Sultan Ataullah Muhammad Shah II

عطاء الله محمد شاه ٢code: ms is deprecated Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kedah Darul Aman Pemerintahan1688–1698Didahului olehSultan Dziaddin Mukarram ShahDiikuti olehSultan Abdullah Mu'adzam ShahKemangkatan17 November 1698
Istana Baginda, Kota Bukit PinangPemakamanMakam Diraja Kota Bukit PinangPasanganTengku MaheranAnakandaSultan Abdullah Mu'adzam Shah
Tengku Ibrahim
Tengku Baharuddin
Tengku Latifa
Nama selepas mangkat
Al-Marhum Bukit Pinang al-Awwal
KerabatKedahAyahandaSultan Dziaddin Mukarram ShahBondaChe' Sepa ChandraAgamaSunni Islam

Almarhum Sultan Ataullah Muhammad Shah II adalah Sultan Kedah ke-16. Baginda merupakan putera kepada Sultan Dziaddin Mukarram Shah dan Che’ Sepa Chandra. Pada 2 Mei 1688, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-16 dan bersemayam di Kota Bukit Pinang.

Baginda menyerahkan Kota Indera Kayangan kepada Dato' Andika Raja untuk menjagakannya. Baginda memerintahkan Dato’ Seri Maharaja Putera Dewa untuk melawat seluruh jajahan Kedah, mengambil tahu hal rakyat, memberi nasihat dalam hal pertanian dan pertukangan serta memberi idea bagi kerja mendatangkan keuntungan dalam negeri.

Pada 17 November 1698, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Bukit Pinang. Makamnya telah ditemui pada April 2017 bersama kerabat diraja lain oleh Persatuan Sejarah Malaysia.[1]

Rujukan

  1. ^ "Tomb of 16th Sultan of Kedah found". Borneo Bulletin. 26 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2017. Dicapai pada 28 April 2017.
Didahului oleh
Sultan Dziaddin Mukarram Shah
Sultan Kedah
1687-1698
Diikuti oleh:
Sultan Abdullah Mu'adzam Shah