Sri Medan

Koordinat: 1°59′06″N 102°57′25″E / 1.9849548°N 102.9569216°E / 1.9849548; 102.9569216

Sri Medan merupakan salah sebuah pekan kecil terletak dalam Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Ia berhampiran dengan Pekan Parit Sulong, Yong Peng dan Tongkang Pecah. Pada masa dahulu, ia adalah sebuah lombong bauksit yang terkenal di Johor. Sri Medan pada zaman dahulu merupakan sebuah pekan mati kerana ketiadaan jalan penghubung dengan pekan lain. Hal ini kerana pekannya terletak di bahagian tengah dan jauh dari jalan utama yang menghubungkan bandar Batu Pahat, pekan Parit Sulong dan pekan Yong Peng. Pekan Sri Medan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Parit Basri Laut, Parit Warijo, Parit Haji Ariff dan Parit Haji Yusof. Parit Warijo dapat menghubungkan beberapa kampung dengan pekan Sri Medan, antaranya seperti Parit Laman, Parit Jayus, Parit Baru, Ayer Putih, dan Sri Sejagong. Jalan Parit Haji Ariff pula dapat menghubungkan pekan Sri Medan dengan beberapa kampung lain seperti Kg. Sri Pasir, Parit Ulong, Sri Dayong, termasuklah Bukit Betaling yang terletak di bahagian hulu. Jalan Parit Haji Yusof pula dapat menghubungkan Bukit Rimau, Parit Lapis Haji Yusof, Sri Ramunia, dan Parit Singgahan. Namun, Sri Ramunia dan Parit Singgahan juga berhubung dengan jalan besar menghala ke Sri Medan.

Sri Medan juga pernah menjadi lokasi pengambaran untuk filem Puteri Gunung Ledang, lakonan M. Nasir dan Tiara Jaquelina. Lokasi tepat untuk pembikinan filem berunsurkan sejarah tersebut adalah di Bukit Inas iaitu sebuah lokasi yang bersempadan dengan pekan Pt. Sulong. Sebelum dapat nama Sri Medan oleh Sultan Johor pada 1920, nama Ramunia terlebih dahulu digunakan sebagai nama utama kawasan ini. Pengasas terawal pekan ini yang dikenal pasti ialah Haji Yusoff bin Sarpin iaitu seorang penghijrah dari Ponorogo,[perlu rujukan] Jawa Timur, Indonesia. Perlombongan bauksit merupakan perusahaan cari gali hasil bumi yang paling awal pernah diusahakan di sini. Syarikat pertama yang menjalankan usaha cari gali dan kemudiaannya mengusahakannya merupakan sebuah syarikat dari Jepun dikenali sebagai Syarikat Nanyo Kogyo Koshi (kemudian Syarikat Ishihara Sangyo)pada tahun 1920. Syarikat tersebut terus menjalankan kerja-kerja melombong sehingga tahun 1941 dan dibuka semula oleh The Malayan Miner co Ltd pada 1953 dan ditutup pada 1967. Kini, kawasan perlombongan tersebut dijadikan taman botani Johor.

  • l
  • b
  • s
Johor Darul Ta'zim ‏جوهر دار التعظيم
Topik
  • Sejarah
    • Kesultanan Johor-Riau
    • Orang Melayu
  • Sultan
  • Darjah kebesaran
  • Kerajaan Negeri
  • Budaya
Istana
Bangunan kerajaan
Bandar raya
Bandar Diraja
Pekan
Kampung
Pulau
Bandar baru
Zon Khas
Gunung
Pintu masuk antarabangsa
Bahagian perundangan
  • l
  • b
  • s
Batu Pahat
Batu Pahat
Yong Peng
Johor Bahru
Iskandar Puteri
Pasir Gudang
Kulai
Kluang
Kluang
Simpang Renggam
Kota Tinggi
Kota Tinggi
Pengerang
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Segamat
Labis
Tangkak
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Johor Darul Takzim
Batu Pahat
Johor Bahru
Kluang
Kota Tinggi
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Tangkak
Lihat juga: Mukim di Johor
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P140 Segamat
N01 Buloh Kasap
N02 Jementah

P141 Sekijang
N03 Pemanis
N04 Kemelah

P142 Labis
N05 Tenang
N06 Bekok

P143 Pagoh
N07 Bukit Kepong
N08 Bukit Pasir

P144 Ledang
N09 Gambir
N10 Tangkak
N11 Serom

P145 Bakri
N12 Bentayan
N13 Simpang Jeram
N14 Bukit Naning

P146 Muar
N15 Maharani
N16 Sungai Balang

P147 Parit Sulong
N17 Semerah
N18 Sri Medan

P148 Ayer Hitam
N19 Yong Peng
N20 Semarang

P149 Sri Gading
N21 Parit Yaani
N22 Parit Raja

P150 Batu Pahat
N23 Penggaram
N24 Senggarang
N25 Rengit

P151 Simpang Renggam
N26 Machap
N27 Layang-Layang

P152 Kluang
N28 Mengkibol
N29 Mahkota

P153 Sembrong
N30 Paloh
N31 Kahang

P154 Mersing
N32 Endau
N33 Tenggaroh

P155 Tenggara
N34 Panti
N35 Pasir Raja

P156 Kota Tinggi
N36 Sedili
N37 Johor Lama

P157 Pengerang
N38 Penawar
N39 Tanjung Surat

P158 Tebrau
N40 Tiram
N41 Puteri Wangsa

P159 Pasir Gudang
N42 Johor Jaya
N43 Permas

P160 Johor Bahru
N44 Larkin
N45 Stulang

P161 Pulai
N46 Perling
N47 Kempas

P162 Iskandar Puteri
N48 Skudai
N49 Kota Iskandar

P163 Kulai
N50 Bukit Permai
N51 Bukit Batu
N52 Senai

P164 Pontian
N53 Benut
N54 Pulai Sebatang

P165 Tanjung Piai
N55 Pekan Nanas
N56 Kukup

Ikon tunas

Rencana mengenai lokasi di Johor ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s