Simone de Beauvoir

  • Feminisme
  • Etika
  • Existential phenomenology
  • Idea cemerlang
    • "Pour une morale de l'ambiguïté"
    • Etika feminisme
    • Feminisme eksistensial
    Dipengaruhi
    Mempengaruhi
      • Butler
      • Camus
      • Sartre
      • Paglia
      • Friedan
      • Hoagland
      • Rich
      • Greer
      • Kim
    Tandatangan

    Simone de Beauvoir (9 Januari 1908 - 14 April 1986), dikenali sebagai tokoh feminisme moden dan ahli falsafah yang terkemuka pada awal abad ke-20 dan juga merupakan pengarang novel, esei, dan drama dalam bidang politik dan hal ehwal sosial. Beliau terkenal dengan penulisannya dalam politik, falsafah eksistensialisme, dan feminisme, terutamanya karyanya Le Deuxième Sexe yang diterbitkan pada tahun 1949.

    Awal hidup dan pendidikan

    Simone de Beauvoir lahir tanggal 9 January 1908 dalam di Paris dalam sebuab keluarga borjuis;[2][3][4] ayahnya Georges Bertrand de Beauvoir merupakan seorang setiausaha dalam firma perundangan[5] manakala ibunya Françoise de Beauvoir (née Brasseur) merupakan anak kepada seorang pegawai bank.

    Beliau meneruskan pengajian secara tidak rasmi di École Normale Supérieure sebagai persediaan memasuki peperiksaan pascagraduan penting di negara Perancis - agrégation - dalam bidang falsafah. Di universiti inilah beliau mula mengenali beberapa rakan sekelas yang kemudiannya masyhur, terutamanya Jean-Paul Sartre, Paul Nizan dan René Maheu.

    Beauvoir mendapat ijazah dalam bidang falsafah daripada universiti terunggul di Perancis, Sorbonne, pada tahun 1929 di mana beliau lulus dengan cemerlang.

    Kerjaya awal

    Beliau bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah menengah rendah di Marseille dan Rouen dari tahun 1931 hingga 1937, dan di Paris dari tahun 1938 hingga tahun 1943.

    Bersama Sartre

    Simone de Beauvoir, Jean-Paul Sartre, dan Che Guevara bertemu di Cuba pada tahun 1960

    Selepas Perang Dunia Kedua, beliau muncul sebagai para pejuang pergerakan eksistensialisme, bersama Jean-Paul Sartre dengan buku mereka, Les Temp Modernes.

    Kematian

    Simone meninggal dunia pada tahun 1986 selepas jangkitan pneumonia. Beliau dikuburkan di sebelah Sartre di Tanah Perkuburan Montparnasse di Paris.

    Selepas kematiannya, sumbangan beliau telah meninggalkan pengaruh yang berkekalan khususnya dalam pergerakan feminisme.

    Bibliografi utama

    Novel

    • 1943 : L'Invitée
    • 1945 : Le Sang des autres
    • 1946 : Tous les hommes sont mortels
    • 1954 : Les Mandarins
    • 1966 : Les Belles Images

    Cerita pendek

    • 1967 : La Femme rompue
    • 1979 : Quand prime le spirituel

    Karangan

    • 1944 : Pyrrhus et Cinéas
    • 1947 : Pour une morale de l'ambiguïté
    • 1949 : Le Deuxième Sexe
    • 1955 : Privilèges
    • 1957 : La Longue Marche
    • 1970 : La Vieillesse
    • 1972 : Faut-il brûler Sade ?

    Rujukan

    1. ^ Wendy O'Brien, Lester Embree (eds.), The Existential Phenomenology of Simone de Beauvoir, Springer, 2013, p. 40.
    2. ^ "Still the second sex". The Guardian. 6 Jun 1999. Dicapai pada 6 Januari 2019.
    3. ^ "Lisa Appignanesi's top 10 books by and about Simone de Beauvoir". The Guardian. 8 Januari 2008. Dicapai pada 6 Januari 2019.
    4. ^ The Open Marriage of True Minds at The New Republic; published July 9, 2014; retrieved 6 January 2019
    5. ^ Mussett, Shannon. Simone de Beauvoir Biography on the Internet Encyclopedia of Philosophy. Retrieved 11 April 2010.

    Sumber

    • Appignanesi, Lisa, 2005, Simone de Beauvoir, London: Haus, ISBN 1-904950-09-4
    • Bair, Deirdre, 1990. Simone de Beauvoir: A Biography. New York: Summit Books, ISBN 0-671-60681-6
    • Rowley, Hazel, 2005. Tête-a-Tête: Simone de Beauvoir and Jean-Paul Sartre. New York: HarperCollins.

    Pautan luar

    • Profil mengenai beliau di Internet Encyclopedia of Philosophy
    • Karya oleh atau tentang Simone de Beauvoir di Internet Archive