Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan

Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan
国家公安委員会code: ja is deprecated
Kokka Kōan Iinkai

Bangunan ke-2 Pejabat Pemerintah Pusat
Intisari agensi
Dibentuk1947 (1947)
Bidang kuasa
 Jepun
Ibu pejabat2-1-2 Kasumigaseki, Chiyoda-ku, Tokyo, Jepun
Eksekutif Agensi
  • Hachiro Okonogi, Pengerusi
  • Takashi Oda, Pesuruhjaya
  • Keiko Sakurai, Peseuruhjaya
  • Yusuke Yokohata, Pesuruhjaya
  • Keiji Kimura, Pesuruhjaya
  • Yūko Andō, Pesuruhjaya
Agensi induk
Pejabat Kabinet
Laman sesawang
www.npsc.go.jp (dalam bahasa Jepun)

Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan (国家公安委員会, Kokka Kōan Iinkai) adalah suruhanjaya Pejabat Kabinet Jepun. Ia beribu pejabat di Bangunan ke-2 Pejabat Pemerintah Pusat di 2-1-2 Kasumigaseki di Kasumigaseki, Chiyoda, Tokyo.[1][2]

Suruhanjaya ini terdiri daripada ketua yang memegang jawatan Menteri Negara dan lima anggota lain yang dilantik oleh Perdana Menteri, dengan persetujuan kedua-dua dewan Diet. Suruhanjaya ini beroperasi secara bebas dari kabinet, tetapi berselaras dengannya melalui Menteri Negara.

Fungsi suruhanjaya adalah untuk menjamin keberkecualian sistem polis dengan melindungi kekuatannya dari tekanan politik dan memastikan pemeliharaan kaedah demokratik dalam pentadbiran polis. Ia mentadbir Agensi Polis Negara, dan mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat pegawai kanan polis. Suruhanjayaini juga mempunyai hubungan dengan agensi lain di luar Jepun dalam menyalaras tugas anti-jenayah rentas sempadan.[3]

Senarai anggota terkini

  • Hachiro Okonogi (Pengerusi; dari Parti Demokratik Liberal)
  • Takashi Oda (Wartawan, Pengarah di Yomiuri Shimbun Holdings)
  • Keiko Sakurai (Pakar undang-undang, Profesor di Universiti Gakuin)
  • Yusuke Yokohata (Birokrat, Pendakwaraya)
  • Keiji Kimura (Bekas Pengerusi Mitsubishi Estate; ahli Persatuan Sumo Jepun terkini)
  • Yūko Andō (Peguam)

Senarai bekas pengerusi

  • Kenji Yamaoka
  • Sadakazu Tanigaki
  • Hiroshi Nakai
  • Kansei Nakano
  • Junzo Yamamoto
  • Ryota Takeda

Rujukan

Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.

  1. ^ "Index.pdf." (Archive) Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan. (dalam bahasa Jepun) Dicapai pada 6 April 2009. "〒100-8974 東京都千代田区霞が関2-1-2"
  2. ^ "Ministry Access by Public Transportation." (Archive) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi. (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 6 April 2009. "Address: 2nd Bldg. of the Central Common Government Office, 2-1-2, Kasumigaseski [sic], Chiyoda-ku, Tokyo 100-8926, Japan" - alamat Jepun: "〒100-8918 東京都千代田区霞が関2-1-2"
  3. ^ "PERKONGSIAN MAKLUMAT UNTUK PERANGI JENAYAH TRANSNASIONAL – JEPUN". ESSCOM TIMES. 30 September 2015. Dicapai pada 11 Disember 2020.

Pautan luar

  • Laman sesawang rasmi (dalam bahasa Jepun)
  • l
  • b
  • s
Kementerian dan agensi pemerintah Jepun
日の丸
  • Kabinet
五七桐花紋
  • Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi (Menteri)
  • Keadilan (Menteri)
  • Hal Ehwal Luar Negeri (Menteri)
  • Kewangan (Menteri)
  • Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (Menteri)
  • Ekonomi, Perdagangan dan Perindustrian (Menteri)
  • Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (Menteri)
  • Alam Sekitar (Menteri)
  • Pertahanan (Menteri)
  • Lembaga Audit (bebas dari segi perlembagaan)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jepun
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)