Reich

Reich (/ˈrk/;[1] bahasa Jerman: [ˈʁaɪç]  ( dengar)) adalah perkataan Jerman yang bermaksud "alam pemerintahan". Istilah Kaiserreichcode: de is deprecated (secara harfiah "alam maharaja") dan Königreichcode: de is deprecated (secara harfiah "alam raja") telah digunakan di Jerman untuk merujuk pada empayar dan kerajaan.

Dengan demikian, istilah Deutsches Reich (sering diterjemahkan kepada "Empayar Jerman") terus digunakan walaupun selepas keruntuhan empayar Jerman dan pembubaran monarki pada tahun 1918, tanpa sebarang konotasi imperial.

Istilah ini berasal daripada perkataan Germanik yang bermaksud "alam pemerintahan" secara umum, tetapi biasanya digunakan di Jerman untuk menandakan sesebuah kerajaan beraja atau empayar, terutamanya Empayar Rom.[2] Istilah Kaisertumcode: de is deprecated (secara kasar "Emperordom") dan Kaiserreichcode: de is deprecated telah digunakan di Jerman dengan lebih khusus pentakrifan empayar yang diperintah oleh maharaja.[2]

Reich setanding dari segi maksud dan pembangunan (dan juga berasal dari akar Bahasa Proto-Indo-Eropah yang sama) dengan perkataan Inggeris realm (dari bahasa Perancis reaume "kingdom" dari bahasa Latin regalis "royal"). Ia digunakan untuk empayar bersejarah secara umum, seperti Empayar Rom (Römisches Reichcode: de is deprecated ), Empayar Parsi (Perserreichcode: de is deprecated ), dan kedua-dua Tsardom Rusia dan Empayar Rusia (Zarenreichcode: de is deprecated , secara harfiah "alam Tsar").

Didalam Sejarah Jerman khususnya, ia digunakan untuk merujuk pada:

  • Frankish Realm (Empayar Frank) pada awal zaman pertengahan dan Empayar Carolingian (the Fränkisches Reichcode: de is deprecated dan Karolingerreichcode: de is deprecated );
  • Empayar Suci Rom (Heiliges Römisches Reichcode: de is deprecated ), yang berakhir dari pertabalan Otto I sebagai Maharaja Suci Rom pada 962, sehingga 1806, apabila ia dibubarkan semasa Perang Napoleon;
  • Empayar Jerman (Deutsches Reichcode: de is deprecated atau Deutsches Kaiserreichcode: de is deprecated ), yang berakhir dari Penyatuan Jerman pada 1871 sehingga keruntuhannya selepas Perang Dunia I, semasa Revolusi Jerman tahun 1918–1919;
  • Republik Weimar tahun 1919–1933 terus menggunakan Deutsches Reichcode: de is deprecated sebagai nama rasminya;
  • Jerman Nazi, negara yang sering dirujuk sebagai Reich Ketiga, yang berakhir dari Machtergreifung pada 1933 hingga Akhir Perang Dunia II di Eropah pada 1945.

Sejarah Reich biasanya dibahagikan kepada tiga zaman:

  1. Reich Pertama (Jerman: Erstes Reichcode: de is deprecated ): Empayar Suci Rom (Jerman: Heiliges Römisches Reichcode: de is deprecated ) 962–1806; kemudian Empayar Suci Rom Bangsa Jerman (Jerman: Heiliges Römisches Reich Deutscher Nationcode: de is deprecated ), juga dipanggil Empayar Purba (Jerman: Altes Reichcode: de is deprecated )
  2. Reich Kedua (Jerman: Zweites Reichcode: de is deprecated ): Empayar Jerman (Jerman: Deutsches Kaiserreichcode: de is deprecated ) 1871–1918
  3. Reich Ketiga (Jerman: Drittes Reichcode: de is deprecated ): Jerman Nazi (Jerman: Deutsches Reichcode: de is deprecated ) 1933-1943 kemudian Reich German Raya (Jerman: Großdeutsches Reichcode: de is deprecated ) 1943-1945

Zaman Weimar 1918-1933, yang juga dipanggil Reich Jerman diabaikan dan dikecam oleh pihak Nazi sebagai penyimpangan sejarah, ia dirujuk dengan penghinaan sebagai "Negara Sistem".

Didalam sebuah buku 1923 bertajuk Das Dritte Reich oleh Arthur Moeller van den Bruck,[3] menyatakan bahawa zaman Empayar Suci Rom sebagai empayar pertama dan monarki tahun 1871–1918 sebagai empayar kedua, kemudian diikuti oleh empayar ketiga yang "lebih bertenaga", iaitu Jerman Nazi.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ http://dictionary.reference.com/browse/reich
  2. ^ a b Harper's magazine, Volume 63. Pp. 593.
  3. ^ The man who invented the Third Reich: the life and times of Arthur Moeller van den Bruck. Npi Media Ltd. May 1, 1999. ISBN 978-0-75-091866-4.