Tebing Putih Dover

Tebing Putih Dover is located in Bumi
Tebing Putih Dover
Tebing Putih Dover (Bumi)
LokasiKent, EnglandGrid OSTR326419Koordinat51°08′N 1°22′E / 51.14°N 1.37°E / 51.14; 1.37Koordinat: 51°08′N 1°22′E / 51.14°N 1.37°E / 51.14; 1.37GeologiTebing laut

Tebing Putih Dover (bahasa Inggeris: White Cliffs of Dover) membarisi pesisiran pantai England yang menghadap Selat Dover sebahagian dari selat Inggeris bertentangan dengan Côte d'Albâtre di Normandy, Perancis. Muka tebing terdiri dari kapur yang dicoreng lapisan batu api hitam yang terdeposit selama akhir Zaman Batu Kapur. Tebing ini yang mencapai ketinggian 350 kaki (110 m), terbentang selama lapan batu (13 km) di kedua sisi kota Dover di Kent. Di titik di mana United Kingdom paling dekat dengan Eropah daratan, pada hari yang cerah, tebing ini terlihat dari Perancis (sekitar 20 mil atau 32 km).

Tebing ini merupakan sebahagian dari Tapak Minat Saintifik Khusus[1] dan Kawasan Konservasi Khusus Dover hingga Kingsdown Cliffs.[2]

Keterdekatannya kepada Selat Inggeris menjadikannya suatu mercu tanah utama Britain semasa pengangkutan menuju benua Eropah menggunakan laluan air, lagi-lagi semasa Perang Dunia Kedua yang disanjung sebagai suatu "lambang benteng pertahanan dan tanah air".[3] Sebahagian garis pantai yang mencakup tebing ini dibeli oleh National Trust pada tahun 2016.[4] Malah, ia diabadikan dalam setem-setemperingatan siri pesisiran England tahun 2002 dan siri UK A-Z pada tahun 2012 keluaran Royal Mail.[5][6]

Rujukan

  1. ^ "Designated Sites View: Dover to Kingsdown Cliffs". Sites of Special Scientific Interest. Natural England. Dicapai pada 1 February 2018.
  2. ^ "Designated Sites View: Dover to Kingsdown Cliffs". Special Area of Conservation. Natural England. Dicapai pada 15 January 2018.
  3. ^ "The White Cliffs of Dover". The National Trust. 1 November 2016.
  4. ^ "White cliffs of Dover to be bought by National Trust". BBC News. Dicapai pada 1 December 2016.
  5. ^ "UK landmarks featured on new collection of stamps". ITV. Dicapai pada 24 September 2022.
  6. ^ "Royal Mail unveils new 1st class stamps". Yahoo. Dicapai pada 24 September 2022.

Pautan luar


  • Aerial view of the cliffs and surrounding area di YouTube
  • Dover Museum information on the cliffs
  • White Cliffs of Dover website
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)
Perpustakaan negara
  • Jerman