壤) merupakan ibu negara bagi Republik Demokratik Rakyat Korea atau Korea Utara dan ia adalah bandar terbesar di negara itu. Bandaraya ini terletak di tebing Sungai Taedong. Populasi rasmi bandaraya ini tidak diumumkan; diberi 2,741,260 pada tahun 1993, dan dilaporkan pada 2.5 dan 3.8 juta pada tahun 2002 dan 2003 oleh Chongryon, sebuah pertubuhan penyokong Korea Utara di Jepun.

Bandaraya ini dipisahkan dari wilayah P'yŏngan Selatan pada tahun 1946 dan ditadbir sebagai sebuah Bandaraya Pemerintahan Langsung (직할시, Chikhalsi), pada peringkat yang sama seperti kerajaan wilayah, bukannya Bandaraya Khas (특별시, Teukbyeolsi) seperti di Seoul, Korea Selatan. Sesetengah sumber mengatakan, kebanyakan golongan tua dan rakyat Korea Selatan, menggelar P'yŏngyang sebagai Bandaraya Khas, tetapi pernah dilaporkan juga bahawa kerajaan Korea Selatan pula diberikan status Bandaraya Pemerintahan Langsung pada tahun 1994.

Sejarah

Pemandangan satelit P'yŏngyang.

Pada tahun 1955, sebuah desa kuno besar di kawasan P'yŏngyang bernama Kǔmtan-ni dikorek oleh ahli arkeologi yang menemui pendudukan prasejarah dari zaman tembikar Chǔlmun dan Mumun[2].

Menurut legenda, kota ini diasaskan pada tahun 2333 SM dengan nama Wanggŏmsŏng (왕검성code: ko is deprecated ; 王儉城code: ko is deprecated ) dan menjadi sebuah bandaraya utama pada zaman Gojoseon.

Pada tahun 108 SM, China Dinasti Han menawan Gojoseon dan ibu negara Komanderi Lelang terletak berhampiran Pyongyang. Lelang kekal sebagai sebuah kota kara komersial dan kebudayaan yang penting sehingga diranapkan oleh kerajaan Goguryeo yang berkembang pada tahun 313.

Goguryeo berpindah ke ibu negerinya di sini pada tahun 427. China Dinasti Tang dan Silla bersekutu lalu menumbangkan Goguryeo pada tahun 668. Pada tahun 676, Pyongyang dirampas oleh Silla tetapi meninggalkannya di sempadan dengan Balhae sehingga dinasti Goryeo, apabila kota ini dibangkitkan semula sebagai Sŏgyŏng (서경code: ko is deprecated ; 西京code: ko is deprecated ; "Ibu Kota Barat") meskipun tidak pernah dijadikan ibu negeri Goryeo. Kota ini menjadi ibu wilayah P'yŏngan pada dinasti Joseon, ibu wilayah P'yŏngan Selatan sejak tahun 1896 dan melalui zaman pemerintahan Jepun.

Pada tahun 1945, pemerintahan Jepun berakhir dan Pyongyang diduduki tentera Soviet, lalu menjadi ibu negara sementara Republik Rakyat Demokratik Korea yang baru ditubuhkan pada tahun 1948 dan hendak menawan semula ibu negara rasminya pada masa itu iaitu Seoul. Pyongyang nyrais ranap dalam Perang Korea, apabila diduduki tentera Korea Selatan untuk masa yang singkat. Selepas perang, bandaraya ini dibina semula dengan cepatnya dengan bantuan Soviet, maka banyak bangunan dibina berteraskan seni bina Leninis-Stalinis.

Pembahagian pentadbiran

P'yŏngyang dibahagi kepada 19 wad (ku- atau guyŏk) (kawasan bandaraya sebenar) dan 4 daerah (kun atau gun). [3]

  • Chung-guyŏk (중구역code: ko is deprecated ; 中區域code: ko is deprecated )
  • P'yŏngch'ŏn-guyŏk (평천구역code: ko is deprecated ; 平川區域code: ko is deprecated )
  • Pot'onggang-guyŏk (보통강구역code: ko is deprecated ; 普通江區域code: ko is deprecated )
  • Moranbong-guyŏk (모란봉구역code: ko is deprecated ; 牡丹峰區域code: ko is deprecated )
  • Sŏsŏng-guyŏk (서성구역code: ko is deprecated ; 西城區域code: ko is deprecated )
  • Sŏn'gyo-guyŏk (선교구역code: ko is deprecated ; 船橋區域code: ko is deprecated )
  • Tongdaewŏn-guyŏk (동대원구역code: ko is deprecated ; 東大院區域code: ko is deprecated )
  • Taedonggang-guyŏk (대동강구역code: ko is deprecated ; 大同江區域code: ko is deprecated )
  • Sadong-guyŏk (사동구역code: ko is deprecated ; 寺洞區域code: ko is deprecated )
  • Taesŏng-guyŏk (대성구역code: ko is deprecated ; 大城區域code: ko is deprecated )
  • Man'gyŏngdae-guyŏk (만경대구역code: ko is deprecated ; 萬景台區域code: ko is deprecated )
  • Hyŏngjesan-guyŏk (형제산구역code: ko is deprecated ; 兄弟山區域code: ko is deprecated )
  • Ryongsŏng-guyŏk (룡성구역code: ko is deprecated ; 龍城區域code: ko is deprecated )
  • Samsŏk-guyŏk (삼석구역code: ko is deprecated ; 三石區域code: ko is deprecated )
  • Sŭngho-guyŏk (승호구역code: ko is deprecated ; 勝湖區域code: ko is deprecated )
  • Ryŏkp'o-guyŏk (력포구역code: ko is deprecated ; 力浦區域code: ko is deprecated )
  • Rakrang-guyŏk (락랑구역code: ko is deprecated ; 樂浪區域code: ko is deprecated )
  • Sunan-guyŏk (순안구역code: ko is deprecated ; 順安區域code: ko is deprecated )
  • Ŭnjŏng-guyŏk (은정구역code: ko is deprecated ; 恩情區域code: ko is deprecated )
  • Kangnam-gun (강남군code: ko is deprecated ; 江南郡code: ko is deprecated )
  • Chunghwa-gun (중화군code: ko is deprecated ; 中和郡code: ko is deprecated )
  • Sangwŏn-gun (상원군code: ko is deprecated ; 祥原郡code: ko is deprecated )
  • Kangdong-gun (강동군code: ko is deprecated ; 江東郡code: ko is deprecated )

Mercu tanda

Ibu kota ini telah dibina semula sepenuhnya sejak Perang Korea (19501953), direka dengan lebuh lebar, monumen yang mengagumkan, dan bangunan yang tersergam teguh. Struktur tertinggi di bandaraya ini ialah 330-meter (1,083-kaki) Hotel Ryugyŏng yang belum siap. Hotel ini mempunyai 105 tingkat, merangkumi ruang lantai seluas 361,000 meter persegi (3,885,772 kaki persegi), dan dirancang beralaskan restoran berputar di bahagian atasnya. Bagaimanapun, pembinaan terbengkalai sejak awal 1990-an dan bangunan ini kekal kelompangan.

Mercu-mercu tanda terpenting di bandaraya ini termasuk Istana Peringatan Kumsusan, Gerbang Kejayaan (yang banyak diilhamkan oleh Arc de Triomphe Paris tetapi lebih besar saiznya), tempat yang dikatakan tempat kelahiran Kim Il-sung di Bukit Mangyongdae, Menara Juche, dan dua daripada stadium terbesar di dunia (Stadium Kim Il Sung dan Stadium Hari Buruh Rungnado). Menara TV Pyongyang ialah sebuah mercu tanda kecil. Tarikan pengunjung lain termasuk Zoo Pusat Korea dan patung emas gergasi dua orang pemimpin Korea Utara. Gerbang Penyatuan Semula menampakkan peta tanah Korea yang disatukan, disokong oleh dua buah patung konkrit berbentuk wanita Korea berpakaian tradisional merentangi Lebuh Raya Penyatuan Semula berbilang lorong yang menghubungkan Pyongyang dengan Zon Bebas Tentera.

  • Ryugyong tap
  • Kaeson mun
    Gerbang Kejayaan Pyongyang adalah gerbang seumpamanya yang terbesar di dunia.
  • Kumsusan Taeyang Geumjeon
    Istana Peringatan Kumsusan, makam mewah Kim Il Sung dan Kim Jong Il.
  • Changwang daero
    Sebatang jalan biasa di Pyongyang.

Orang dari Pyongyang

Nota

  1. ^ http://data.un.org/Data.aspx?q=city+population&d=POP&f=tableCode%3a240
  2. ^ National Research Institute of Cultural Heritage. 2001. Geumtan-ri. Hanguk Gogohak Sajeon [Dictionary of Korean Archaeology], pp. 148-149. NRICH, Seoul. ISBN 89-5508-025-5
  3. ^ "행정구역현황 (Haengjeong Guyeok Hyeonhwang)". NK Chosun. Dicapai pada 2006-01-10. Juga Administrative divisions of North Korea (rujukan untuk Hanja)

Pautan luar


  • Pyongyang on Wikimapia, The most comprehensive open-source map of the capital of the DPRK.
  • North Korea Uncovered, (North Korea Google Earth) the most authoritative mapping of Pyongyang's political, cultural, and economic infrastructure on Google Earth.
  • Holidays in Pyongyang
  • Satellite image from Google Maps
  • Pictures from Pyongyang Diarkibkan 2008-05-24 di Wayback Machine
  • Travel-Images.com - DPRK - images of Pyongyang
  • Ryugyong Hotel Diarkibkan 2021-03-26 di Wayback Machine - Tallest building in Pyongyang
  • Pictures of Pyongyang Diarkibkan 2008-06-04 di Wayback Machine
  • North Korea (DPRK), an album of tourist's pictures on Wandering Camera.
  • Pictures of Pyongyang's transportation Diarkibkan 2008-05-09 di Wayback Machine
  • Laman sesawang pentadbiran Republik Demokratik Rakyat Korea
  • Laman mengenai Pyongyang
  • Pyongyang, 《한국민족문화대백과》 (Budaya kebangsaan Korea), Akademi Pengajian Korea

Bacaan lanjut

  • Chris Springer, Pyongyang: The Hidden History of the North Korean Capital. Saranda Books, 2003. ISBN 963-00-8104-0.
  • Robert Willoughby, North Korea: The Bradt Travel Guide. Globe Pequot, 2003. ISBN 1-84162-074-2.

Buku bergambar

  • Christian Kracht, Eva Munz, Lukas Nikol, "The Ministry Of Truth. Kim Jong Ils North Korea", Feral House, Oct 2007, 132 pages, 88 color photographs, ISBN 978-932595-27-7
  • l
  • b
  • s
Asia TengahAsia TimurAsia TenggaraAsia Barat 
1 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Timur.  2 Juga dikenali sebagai Republik China dan masih lagi ditadbir oleh China. 3 Nama penuh ialah Sri Jayawardenapura-Kotte 4 Rasmi.  5 Pentadbiran.  6 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Tengah atau Selatan.  7 Lihat Kedudukan Jerusalem untuk maklumat status Jerusalem.  8 Merupakan wilayah pentadbiran khas China tetapi ditadbir oleh kerajaan sendiri.  Negara trans-benua.  Juga dikenali sebagai Timur Tengah ¥ Juga dikenali sebagai negara Caucasus,.  Keseluruhan di Asia Barat tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Eropah. Keseluruhan di Melanesia tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Asia Barat Daya.
  • l
  • b
  • s
 Korea Selatan Korea Utara
Selatan Korea Selatan • Korea Tengah • Utara Korea
Kwansŏ
Bandar Raya Pentadbiran Langsung Pyongyang  · Wilayah Chagang  · Wilayah Namp'o  · Wilayah P'yǒngan Selatan  · Wilayah P'yǒngan Utara
Kwanbuk
Haesŏ
Gyeonggi
Gwangdong
Hoseo
Bandar Raya Metropolitan Daejeon  · Bandar Raya Pentadbiran Sendiri Khas Sejong  · Wilayah Chungcheong Selatan  · Wilayah Chungcheong Utara
Honam
Yeongnam
Jeju
Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek
  • MusicBrainz (kawasan)
  • Arkib Negara (A.S.)