Sepit udang

Sepit udang
Perbungaan Heliconia latispatha
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Klad: Komelinid
Order: Zingiberales
Keluarga: Heliconiaceae
Vines[1]
Genus: Heliconia
L.
Sinonim[2]
  • Bihai Mill.
  • Heliconiopsis Miq.
Tandan-tandan bunga Heliconia rostrata.

Sepit udang atau Pisang Kaki ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga Heliconia. Genus ini genus tunggal dalam keluarga Heliconiacae dan mempunyai kira-kira 194 spesies diketahui[3] yang tumbuh asal di kawasan tropika benua-benua Amerika dan Maluku, Indonesia ke kepulauan barat Lautan Pasifik.[2]

Ia merupakan sejenis pokok hiasan yang sering ditanam di halaman rumah. Ia mempunyai bunga yang cantik dengan warna yang menarik tetapi tidak mempunyai bau. Walau bagaimanapun, pokok yang rimbun agak menyemak sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Taksonomi

Nama genus Heliconia diberikan Carl Linnaeus pada tahun 1771 daripada kata bahasa Yunani Purba Ἑλικώνιοςcode: grc is deprecated Helikṓnios daripada Gunung Helikon di Yunani.[4]

Ia dahulunya dimasukkan di bawah keluarga Musaceae.[5]

Spesies terpilih
  • Heliconia acuminata
  • Heliconia aemygdiana
  • Heliconia angusta
  • Heliconia angustifolia
  • Heliconia aurantiaca
  • Heliconia aurea
  • Heliconia bicolor
  • Heliconia bihai
  • Heliconia bourgaeana
  • Heliconia brasiliensis
  • Heliconia caltheaphylla
  • Heliconia caribaea
  • Heliconia champneiana
  • Heliconia chartacea
  • Heliconia collinsiana
  • Heliconia curtispatha
  • Heliconia episcopalis
  • Heliconia farinosa
  • Heliconia hirsuta
  • Heliconia imbricata
  • Heliconia indica
  • Heliconia latispatha
  • Heliconia lennartiana
  • Heliconia lingulata
  • Heliconia magnifica
  • Heliconia mariae
  • Heliconia marthiasiae
  • Heliconia metallica
  • Heliconia mutisiana
  • Heliconia nutans
  • Heliconia ortotricha
  • Heliconia pearcei
  • Heliconia paka
  • Heliconia pendula
  • Heliconia platystachys
  • Heliconia pogonantha
  • Heliconia pseudoaemygdiana
  • Heliconia psittacorum
  • Heliconia ramonensis
  • Heliconia richardiana
  • Heliconia rostrata
  • Heliconia schiedeana
  • Heliconia shumanniana
  • Heliconia spathocircinata
  • Heliconia spissa
  • Heliconia stricta
  • Heliconia subulata
  • Heliconia tortuosa
  • Heliconia vaginalis
  • Heliconia vellerigera
  • Heliconia velloziana
  • Heliconia velutina
  • Heliconia wagneriana
  • Heliconia xanthovillosa
  • Heliconia zebrina

Beberapa kultivar telah dipilih bagi tanaman laman, termasuk:

  • H. psittacorum L. f. x H. spathocircinata Aristeg., dua-dua spesies Amerika Selatan, terutamanya Brazil.
  • H. x rauliniana Barreiros = H. marginata Pettier (Venezuela) x H. bihai L. f. (Brazil).

Botani

Tempat tumbuh heliconia menyerupai pokok Canna, Strelitzia (Burung Cenderawasih), dan pisang yang berkaitan.

Pokok dan daun

Helai daunnya berbentuk ringkas dan lonjong dengan ukuran sepanjang 15-300 sm. Daun-daun pokok sepit udang disusun berlawanan pada batang tidak berkayu yang biasanya lebih panjang berbanding tangkai dan seringkali membentuk rimbunan apabila tua.[6]

Bunga

Bunga yang dihasilkan pada tangkai yang tegak atau melendut, terdiri daripada pelindung berlilin bewarna terang, dengan bunga sebenar mengintai keluar dari celah pelindung.

Kuntum-kuntum sepit udang mengeluarkan madu yang banyak, madu ini sumber makanan penting kepada kelicap hutan[6][7] yang turut menjadikannya sebagai tumbuhan bagi bersarang.

Bunga sepit udang enggang, Heliconia psittacorum.

Penjagaan

Heliconia ditanam bagi perniagaan menjual bunga dan sebagai pohon hiasan. Bunga H. psittacorum, atau Sepit Udang Nuri (Parrot Heliconia), amat menyerlah, kerana bunganya yang bewarna kuning kehijauan dan tompok hita, menyerupai bulu burung Nuri.

Galeri

  • Heliconia stricta di Kula Ace Hardware dan Nursery, Maui
    Heliconia stricta di Kula Ace Hardware dan Nursery, Maui
  • Heliconia rostrata di Costa Rica
    Heliconia rostrata di Costa Rica
  • di Costa Rica
  • H. mariae di Hawaii
    H. mariae di Hawaii
  • H. rostrata at Kew Gardens, London
    H. rostrata at Kew Gardens, London
  • H. latispatha di Belize
    H. latispatha di Belize
  • Bunga H. latispatha
    Bunga H. latispatha
  • H. sp. di Banjaran Escambray, Cuba
    H. sp. di Banjaran Escambray, Cuba
  • H. sp di hutan hujan tropika Sirra Escambray, Cuba
    H. sp di hutan hujan tropika Sirra Escambray, Cuba
  • H. imbricata
    H. imbricata

Lihat juga

  • National Tropical Botanical Garden, dijadikan pusat pemeliharaan oleh Persatuan Heloconia Antarabangsa (Heliconia Society International).

Rujukan

  1. ^ Angiosperm Phylogeny Group (2009). "An update of the Angiosperm Phylogeny Group classification for the orders and families of flowering plants: APG III". Botanical Journal of the Linnean Society. 161 (2): 105–121. doi:10.1111/j.1095-8339.2009.00996.x.
  2. ^ a b "Heliconia L." Plant of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2023. Dicapai pada 4 Januari 2022.
  3. ^ Christenhusz, M. J. M.; Byng, J. W. (2016). "The number of known plants species in the world and its annual increase". Phytotaxa. Magnolia Press. 261 (3): 201–217. doi:10.11646/phytotaxa.261.3.1.
  4. ^ Datta, S. K.; Gupta, Youdh Chand, penyunting (2022). Floriculture and Ornamental Plants. Singapura: Springer Nature. m/s. 730. ISBN 978-981-15-3518-5.
  5. ^ Judd, Walter; dll. (2007). Plant Systematics: A phylogenetic approach (ed. ke-3). Sunderland, England, UK: Sinauer Associates, Inc.
  6. ^ a b Gilman, Edward; Meerow, Alan (1 May 2007). "Heliconia spp. Heliconia". University of Florida IFAS Extension.
  7. ^ Bruna, E. M.; Kress, W. J.; Marques, F.; da Silva, O. F. (2004). "Heliconia acuminata reproductive success is independent of local floral density". Acta Amazonica. 34 (3): 467–471. doi:10.1590/s0044-59672004000300012.

Pautan luar

  • Heliconias of Peru (fail pdf dengan gambar dan nama botani) dalam bahasa Sepanyol