Rangkaian persendirian maya

Gambaran keseluruhan keterkaitan VPN

Sebuah rangkaian persendirian maya (virtual private network, VPN) ialah sebuah rangkaian yang menggunakan insfrastruktur telekomunikasi awam, seperti Internet, untuk membekalkan pejabat-pejabat jarak jauh atau pengguna persendirian dengan capaian selamat terhadap rangkaian organisasi mereka. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sistem talian bermilik atau berpajak yang mahal tetapi boleh digunakan untuk satu organisasi sahaja. Matlamat VPN adalah untuk membekalkan organisasi terbabit dengan kebolehan selamat yang sama tapi dengan kos yang lebih rendah.

Ia mengkapsulkan pindahan data antara dua atau lebih peranti rangkaian yang tidak berada pada rangkaian persendirian yang sama dengan tujuan supaya data yang dipindahkan kekal sulit daripada peranti-peranti lain pada satu atau lebih rangkaian kawasan setempat atau luas yang berselang.

Pautan luar

  • JANET UK "Different Flavours of VPN: Technology and Applications"
  • Virtual Private Network Consortium - persatuan perdaganang bagi pembekal VPN
  • CShip VPN-Wiki/List Diarkibkan 2010-08-05 di Wayback Machine
  • Virtual Private Networks di Microsoft TechNet
  • VPN providers/List