Sparta

Koordinat: 37°4′55″N 22°25′25″E / 37.08194°N 22.42361°E / 37.08194; 22.42361

Sparta
Σπάρτα
Abad ke-11 SM–195 SM
Wilayah Sparta kuno
Wilayah Sparta kuno
Ibu negaraSparta
Bahasa yang umum digunakanBahasa Greek Dorik
Agama
Politeisme
KerajaanOligarki
Era SejarahZaman purba klasik
• Didirikan
Abad ke-11 SM
• Liga Peloponesia
546-371 SM
• Dibubarkan
195 SM
Didahului oleh
Diganti oleh
[[Zaman Kelam Greek]]
[[Republik Rom]]
[[Liga Achaea]]

Sparta (Dorik Σπάρτα; Attic Σπάρτη Spartē) ialah negara kota di Yunani yang terletak di Eurotas di bahagian selatan Peloponesia.[1] Dari sekitar 650 SM, ia bangkit menjadi sebuah kuasa tentera yang paling berpengaruh di kawasan itu dan justera, diakui sebagai ketua gabungan tentera Yunani semasa Perang Yunani-Parsi.[2] Hamba yang merupakan penghuni yang terbanyak di Sparta (melebihi 80% daripada jumlah penduduk, menurut Herodotus),[3] sentiasa diaibkan sebagai sebahagian upacara amal. Semasa upacara Crypteia, mereka boleh dibunuh secara sah oleh warga Sparta.[4][5][6] Antara 431 hingga 404 SM, Sparta menjadi musuh utama Athens semasa Perang Peloponesia.[7]

Menjelang 362 SM, peranan Sparta sebagai kuasa tentera yang terpengaruh di Greece sudah tamat. Walaupun ia merupakan negara yang agak zalim berbanding dengan kebanyakan negara Eropah yang lain, ideal-ideal Sparta telah dikagumi lalu diterima dan diamalkan di seluruh Eropah, walaupun pada tahap yang tidak sangat berketerlaluan. Kekaguman terhadap Sparta dikenali sebagai lakonofilia.[8][9]

Nama

Sparta umumnya dirujuk oleh orang Yuhani sebagai Lakedaimon (Λακεδαίμων) atau Lakedaimonia (Λακεδαιμονία). Nama-nama itulah yang biasa digunakan oleh Homer serta ahli-ahli sejarah Herodotus dan Thucydides dalam karya masing-masing. Bagaimanapun, Herodotus hanya menggunakan nama Lakedaimon dan bagi sesetengah bahagian karyanya, dia kelihatan menggunakan nama itu untuk merujuk kepada kubu kota Yunani dan bukan kepada kawasan Sparta Bawah. Kawasan penara di sebelah timur banjaran gunung Taygetus yang berhampiran dengan bandar Sparta umumnya dirujuk sebagai Lakonia. Istilah ini kekadang juga digunakan untuk merujuk kepada semua kawasan yang dikuasai oleh Sparta secara langsung, termasuk Messenia.

Dalam mitologi Yunani, Lakedaimon ialah raja negara yang dinamai sempena nama sendiri. Dia anak lelaki Zeus yang dilahirkan oleh nimfa Taygete. Lakedaimon mengahwini Sparta, anak perempuan Eurotas, dan melahirkan Amyclas, Eurydice, dan Asine. Ibu kotanya dinamai sempena nama permaisurinya. Lakedaimon dipercayai membina tempat suci Charites yang terletak di antara Sparta dan Amyclae untuk mentahbiskan kepada dewi Cleta dan Phaenna. Sebuah tempat suci kemudian dibina dan ditahbiskan kepada Lakedaimon di sekitar Therapnes.

Lacedaemon kini merupakan nama provinsi yang terletak di prefektur Laconia.

Tokoh Sparta kuno

Lihat juga

  • 300 (filem)
  • Gates of Fire
  • Gimnopedia
  • Lakonofilia (pemujian Sparta)
  • Orang Tsakonia
  • Pederasti Sparta
  • Raja Sparta
  • Retra Agung
  • Sparta dalam budaya pop
  • "Sparta Serbia" ialah rujukan sejarah yang popular untuk Cetinje, ibu negara Montenegro'
  • Spartatlon
  • Sparti (kawasan perbandaran)
  • Spartiat
  • Tentera Sparta

Rujukan

  1. ^ Cartledge 2002, halaman 91
  2. ^ Cartledge 2002, halaman 174
  3. ^ Herodotus 8, 28-29.
  4. ^ Plutarch Life of Lycurgus, 28, 3–7
  5. ^ Plato, Laws, I, 633
  6. ^ Heraclides Lembos Fr. Hist. Gr., II, 210
  7. ^ Cartledge 2002, halaman 192
  8. ^ Cartledge 2002, halaman 255
  9. ^ Ehrenberg 2004, halaman 28
Sumber utama
  • Cartledge, Paul (2002), Sparta and Lakonia: A Regional History 1300 to 362 BC (ed. 2nd), Oxford: Routledge, ISBN 0-415-26276-3
  • Ehrenberg, Victor (2002) [1973], From Solon to Socrates: Greek History and Civilisation between the 6th and 5th centuries BC (ed. 2nd), London: Routledge, ISBN 978-0-415-04024-2

Pautan luar

  • GTP—Sparta
  • GTP—Ancient Sparta
  • Sparta Reconsidered—History, beliefs and culture of Ancient Sparta
  • Journal of Laconian Studies—A peer-review open source Journal for the study of Laconian history Diarkibkan 2010-02-11 di Wayback Machine
  • Sparta—An educational periodical for Sparta & Greek history
  • Ancient History Sourcebook: 11th Brittanica: Sparta
  • History of Ancient Sparta
  • Facts on Sparta


  • l
  • b
  • s
Topik-topik Yunani Purba
Garis masa
Peradaban Cyclad · Peradaban Minos · Peradaban Mycenaea · Zaman Kelam Yunani · Zaman purba · Yunani Klasik · Zaman Keyunanian · Yunani Rom
Geografi
Laut Aegia · Hellespont · Makaduniah · Sparta · Athens · Korinthos · Thebes · Thermopylae · Antioch · Alexandria · Pergamon · Miletus · Ephesos · Delphi · Delos  · Olympia · Troia · Rodos · Kriti · Peloponnesos · Epirus · Cyprus
Kehidupan

Agama · Demokrasi · Ekonomi · Masakan · Pendidikan · Pederasti · Pelacuran · Pengabdian · Perang  · Pertanian ·

Perubatan · Sukan Olimpik  · Teknologi · Undang-undang · Wain
Tokoh
Ahli falsafah
Anaxagoras · Anaximander · Anaximenes · Antisthenes · Aristoteles (Arsatalis) · Democritus · Diogenes dari Sinope · Epikouros · Empedocles · Heraclitus · Leukippos · Gorgias · Parmenides · Plato (Aflatun) · Protagoras · Pythagoras · Sokrates (Sukrat) · Thales · Zeno
Penulis
Aeskhylos · Aesop · Aristophanes · Euripides · Herodotus · Hesiodos · Homeros · Loukianos · Menandros · Pindar · Ploutarkhos · Polybios · Psappho · Sophokles · Theognis dari Megara · Thoukydides · Xenophon
Lain-lain
Alexander Agung · Lycurgus · Leonidas · Alcibiades · Demosthenes · Perikles · Solon · Themistokles · Archimedes · Hippokrates · Aspasia · Milon dari Kroton
Bangunan
Parthenon · Kuil Artemis · Akropolis · Agora kuno · Kuil Zeus di Olympia · Kuil Hephaestus · Kompleks kuil Samothrace
Seni
Arca · Duit syiling · Kesusasteraan · Muzik · Seni bina · Teater · Tembikar
Bahasa
Proto-Yunani · Mycenaea  · Homer · Dialek (Aeolik • Arcadocypriot • Attica • Dorik • Ionik • Lokris • Macedonia • Pamphylia) · Koine
  • l
  • b
  • s
Perang Yunani dan Rom
Perang Yunani
Perang Troia · Perang Messenia · Perang Lelantos · Perang Sicilia · Perang Yunani-Parsi · Perang Aegina · Perang Liga Delos · Perang Samos · Perang Peloponnesos · Perang Korinthos · Perang-Perang Suci (Pertama, Kedua, Ketiga) · Perang Sosial (357–355 SM) · Perang Alexander Agung · Perang terhadap empayar Alexander · Perang Lamia · Perang Khremonides · Perang Kleomenes · Perang Sosial (220–217 SM)  · Perang Kriti · Perang Aetolia · Perang terhadap Nabis · Pemberontakan Maccabees ·
Perang Republik Rom
Perang dengan Liga Latin · Perang Samnium · Perang Latin · Perang Pirik · Perang Punic (Pertama, Kedua, Ketiga· Perang dengan Yunani (Illyria, Macedonia Pertama, Macedonia Kedua, Seleucid, Macedonia Ketiga, Macedonia Keempat) · Perang Jugurtha · Perang Cimbria · Perang Pengabdian Rom (Pertama, Kedua, Ketiga) · Perang Sosial · Perang saudara Lucius Cornelius Sulla (Pertama, Kedua) · Perang Mithridates (Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat) · Perang Gaul · Perang saudara Julius Caesar · Keakhiran Republik (Pasca-Caesar, Pembebas, Sicily, Fulvia, Akhir)
Perang Empayar Rom
Perang Germanik (Marcomanni, Alamanni, Goth, Visigoth· Perang di Britain · Perang Boudica · Perang Armenia · Perang Saudara 69 · Perang Yahudi · Perang Dacia Domitian · Perang Dacia Trajan · Perang Parthia · Perang Parsi · Perang Saudara Abad Ketiga · Perang Kejatuhan Empayar Rom Barat
Sejarah tentera