Syarikat berhad

Scales of justice
Undang-undang syarikat
Syarikat · Perniagaan
Keempunyaan perseorangan
Perkongsiaan
(Umum · Berhad · LLP)
Perbadanan
Koperasi
Amerika Syarikat
Perbadanan S · Perbadanan C
LLC · LLLP · LLC Bersiri
Perbadanan Delaware
Perbadanan Nevada
Amanah perniagaan Massachusetts
UK / Ireland / Komanwel
Syarikat berhad
(dengan saham · dengan jaminan
Awam · Tuan punya)
Syarikat tak berhad
Syarikat sekepentingan komuniti
Kesatuan Eropah / EEA
Statut Syarikat Eropah · SCE · SPE · EEIG
Bidang berkait
Kontrak · Prosedur sivil
  • l
  • b
  • s

Syarikat berhad (bahasa Inggeris: limited companycode: en is deprecated ) di United Kingdom atau Ireland ialah perbadanan yang liabiliti pemegang sahamnya dihadkan oleh saham. Ia merupakan bentuk syarikat sendirian yang paling umum. Bagi banyak orang, membentuk syarikat berhad merupakan satu pilihan yang menarik kerana, berbeza dengan pedagang perseorangan, aset peribadi diasingkan sama sekali daripada kewangan syarikat.[1]

Padanan syarikat sendirian di Australia ialah syarikat Proprietary Limited (Pty Ltd). Sebuah syarikat Australia dengan perkataan Limited (Berhad) atau Ltd pada akhir namanya ialah syarikat awam, misalnya sebuah syarikat yang didaftarkan dengan ASX (walaupun syarikat awam boleh dan seringnya tidak tersenarai). Australia tidak mempunyai padanan yang tepat untuk plc.

Syarikat sendirian berhad dengan jaminan

Jenis syarikat ini tidak mempunyai modal saham tetapi sebaliknya, dijamin oleh "anggota"nya yang bersetuju untuk membayar jumlah yang tetap jika syarikat itu mengalami pembubaran. Pertubuhan amal seringnya diperbadankan dengan menggunakan jenis liabiliti terhad ini. Satu lagi contoh ialah Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan. Di Australia, hanya syarikat awam tak tersenarai dibenarkan pengehadan jaminan.[2]

Syarikat sendirian berhad dengan saham

Jenis syarikat ini mempunyai pemegang saham dengan liabiliti terhad. Sahamnya tidak boleh ditawarkan kepada khalayak.

Syarikat awam berhad (plc)

Saham syarikat awam berhad boleh didagangkan kepada orang awam di dalam bursa saham — serupa dengan Perbadanan (Corp) di Amerika Syarikat dan Aktiengesellschaft (AG) di Jerman.

Bagi pemegang saham syarikat berhad, jika syarikat itu tak mampu bayar (sama dengan kebankrupan di Amerika Syarikat), mereka diwajibkan membayar jumlah yang masih belum dijelaskan untuk saham mereka (biasanya sifar kerana kebanyakan saham dibayar sepenuhnya sewaktu diterbitkan). 'Bayar' di sini berkait dengan jumlah yang perlu dibayar kepada syarikat untuk saham sewaktu buat pertama kali diterbitkan dan harus tidak dikelirukan dengan jumlah yang dibayar oleh pemegang saham kepada orang lain untuk memindahkan pemilikan saham sesama mereka. Justera, seseorang pemegang saham dilindungi oleh liabiliti terhad.

Syarikat berhad boleh didaftarkan di England dan Wales, Scotland, Ireland Utara, dan Australia. Pendaftaran syarikat di Great Britain (England, Scotland, dan Wales) dilakukan menerusi Companies House, manakala ia dilakukan di Australia menerusi Australian Securities and Investments Commission (ASIC)[3].

Pendaftaran syarikat di Ireland Utara ialah tanggungjawab Jabatan Perusahaan, Perdagangan dan Pelaburan. Sejak 1 Oktober 2009, tanggungjawab itu telah dipindahkan kepada Companies House di bawah Jabatan Perusahaan Perniagaan dan Reformasi Kawal Selia (Department for Business Enterprise and Regulatory Reform, BERR)[4].

Ireland Utara akan mengekalkan kewujudannya, dengan fungsi pendaftarannya menyerupai model Companies House Scotland. Ini bermakna bahawa pejabat Pendaftar Ireland Utara akan dikekalkan di Belfast.

Padanan syarikat berhad boleh dijumpai di kebanyakan negara, walaupun peraturan masing-masing yang terperinci amat berbeza. Adalah biasa juga bahawa perbezaan dibuat antara:

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Setting up a limited company - the basics," Constructaquote.com, http://www.constructaquote.com/home/business-guides/setting-up-a-limited-company--the-basics.aspx Diarkibkan 2010-04-01 di Wayback Machine
  2. ^ http://www.limitedcompany.com.au Types of limited and unlimited companies in Australia
  3. ^ http://www.asic.gov.au
  4. ^ http://www.companieshouse.gov.uk/companiesAct/niCompReg.shtml Diarkibkan 2014-11-26 di Wayback Machine Northern Ireland Company Registry Integration

Pautan luar

  • Limited liability company from Business Link


Ikon tunas

Rencana berkenaan perdagangan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s