Soal Jawab Perdana Menteri

Pemandangan dalam Dewan Rakyat Istana Westminster sarat penuh ahli Parlimen UK semasa sesi soal jawab oleh Perdana Menteri David Cameron pada 2012

Soal Jawab Perdana Menteri dilakukan seberapa banyak negara-negara berparlimen ditatankan sistem Westminster.

Kelaziman

Di United Kingdom

Sebelum ini, soalan boleh ditujukan kepada Perdana Menteri United Kingdom pada bila-bila masa sahaja sepertimana yang diperuntukkan kepada menteri-menteri lain sehadir.[1] Waktu tetap untuk menanyakan Perdana Menteri secara khususnya (Questions to the Prime Minister atau Prime Minister's Questions, singkatan: PMQ) mula dijalankan 1881 semasa jawatan William Ewart Gladstone pada hujung setiap sidang parlimen, pengerusian Winston Churchill tahun 1953 menetapkan tempoh ini pada hari-hari Selasa dan Khamis.[1]

Perdana Menteri menjawab pertanyaan para ahli Parlimen selama setengah jam.[2] Ahli-ahli parlimen yang duduk di barisan kerusi belakang terutamanya perlu memasukkan nama pada Warta Perintah (Order Paper) yang akan diundi gilirannya kemudian sebelum dipanggil oleh Ketua Parlimen. Anggota hendaklah berdiri saat mengajukan soalan sebelum duduk sebaik habis. Timbalan Perdana Menteri pengganti urama Perdana Menteri sekiranya dalam lawatan kerja,[3] anggota Kabinet paling kanan misalnya Ketua Menteri atau wakil ketua parti kerajaan boleh mengambil alih jika kedua-duanya juga berhalangan hadir.[4] Apabila Ketua Pembangkang berhalangan hadir, bangkangan juga akan diajukan oleh timbalan Ketua Pembangkang.[3]

Soalan wajib pertama ditanyakan adalah "apakah [Perdana Menteri] bersedia memberitahu kami semua kegiatannya hari ini?" yang biasanya diringkaskan kepada "Number one, Mr. Speaker" ("Yang Pertama, Tuan Speaker") Perdana Menteri biasanya menjawab:

This morning I had meetings with ministerial colleagues and others. In addition to my duties in the House, I shall have further such meetings later today.[5][6][7][8][9][10]
("Hari ini saya bermesyuarat dengan rakan sekerja menteri dan pegawai-pegawai lain. Tambahan kepada tugas saya dalam Dewan lagi, saya akan jalankan banyak lagi pertemuan begini kemudian hari ini".)

Hal ini kerana anggota sebelum ini hanya boleh menanyakan soalan urusan langsung Perdana Menteri sahaja yang cukup sedikit manakala urusan selebihnya diserahkan kepada menteri kabinet. Dengan meminta PM memberitahu daftar kegiatannya, anggota bisa bertanya apakah PM harus menggiat atau mengambil tindakan lain.[11] Pertanyaan pertama yang dicantumkan lazimnya berkaitan dengan bidang dasar tertentu yang jarang ada kerana Perdana Menteri boleh mempersiapkan jawabannya terlebih dahulu; pertanyaan kegiatan memungkinkan ahli parlimen mengajukan pertanyaan tambahan yang tidak disangka-sangka oleh Perdana Menteri.[12]

Penyaksian

Soal jawab dalam parlimen mula dirakam sejak tahun 1989 dan disiarkan langsung sejak 1990[13] melalui saluran-saluran BBC Two dan BBC Parliament PMQ juga disiarkan di luar negeri oleh jaringan TV C-SPAN di Amerika Syarikat.[14] Bahkan, soal jawab ini juga boleh disaksikan langsung pengunjung melalui suatu bilik khas (Strangers' Gallery "galeri orang luar" atau Visitors' Gallery "galeri awam").[15]

Di Jepun

Diet Jepun mengadakan sesi "Perbincangan Ketua Dewan" (Jepun: 党首討論, Hepburn: tōshu tōron) pada 10 November 1999 semasa pengerusian Perdana Menteri Keizō Obuchi[16] didasarkan hampir menyerupai sesi dilakukan di Dewan Rakyat diperhatikan banyak ahli Diet.[17]

Di Singapura

Parlimen Singapura memperuntukkan satu setengah jam untuk menanyakan soalan. Hanya soalan-soalan yang diterima masuk dalam Warta Perintah sahaja akan diujarkan sewaktu hari sidang diadakan[18] dan selebihnya akan dijawab pada hari seterusnya mahupun bertulis secara berasingan.

Siaran langsung sidang parlimen pernah dicadangkan beberapa ahli Parlimen, pada namun dibantah kerana kekhuatiran oleh pihak pembicara perkara tersebut menjadi seakan "pementasan" bahkan tidak menambah kepada ketelusan langsung.[19]

Di Malaysia

Sesi Soal Jawab Perdana Menteri mula dijalankan pada setiap hari Selasa sejak 13 Februari 2023 dituruti Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Khamis luas hari.[20]

Rujukan

  1. ^ a b Bercow, John (6 July 2010). "Speech: New Parliament, New Opportunity". House of Commons Library. parliament.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2010. Dicapai pada 22 July 2010.
  2. ^ "Prime Minister's Questions". BBC News Online. 24 January 2006.
  3. ^ a b "Prime Minister's Questions: 12 March 2014". UK Parliament. Dicapai pada 27 April 2015.
  4. ^ Williamson, David. "In a PMQs without the PM, William Hague and Harriet Harman join forces to love-bomb the Scots". Wales Online. Dicapai pada 27 April 2015.
  5. ^ "Questions to the Prime Minister". Perbahasan Parlimen (Hansard). United Kingdom: House of Commons. 1989-11-14. laj. 178–179.
  6. ^ "Questions to the Prime Minister". Perbahasan Parlimen (Hansard). United Kingdom: House of Commons. 1990-12-18. laj. 150–151.
  7. ^ "Questions to the Prime Minister". Perbahasan Parlimen (Hansard). United Kingdom: House of Commons. 1997-11-19. laj. 318–319.
  8. ^ "Questions to the Prime Minister". Perbahasan Parlimen (Hansard). United Kingdom: House of Commons. 2007-10-10. laj. 286–287.
  9. ^ "Questions to the Prime Minister". Perbahasan Parlimen (Hansard). United Kingdom: House of Commons. 2010-06-30. laj. 852–853.
  10. ^ "Questions to the Prime Minister". Perbahasan Parlimen (Hansard). United Kingdom: House of Commons. 2016-10-12. laj. 293–294.
  11. ^ Biffen, John (1989) Inside the House of Commons: Behind the Scenes at Westminster. London: Grafton. ISBN 0246134798
  12. ^ "Question Time". House of Commons Library. parliament.uk. Dicapai pada 25 July 2010.
  13. ^ "Camera crews allowed into Prime Minister's Questions". BBC News Online. 14 May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2014. Dicapai pada 8 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "British House of Commons Prime Minister's Questions". C-SPAN. Dicapai pada 25 July 2010.
  15. ^ "Attend debates". UK Parliament. Dicapai pada 2016-06-24.
  16. ^ French, Howard W. (22 November 1999). "Hear, Hear, Please! 'Question Time' in Japan". The New York Times. m/s. A8. Dicapai pada 18 May 2009.
  17. ^ Kono, Yohei (3 March 2005). "Report on my visit to the UK". Embassy of Japan in the UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2006. Dicapai pada 27 October 2006.
  18. ^ "Sitting of Parliament". www.parliament.gov.sg. Parliament of Singapore. Dicapai pada 8 February 2023.
  19. ^ "Siaran langsung sesi Parlimen tidak meningkatkan ketelusan: setiausaha akhbar Grace Foo". Berita. Mediacorp Suria. Dicapai pada 2023-08-24.
  20. ^ "Sesi soal jawab PM dilaksana mulai Sidang Parlimen ke-15". BERNAMA. 2023-08-02. Dicapai pada 2023-08-24.

Pautan luar

  • "Prime Minister's Questions". Parliament's website. Dicapai pada 25 July 2010.
  • "Prime Minister's Questions". BBC Parliament. Dicapai pada 13 May 2015.
  • "Audio podcast of PMQs". The Guardian. London. 7 February 2008. Dicapai pada 25 July 2010.
  • "British House of Commons Prime Minister's Questions". C-SPAN. Dicapai pada 25 July 2010.
  • Why do they make that noise in PMQs? - dari siri Politics Unboringed oleh Jay Foreman