Tentera Darat Ke-11 Panzer SS

Tentera Darat Ke-11 Panzer SS
AktifNovember 1944 – Februari 1945
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisPanzer
PerananPeperangan armor
SaizTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II
  • Barisan Timur
    • Operasi Solstice
Komander
Komander
terkenal
Felix Steiner

Tentera Darat Ke-11 Panzer SS (SS-Panzer-Armeeoberkommando 11) tidak lebih daripada ketumbukan atas kertas yang dibentuk pada Februari 1945 oleh Heinrich Himmler sewaktu beliau menjadi Panglima Kumpulan Tentera Darat Vistula.

Sejarawan tentera Antony Beevor menulis ketika Tentera Darat Ke-11 SS Panzer ditubuhkan unit-unit yang tersedia hanya berada pada taraf kor, "'Tetapi nama tentera darat panzer' Hans-Georg Eismann menyatakan 'hanya untuk menyedapkan telinga je'". Ia juga membenarkan Himmler menaikkan pangkat pegawai SS ke staf kanan dan panglima perang dalam formasi itu. Obergruppenführer Felix Steiner telah dinamakan sebagai panglimanya.[1] Ketumbukan itu secara rasminya disenaraikan sebagai Tentera Darat Ke-11 tetapi ia juga dikenali sebagai SS Panzer-Armeeoberkommando 11[2] dan sering dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai Tentera Darat Ke-11 Panzer SS.

Selepas mengambil bahagian dalam Operasi Solstice (satu serangan balas) di timur Sungai Oder pada Februari 1945, Panzer Ke-11 ditugaskan ke OB West dan disusun semula pada Mac 1945. Banyak daripada unit-unit yang dahulunya berada dibawah Tentera Darat Ke-11 SS Panzer telah dipindahkan ke Tentera Darat Ke-3 Panzer dan unit lain telah ditugaskan ke Tentera Darat Ke-11 untuk operasi menentang Sekutu Barat. Selepas mempertahankan Sungai Weser dan Pergunungan Harz, Panzer Ke-11 menyerah kalah kepada Sekutu Barat pada 21 April.[2]

Senarai tempur

Februari 1945

Pada 5 Februari Panzer Ke-11 adalah subordinat Kumpulan Tentera Darat Vistula, terdapat unit-unit berikut yang ditugaskan padanya:[2]

  • Grup Kor Tettau:
    • Köslin
    • Bärwalde
  • Kor X SS
    • Divisyen Ke-5 Jäger
    • Divisyen Nr 402
  • Grup Kor Munzel:
    • Divisyen Grenadier Führer
    • Divisyen Begleit Führer
  • Kor III Panzer SS:
    • 281. Infanterie-Division
    • 23. SS-Panzergrenadier-Division
    • Divisyen Voigt
    • 11. SS-Panzergrenadier-Division
    • 27. SS-Grenadier-Division
  • Kor XXXIX Panzer
    • 4. SS-Panzergrenadier-Division
    • 10. SS-Panzer-Division
    • 28. SS-Grenadier-Division
    • Divisyen Panzer Holstein
  • MK, Wehrkreis II sebagai pasukan medan bertaraf Kor (stellv. II):
    • Wilayah Pertahanan Swinemünde
    • Divisyen Deneke
    • 9. Fallschirm-Jäger-Division
  • Pasukan Ketumbukan langsung
    • 163. Infanterie-Division

Mac 1945

Pada 1 Mac Panzer Ke-11, subordinat kepada Kumpulan Tentera Darat Vistula tidak mempunyai unit-unit yang ditugaskan kepadanya.[2]

April 1945

Pada 12 April Panzer Ke-11 berada dibawah OB West dan mempunyai unit-unit berikut yang ditugaskan kepadanya.[2]

  • Kor LXVII:
    • Kampfgruppe Fellner
    • Divisyen Ettner
    • Divisyen Heidenreich
    • Divisyen Grosskreuz
  • Stellv. IX:
    • 26. Volksgrenadier-Division
    • 326. Volksgrenadier-Division
  • Kor LXVI:
    • 277. Volksgrenadier-Division
    • Briged Westfalen SS
    • 9. Panzer-Division
    • 116. Panzer-Division

Lihat juga

  • Tentera Darat Ke-11 Jerman adalah nama tentera darat medan bagi Tentera Darat Jerman. Tentera Darat Ke-11 juga wujud sebelum penjelmaan semula sebagai sebuah ketumbukan yang berjuang di Barisan Timur pada awal peperangan.
  • Detasmen Ketumbukan Steiner berjuang dalam Pertempuran Berlin, dan kerana Steiner memerintah ketumbukan kertas ia dengan mudah boleh dikelirukan dengan Tentera Darat Ke-11 SS Panzer.

Rujukan

  • Tessin, Georg. Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS 1939 - 1945 Volume 3
  • Beevor, Antony. Berlin: The Downfall 1945, Penguin Books, 2002, ISBN 0-670-88695-5

Nota kaki

  1. ^ Beevor p.88
  2. ^ a b c d e Tessin p.194
  • l
  • b
  • s
Flag of Germany 1933 Ketumbukan Tentera Darat Jerman
Tentera Darat
  • Pertama
  • Ke-2
  • Ke-3
  • Ke-4
  • Ke-5
  • Ke-6
  • Ke-7
  • Ke-8
  • Ke-9
  • Ke-10
  • Ke-11
  • Ke-12
  • Ke14
  • Ke-15
  • Ke-16
  • Ke-17
  • Ke-18
  • Ke-19
  • Ke-20
  • Ke-21
  • Ke-24
  • Ke-25
  • Liguria
  • Norway
  • Prusia Timur
  • Detasmen Ketumbukan Kempf
  • Detasmen Ketumbukan Steiner
Panzer
Payung Terjun