Stone Cold Steve Austin

  • Ahli gusti profesional (bersara)
  • pelakon
  • penerbit
  • pengacara
  • personaliti televisyen
Tahun aktif1989–2003 (bergusti)
1999–kini (berlakon)Pasangan
  • Kathryn Burrhus (k. 1990; c. 1992)
  • Jeanie Clarke (k. 1992; c. 1999)
  • Debra Marshall (k. 2000; c. 2003)
  • Kristin Feres
    (k. 2009)
Anak-anak3Karier gusti profesionalNama arenaThe Ringmaster
"Stone Cold" Steve Austin
"Stunning" Steve Austin
"Superstar" Steve AustinTinggi6 ka 2 in (188 cm)[1]Berat252 lb (114 kg)[1]Berasal dariVictoria, Texas[1]Dilatih olehChris Adams[2][3]Penampilan sulung30 September 1989Bersara30 Mac 2003 Laman web rasmibrokenskullranch.com
Stone Cold Steve Austin dan Brian Pillman sebagai The Hollywood Blonds

Steven James Williams (lahir Steven James Anderson pada 18 Disember, 1964), lebih dikenali sebagai nama gelanggang "Stone Cold" Steve Austin, ialah seorang pelakon, penerbit dan bekas ahli gusti profesional dari Amerika Syarikat. Beliau turut terlibat sebagai penganjur untuk seberapa promosi dalam badan-badan gusti tertentu seperti World Championship Wrestling (WCW), Extreme Championship Wrestling (ECW) dan World Wrestling Federation (WWF). Diisytiharkan oleh Pengerusi WWE (dulu dikenali WWF), Vince McMahon, sebagai ahli gusti paling menguntungkan dalam sejarah syarikat tersebut, beliau mendapat populariti arus perdana di WWF pada akhir tahun 1990-an selaku "Stone Cold" Steve Austin, seorang yang kurang ajar, antiwira yang kaki minum yang selalu menentang syarikat dan bosnya Encik McMahon; persona Austin ini telah digambarkan sebagai "budak poster bagi Era Gaya (Attitude Era) WWF". Menceritakan kuasa tarikan box-officenya, bekas pengulas dan eksekutif WWE Jim Ross mengatakan: "Tiada siapa menandingi Austin...tiada siapa yang menghasilkan lebih banyak wang disepanjang kerjaya WWE mereka." Ahli gusti veteran profesional Ric Flair dengan tanpa ragu-ragu menyatakan Austin sebagai "bintang terbesar dalam sejarah WWE".

Austin menyandang 21 kejuaraan sepanjang kerjaya gusti profesionalnya dan merupakan Juara WWF sebanyak 6 kali serta Juara Tiga Serangkai yang kelima. Beliau juga adalah pemenang kejohanan King of the Ring tahun 1996, serta kejohanan Royal Rumble tahun 1997, 1998 dan 2001. Beliau terpaksa bersara daripada gelanggang pada tahun 2003, disebabkan beberapa kecederaan lutut dan leher. Sepanjang tahun 2003 dan 2004, beliau telah dipaparkan sebagai Pengurus Besar Bersama dan "Sherif" rancangan Raw. Semenjak tahun 2005, beliau terus membuat kemunculan sekali-sekala dan telah dimasukkan kedalam Dewan Kemasyhuran WWE oleh Vince McMahon pada tahun 2009. Pada tahun 2011, Steve Austin kembali ke WWE bagi mengacara rancangan siri realiti Tough Enough.

Selepas kerjaya gustinya, Austin memulakan podcast bernama "The Steve Austin Show" dan mengeluarkan bir IPA yang dipanggil "Broken Skull IPA". Austin menganjurkan siri pertandingan realiti, Steve Austin's Broken Skull Challenge, dari 2014 hingga 2017 dan telah menjadi bintang Straight Up Steve Austin sejak 2019. Beliau juga mengadakan temu bual video dengan ahli gusti lain yang dipanggil Broken Skull Sessions yang tersedia melalui WWE dalam perkhidmatan penstriman Peacock dan WWE Network.

Nama samaran

  • The Bionic Redneck
  • B.M.F.
  • The Extreme Superstar
  • The Texas Rattlesnake
  • The Toughest S.O.B.

Filem

  • The Longest Yard (2005) sebagai "Guard Dunham"
  • Tales of the Rat Fink (2006) sebagai "Heavy Chevy"
  • The Condemned (2007) sebagai "Joe Conrad"
  • Damage (2009) sebagai "John Brickner"
  • The Stranger (2010) sebagai "The Stranger"
  • The Expendables (2010) sebagai "Paine"
  • Hunt To Kill (2010) sebagai "Jim Rhodes"
  • Knockout (2011) sebagai "Dan Barnes"
  • Tactical Force (2011) sebagai "Tate"
  • Recoil (2011) sebagai "Ryan Varrett"
  • Maximum Conviction (2012) sebagai "Manning"
  • The Package (2012) sebagai "Tommy Wick"
  • Grown Ups 2 (2013) sebagai "Dennis "Tommy" Cavanaugh"

Kemunculan di Televisyen

  • V.I.P. (siri TV) (24 Oktober, 1998) dalam episod "Scents and Sensibility"
  • Dilbert (13 Jun, 2000) dalam episod "The Delivery"
  • Nash Bridges (1999-2000) dalam enam episod sebagai "Detective Jake Cage"
  • Celebrity Deathmatch (1998-2002)
  • Punk'd (25 April, 2005)

Video/DVD

  • 'Cause Stone Cold Said So (1997)
  • Austin 3:16 Uncensored (1998)
  • Austin vs. McMahon: The Whole True Story (1999)
  • Hell Yeah: The Stone Saga Continues (2000)
  • Stone Cold Steve Austin: Lord Of The Ring (2001)
  • Stone Cold Steve Austin: What? (2002)
  • The Stone Cold Truth (2004)
  • Stone Cold Steve Austin's Life & Legacy (2007)

Buku

  • Austin, Steve, Brent, Dennis and Jim Ross (2003) The Stone Cold Truth, ISBN 0-7434-7720-0

Rujukan

  • Austin Files Suit Against Ex (10 Oktober, 2004)
  • Steve Austin at The Smoking Gun
  • Steve Austin at The Smoking Gun (2)
  • Steve Austin at ObsessedWithWrestling.com

Pautan luar

"

  1. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan wwebio tidak disediakan
  2. ^ "Stone Cold" Steve Austin. The Stone Cold Truth (p.55)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan slam tidak disediakan