Supermajoriti

Sebahagian daripada siri tentang
Politik
Kotak undi
Topik utama
  • Indeks rencana politik
  • Garis kasar sains politik
  • Politik mengikut negara
  • Politik mengikut subbahagian
  • Ekonomi politik
  • Sejarah politik
  • Falsafah politik
Sistem politik
  • Anarki
  • Negara kota
  • Demokrasi
  • Kediktatoran
  • Direktori
  • Federasi
  • Feudalisme
  • Meritokrasi
  • Monarki
  • Parlimen
  • Presiden
  • Republik
  • Separa parlimen
  • Separa presiden
  • Teokrasi
Disiplin akademik
  • Sains politik
    (ahli sains politik)
  • Hubungan antarabangsa
    (teori)
  • Politik perbandingan
Pentadbiran awam
  • Birokrasi (tahap jalanan)
  • Adhokrasi
Dasar
  • Dasar awam (doktrin)
Masyarakat sivik
  • Kepentingan awam
Organ pemerintahan
Topik berkaitan
  • Kedaulatan
  • Teori-teori tingkah laku politik
  • Psikologi politik
  • Kajihayat dan orientasi politik
  • Pertubuhan politik
  • Campur tangan luar pengundian
Portal politik
  • l
  • b
  • s

Supermajoriti ataupun majoriti layak ialah satu keperluan supaya suatu usul mendapat tahap sokongan tinggi tertentu melebihi majoriti kecil 50%. Di sesetengah bidang kuasa, sebagai contoh, prosedur parlimen memerlukan sebarang tindakan yang mungkin mengubah hak sekumpulan minoriti mendapat sokongan supermajoriti (misalnya majoriti dua pertiga). Pindaan perlembagaan lazimnya memerlukan kelulusan supermajoriti dalam badan perundangan.

Pecahan supermajoriti

Tahap supermajoriti berbeza-beza mengikut tempat. Tahap yang biasa ialah tiga perlima (60%) atau dua pertiga (66.7%).

Terdapat dua jenis supermajoriti: supermajoriti mudah (berdasarkan mereka yang hadir) atau supermajoriti mutlak (berdasarkan mereka yang layak mengundi). Contohnya, sekiranya 90 daripada 100 orang yang layak mengundi hadir dan tahap supermajoriti ialah tiga perlima, sokongan minimum yang perlu untuk supermajoriti mudah ialah 54 orang. Manakala supermajoriti mutlak memerlukan minimum 60 orang setuju.

Lihat juga

  • Majoriti berganda

Rujukan

  • Robert's Rules of Order Newly Revised, edisi ke-10, 2000, m/s. 389-90