Sungkup plastik

Batas sayuran tinggi dilitup sungkup plastik.

Sungkup plastik ialah sejenis lapisan plastik, yang digunakan seperti sungkup, untuk mengelak rumpai tumbuh dan untuk menjimatkan air dalam pertanian dan seni tanam (landscaping). Beberapa jenis sungkup plastik juga bertindak sebagai lapisan untuk memerangkap metil bromida, sejenis bahan pewasap untuk membunuh haiwan perosak dan juga penyusut lapisan ozon, dalam tanah. Tanaman tumbuh dari lubang-lubang kecil yang ada pada plastik. Sungkup plastik juga kadangkala digunakan sekali dengan pengairan titis. Beberapa kajian telah dilakukan berkenaan kesan warna sungkup plastik terhadap tanaman. Kaedah sungkup plastik ini digunakan selalunya dalam penghasilan sayuran pada skala besar, dengan berjuta ekar tanaman menggunakan sungkup plastik setiap tahun. Pembuangan sungkup plastik sering kali dinamakan sebagai masalah persekitaran; tetapi, pelbagai teknologi kin wujud untuk kitar semula sungkup plastik yang terpakai kepada resin plastik yang boleh diguna semula dalam industri penghasilan plastik.[1]

Sejarah

Idea untuk menggunakan lapisan polietilena sebagai sungkup dalam pertanian terbit pada pertengahan 1950-an. Dr. Emery M. Emmert dari Universiti Kentucky adalah antara yang pertama menyedari faedah menggunakan lapisan PEKR (polietilena ketumpatan rendah) dan PEKT (polietilena ketumpatan tinggi) sebagai sungkup dalam penghasilan sayuran. Emmert juga membuat selidikan tentang beberapa perkara lain seperti menggunakan plastik untuk membina rumah hijau daripada menggunakan kaca, dan plastik dalam terowong tanaman. Kini, Dr. Emmert digelar sebagai "bapa rumah hijau plastik". Beliau juga digelar secara bergurau "pembedah plastik" disebabkan beliau menggunakan plastik dan bukan kaca untuk rumah hijau dan beliau menggunakan plastik lut cahaya dan hitam dalam penghasilan sayur. Kira-kira 2,500 batu persegi (6,500 km2) tanah pertanian di dunia menggunakan sungkup polietilena atau lapisan yang serupa dengan ia untuk menghasilkan tanaman. polietilena ketumpatan rendah

Faedah

Antara faedah dalam menggunakan sungkup plastik serta menggunakan pengairan titis ialah:

Tarikh penanaman lebih awal

Penggunaan sungkup plastik memberi kesan terhadap suhu tanah. Sungkup berwarna gelap dan lut cahaya dapat memerangkap haba daripada sinaran matahari pada tanah, menyebabkan tanah menjadi lebih hangat berbanding suhu diluar dan membenarkan penanaman yang lebih awal juga meransangkan tumbesaran tanaman pada awal musim tumbuh. Sungkup putih pula memantul haba dari matahari dan dapat mengurangkan suhu tanah. Ini boleh membantu tumbuh-tumbuhan pada pertengahan musim panas apabila tanah yang lebih dingin diperlukan.

Pengekalan kelembapan tanah

Sungkup plastik dapat mengurangkan jumlah air yang tersejat dari tanah. Jumlah air yang diperlukan dalam pengairan dapat dikurangkan. Ia juga dapat membantu sekatakan kelembapan tanah yang mampu mengurangkan stres tanaman.

Pengurusan rumpai

Sungkup plastik dapat menghalang cahaya matahari daripada sampai ke tanah, menghalang rumpai daripada tumbuh. Plastik jernih dapat menghalang pertumbuhan rumpai. Satu-satunya cara rumpai dapat tumbuh hanyalah daripada lubang yang ada pada plastik.

Pengurangan bilangan baja yang terlarut resap

Menggunakan pengairan titis bersama sungkup plastik dapat mengurangkan bilangan baja yang terlarut resap (leaching). Menggunakan pengairan titis menyingkirkan penggunaan kaedah pengairan alur dan banjir, yakni menimpakan jumlah air yang banyak kepada tanah dan menyebabkan nitrogen dan zat-zat lain turun pada paras di bawah paras akar. Pengairan titis menggunakan jumlah air yang rendah dengan baja yang dimasukkan, baja ini dititiskan pada kawasan akar. Ini juga mengurangkan jumlah baja yang diperlukan untuk membenarkan tanaman hidup elok jika dibandingkan dengan pembajaan tabur.

Mutu tanaman yang lebih elok

Sungkup plastik menjauhkan buah-buahan daripada menyentuh tanah. Ini mengurangkan kebarangkalian buah tersebut lasu mahupun busuk. Ini memberi faedah dalam industri penghasilan strawberi.

Pengurangan pemadatan tanah

Sungkup plastik mengurangkan kadar tanah untuk merekah akibat hujan dan matahari. Kekurangan bilangan rumpai bermakna keperluan untuk menggunakan mesin dikurangkan. Kawalan rumpai antara batas plastik dapat dilakukan menggunakan racun rumpai dengan tangan dan juga mesin. Tanah di bawah sungkup plastik kekal gembur dan terudara. Ini meningkatkan jumlah oksigen dalam tanah dan membantu kegiatan mikrob.

Pengurangan kerosakan akar

Menggunakan sungkup plastik menghasilkan tanah yang bebas rumpai di sekeliling tanaman, mengurangkan keperluan penjagaan kepada baris di antara sungkup. Kerosakan akar diakibatkan perapian tidak wujud lagi. Disebabkan faktor-faktor ini, menggunakan sungkup plastik dapat menjaga kesihatan dan tumbesaran tumbuhan.

Keburukan

Sungkup plastik juga ada keburukan dalam penghasilan tanaman juga.

Perbelanjaan

Menggunakan sungkup plastik adalah jauh lebih baik berbanding menggunakan tanah terdedah. Perbelanjaan termasuk peralatan, plastik yang digunakan sebagai sungkup, alat ubah anak benih direka untuk batas plastik, dan kerja kasar yang diperlukan semasa pemasangan dan membuang lapisan plastik. Peralatan untuk membubuh sungkup khas mesti digunakan untuk membubuh lapisan plastik pada batas tanah. Mesin-mesin ini digunakan untuk membentuk tanah dan membubuh plastik pada tanah. Alat ubah anak benih yang direka khas untuk sungkup plastik boleh digunakan untuk menanam tanaman yang diingini. Alihan anak benih mengguna tangan diperbolehkan tetapi amat perlahan dan tidak cekap. Pembuangan sungkup plastik juga menyumbang kepada kos yang lebih tinggi dengan kerja buruh dan peralatan tambahan yang diperlukan. Peralatan khusus yang direka khas boleh digunakan untuk mengeluarkan plastik dari tanah selepas menuai.

Kebimbangan persekitaran

Jika plastik biasa (mis. polietilena) digunakan sebagai lapisan plastik, ia berkemungkinan akan tumpuk (accumulation) dalam tanah, kerana pembuangan dan pelupusan plastik yang wajar adalah, dari segi teknik dan ekonomi, amat membebankan.[2] Pengumpulan ini boleh menyebabkan pengurangan hasil tanaman dan masalah alam sekitar.[3] Polimer boleh biodegradasi ialah polimer yang dapat diurai secara semula jadi oleh komuniti mikrob yang wujud dalam alam persekitaran. Ia memberikan alternatif yang berdaya lestari berbanding plastik biasa sebagai lapisan sungkup. Memberi faedah yang sama seperti yang plastik biasa, masalah ketumpukan plastik dalam tanah mampu diselesaikan.[4] Poliester alifatik dan kopoliester alifatik-aromatik adalah antara kumpulan polimer biodegradasi yang sesuai untuk tujuan ini.[5]

Pemasangan

Penggunaan sungkup plastik menggunakan proses pemasangan yang unik untuk memastikan peletakan plastik yang betul. Proses pemasangan bermula dengan menyiapkan kawasan yang ingin diguna kepada batas rata. Batas mesti bebas daripada gumpalan tanah besar dan sisa-sisa organik. Sebuah mesin yang dipanggil pelapis plastik atau pembentuk batas ditarik ke atas bidang tanah dan menghasilkan satu baris sungkup plastik yang meliputi batas tanaman. Batas boleh dijadikan batas rata yang bermaksud lapisan sungkup plastik adalah sama paras dengan permukaan tanah di antara baris. Mesin yang membentuk batas tinggi menghasilkan permukaan plastik lebih tinggi daripada permukaan tanah di antara baris. Sistem pembentuk batas plastik mempunyai kotak pembentuk yang membentuk batas yang kemudian ditutup dengan plastik menggunakan penggelek dan dua kulter (cakera keluli yang dipasangkan pada bajak untuk memotong) yang menyelit tepi lapisan plastik untuk membalut plastik pada tanah. Lapisan plastik ini juga meletakkan saluran pengair titis di bawah plastik sementara mesin meletakkan plastik. Amat penting juga plastik dikekalkan tegang. Ini menjadi penting dalam proses penanaman.

Penanaman

Penanaman juga memerlukan peralatan penanaman yang khas. Peralatan penanaman yang paling biasa digunakan ialah pengalih tumbuhan jenis kincir angin. Pengalih kincir angin menggunakan gelendong berputar dengan jejari yang berjarak. Gelendong atau tong dram mempunyai bekal air yang terus-menerus mengisi geledong dengan air. Alat pengalih mengguling gelendong berjejari pada plastik batas. Ketika gelendong menekan jejari tersebut ke dalam plastik, sebuah lubang terbentuk dan air mengalir ke dalam lubang yang ditebuk. Penunggang di mesin pengalih kemudiannya boleh meletakkan tumbuhan di dalam lubang. Gelendong ini boleh mempunyai beberapa baris dan pelbagai selang untuk menghasilkan jarak yang diinginkan untuk tanaman tertentu.

Lihat juga

  • Plastikultur
  • Sungkup getah
  • Sungkup hidup

Rujukan

  1. ^ Plastic mulch film recycling process Agricultural plastics recycling website, accessed 07.03.08
  2. ^ Kyrikou, I., & Briassoulis, D. (2007). "Biodegradation of agricultural plastic films: a critical review". Journal of Polymers and the Environment. 15 (2): 125–150. doi:10.1007/s10924-007-0053-8. One major drawback of most polymers used in agriculture is the problem with their disposal, following their useful lifetime. Non-degradable polymers, being resistive to degradation (depending on the polymer, additives, conditions etc) tend to accumulate as plastic waste, creating a serious problem of plastic waste management.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Rillig, M. C. (2012). "Microplastic in terrestrial ecosystems and the soil?". Environmental Science & Technology. 46 (12): 6453–6454. doi:10.1021/es302011r.
  4. ^ Tokiwa, Y., Calabia, B. P., Ugwu, C. U., & Aiba, S. (2009). "Biodegradability of plastics". International Journal of Molecular Sciences. 10 (9): 3722–3742. doi:10.3390/ijms10093722. PMC 2769161. PMID 19865515.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Müller, R. J. (2006). "Biological degradation of synthetic polyesters—enzymes as potential catalysts for polyester recycling". Process Biochemistry. 41 (10): 2124–2128. doi:10.1016/j.procbio.2006.05.018.

Bacaan lanjut

  • Hochmuth, G. (1998). "What to do with all that mulch?". Amer. Veg. Grower. 46 (4): 45.
  • Lamont, W. J., Jr. (1993). "Plastic mulches for the production of vegetable crops". HortTechnology. 3 (1): 35–39.
  • Marr, C.W. 1993. Plastic Mulches for Vegetables. Kansas State University. October: 1-3.
  • McCraw, D. Motes, J.E. 2007. Use of Plastic Mulch and Row Covers in Vegetable Production. Oklahoma Cooperative Extension Fact Sheets. 1-5.
  • Rice, P. J. (2001). "Runoff loss of pesticides and soil: A comparison between vegetative mulch and plastic mulch in vegetable production systems". J. Environ. Qual. 30 (5): 1808–1821. PMID 11577890. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  • Steinmetz, Z.; Wollmann, C.; Schaefer, M.; Buchmann, C.; David, J.; Tröger, J.; Muñoz, K.; Frör, O.; Schaumann, G.E. (2016). "Plastic mulching in agriculture: Trading short-term agronomic benefits for long-term soil degradation?". Sci. Total Environ. 550: 690–705. doi:10.1016/j.scitotenv.2016.01.153. PMID 26849333.
  • Wittwer, S. H. (1993). "World-wide use of plastics in horticultural production". HortTechnology. 3 (1): 6–19.

Pautan luar

Kategori berkenaan Sungkup plastik di Wikimedia Commons