Tentera Darat Liguria

Tentera Darat Liguria (Armee Ligurien, atau Tentera Darat LXXXXVII) adalah sebuah tentera darat medan yang ditubuhkan untuk Tentera Darat Republikan Nasional (Esercito Nazionale Repubblicano, atau ENR). ENR adalah tentera darat kebangsaan Republik Sosial Itali (Repubblica Sociale Italiana, atau RSI) dibawah diktator Itali Benito Mussolini . Pembentukan tentera darat RSI ini bermula pada tahun 1943 dan telah dibubarkan pada 1945. Tentera Darat Liguria merangkumi beberapa unit Jerman dan unit-unit Itali kadangkala dipindahkan ke formasi Jerman.

Antara November 1944 dan Februari 1945, ketumbukan itu secara alternatif dikenali sebagai Ketumbukan Kumpulan Liguria (Armeegruppe Ligurien) kerana terletak dibawah Tentera Darat Ke-14.

Formasi

Pada 16 Oktober 1943, Protokol Rastenburg telah ditandatangani bersama Jerman Nazi dan RSI dibenarkan untuk menubuh empat divisyen tentera. Empat divisyen itu ialah—Divisyen Pertama "Italia" Infantri Itali, Divisyen Ke-2 "Littorio" Infantri Itali, Divisyen Ke-3 "San Marco" Marin Itali, dan Divisyen Ke-4 "Monte Rosa" Alpine Itali—dengan jumlah 52,000 orang.

Perkhidmatan

Pada Julai 1944, bahagian pertama divisyen ini telah tamat latihan dan dihantar ke perbatasan. Seperti unit-unit RSI yang lebih kecil— Briged Hitam dan Decima Flottiglia MAS—divisyen RSI yang baru ditubuhkan secara amnya terlibat dalam aktiviti anti-partisan. Walaupun terdapat pengecualian, divisyen ini mempamerkan aksi garisan depan yang terhad.

Apabila divisyen-divisyen yang tinggal menamatkan latihan, mereka digabungkan dengan unit Jerman dan membentuk Ketumbukan Kumpulan Liguria. Menteri Pertahanan RSI, Marsyal Rodolfo Graziani, memerintah semua angkatan bersenjata RSI.

Senarai tempur

  • Senarai tempur bagi Tentera Darat LXXXXVII "Liguria" - 30 April 1945 [1]
    • Kor LXXV
      • Divisyen Ke-5 Gunung Jerman
      • Divisyen Ke-2 "Littorio" Infantri Itali
      • Divisyen Ke-34 Infantri Jerman
    • Kor Lombardia
      • Divisyen Ke-3 "San Marco" Infantri Marin Itali
      • Briged Ke-134 Infantri Jerman
      • Divisyen Ke-4 "Monte Rosa" Alpine Itali

Divisyen 1 "Italia" Bersaglieri telah diserapkan ke Tentera Darat Ke-14 Jerman.

Penyerahan kalah

Pada 1 Mei 1945, Graziani mengarahkan angkatan bersenjata RSI dibawah perintahnya meletakkan senjata dan Ketumbukan Kumpulan Liguria tidak lagi wujud. Jeneral Jerman Heinrich von Vietinghoff menandatangani surat cara penyerahan kalah tanpa syarat bagi semua angkatan bersenjata Paksi di Itali dan berkuatkuasa pada 2 Mei.[1]

Lihat juga

  • Senarai kumpulan tentera darat Jerman dalam Perang Dunia II
  • Tentera Darat Co-Belligerent Itali
  • Alfredo Guzzoni
  • Senarai tempur Garis Gothic
  • Senarai tempur Operasi Grapeshot
  • Pertempuran Garfagnana

Rujukan

  1. ^ a b The Decline and Fall of Nazi Germany and Imperial Japan, Hans Dollinger, Library of Congress Catalogue Card Number 67-27047
  • l
  • b
  • s
Flag of Germany 1933 Ketumbukan Tentera Darat Jerman
Tentera Darat
  • Pertama
  • Ke-2
  • Ke-3
  • Ke-4
  • Ke-5
  • Ke-6
  • Ke-7
  • Ke-8
  • Ke-9
  • Ke-10
  • Ke-11
  • Ke-12
  • Ke14
  • Ke-15
  • Ke-16
  • Ke-17
  • Ke-18
  • Ke-19
  • Ke-20
  • Ke-21
  • Ke-24
  • Ke-25
  • Liguria
  • Norway
  • Prusia Timur
  • Detasmen Ketumbukan Kempf
  • Detasmen Ketumbukan Steiner
Panzer
Payung Terjun
  • Pertama (Luftwaffe)