Tentera laut

Armada pelbagai jenis kapal pelbagai dari 5 negara, semasa Operasi Enduring Freedom di Laut Oman.

Tentera laut (bahasa Inggeris :Navy) merupakan sebuah pasukan ketenteraan sesebuah negara yang secara prinsipnya ditugaskan untuk peperangan laut dan pertempuran amfibia; contohnya, operasi-operasi tempur di tasik atau laut dan fungsi-fungsi yang berkaitan. Ia termasuk apa saja yang dilakukan oleh kapal-kapal permukaan dan amfibia, kapal selam dan penerbangan udara di laut, selain sokongan sampingan, komunikasi, latihan dan lain-lain; pembangunan terkini telah memasukkan operasi berkaitan angkasa. Peranan serangan strategik bagi sesebuah tentera laut adalah menumpukan tentera ke dalam kawasan yang melangkaui pantai negara (sebagai contoh, bagi melindungi garis laut, mengangkut anggota, atau menyerang pasukan tentera laut, pelabuhan atau kemudahan di pantai negara-negara lain). Kegunaan pertahanan strategik tentera laut pula adalah bagi menghalang pelancaran dari laut oleh negara musuh. Tugas-tugas strategik tentera laut juga mungkin termasuk menghalang serangan peluru berpandu nuklear.

Etimologi

Sebuah helikopter Sikorsky S-76B milik Tentera Laut Diraja Thailand, semasa Latihan CARAT 2001.

"Navy" berasal dari perkataan Perancis Lama dan Latin navigium = "armada kapal-kapal" daripada navis = "kapal" dan agere = "mengawal" (seperti mengawal sekumpulan haiwan) atau "bagi melakukan sesuatu".

"Naval" berasal dari perkataan Latin navalis = "berkaitan dengan kapal" (yang mana bermaksud di dalam nama biologi Teredo navalis), tetapi disebabkan persamaan ia ditukar kepada "berkaitan dengan tentera laut".

Lihat juga

  • Loceng kapal

Pautan luar

  • Umum
    • Info on becoming a Navy Officer
    • A Cooperative Strategy for 21st Century Seapower Diarkibkan 2008-12-27 di Wayback Machine
    • NavyCS.com Navy benefits - clip art
    • Israeli Navy Special Forces Units at isayeret.com
    • Military.com
    • Military Search
    • Naval & Maritime page Diarkibkan 2008-12-21 di Wayback Machine of the World Wide Web Virtual Library
    • NOSI (Naval Open Source Intelligence) - a digital library of world naval operational news, curated from open source intelligence, and intended to serve as a source of continuing education on naval and military affairs
    • Sea and Navy Daily News about sea and Navy
    • U.S. Navy online
  • Haze Gray & Underway
  • Historical Handbook of World Navies (under construction)
  • UK Royal Navy
  • Pangkat-pangkat tentera laut
    • http://www.naval-reference.net/index.html Diarkibkan 2007-02-24 di Wayback Machine
  • Navy History

www.navy.mil.my Portal Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia