Tiada Esok Bagimu

Tiada Esok Bagimu
PengarahJins Shamsuddin
PenulisAimi Jarr
Lakon layarJins Shamsuddin
Cerita olehAimi Jarr
Dihasilkan olehJins Shamsuddin
Dibintangi
  • Jins Shamsuddin
  • Noorkumalasari
  • Sarimah Ahmad
Disunting olehSalehan Samsuddin
Muzik olehKassim Masdor
Diedarkan oleh
  • Jins Shamsuddin Productions
  • PERFIMASCOPE
Tarikh tayangan
1979
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Tiada Esok Bagimu merupakan sebuah filem drama Malaysia 1979 arahan Jins Shamsuddin dan merupakan pelakon utama serta dibantu Noorkumalasari dan Sarimah Ahmad.

Ringkasan

Sebuah keluarga kaya yang tinggal di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, mereka kehilangan anak perempuan mereka yang bernama "Noraimy" akibat terlanggar belakang kereta bapanya. Semasa di Taiping, Perak. Seorang wanita miskin bernama "Zarah" telah melahirkan dua orang anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Perempuan itu, yang pada asalnya bernama "Siti" menukar namanya kepada "Noraimy" oleh keluarga angkat baharunya kerana mereka ingin mengingatkan anak perempuan mereka yang telah meninggal dunia. Pada suatu hari, Noraimy telah dirogol oleh seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Pada suatu hari, Noraimy akhirnya mendapat tahu bahawa 17 tahun lalu di Taiping, Perak, tempat tinggal ibu kandungnya bernama Zarah tetapi semasa pulang ke Taiping, Zarah menerimanya tetapi cepat-cepat menghalaunya keluar dari rumah apabila Noraimy membilangi dia, yang Noraimy telah berjumpa dengan abang kembarnya bernama Yusof/Joseph di sebuah gereja. Walaupun Yusof dibesarkan oleh ibu bapa Kristian, dia tidak pernah memeluk agama Kristian dan mengamalkan agama asalnya iaitu Islam, sebaik sahaja Noraimy pulang ke rumah, Zarah menghalaunya keluar dari rumahnya dan memangil Noraimy dan Yusof "anak sial", selepas dia dibuang rumah. Noraimy pulang ke rumah keluarga angkatnya, di biliknya dia mula menangis teresak-esak dan selepas itu, dia memakai tudung dan membawa al-Quran ke ruang tamu, Di ruang tamu, Zarah datang untuk mengambil Noraimy balik ke Taiping, tetapi, bapa angkat, Ghazlan, tidak benarkan. Semasa Noraimy berpelukan dengan ibu bapa angkatnya, ibu kandung Noraimy berlari keluar kerana cemburu melihat anak perempuannya masih mahukan keluarga angkatnya. Noraimy mengejarnya dan terus memanggilnya "Mak, jangan tinggalkan Aimy mak". Pada akhirnya, mereka berdua berpelukan di jalan masuk rumah keluarga angkat itu tetapi malangnya, Zarah meninggal dunia secara tiba-tiba sambil memeluk anak perempuannya yang sebenar.

Sinopsis

Filem ini mendedahkan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam masyarakat atasan yang terdiri daripada Yang Berhormat, peguam dan arkitek muda. Masing-masing mempunyai citarasa dan nafsu yang berlainan. Sebagai orang berpengaruh, Yang Berhormat menggunakan kedudukannya bagi menodai gadis yang lemah. Manakala peguam muda pula mempersoalkan nama baik dan taraf setelah ditunangkan dengan gadis yang ternoda. Arkitek muda tersebut mengabaikan unsur seni Melayu. Filem ini juga membentangkan persoalan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga

Pelakon

Pelakon utama

  • Jins Shamsuddin sebagai Ghazlan
  • Sarimah Ahmad sebagai Zaimah
  • Noorkumalasari sebagai Noraimy

Pelakon pembantu

  • S. Roomai Noor sebagai bapa Peguam Khalid
  • Umi Kalthum sebagai Ida
  • Yusof Haslam sebagai Amir
  • Zulkifli Zain sebagai Peguam Khalid
  • Mahyon Ismail sebagai Zarah
  • Normala Omar sebagai Azian
  • A. Rahim sebagai Suami Zarah

Penampilan khas

Pelakon tambahan

  • Yusman Jafri
  • Johana Johan
  • Elmi Zakaria

Album Runut Bunyi

  • Tiada Esok Bagimu (album)

Anugerah dan pencalonan

Filem terbaik pada Festival Filem Pertama (FFM1)

Lihat juga

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Filem Terbaik (Festival Filem Malaysia)
1980-an

Tiada Esok Bagimu (1980) · Dia Ibuku (1981) · Bukit Kepong (1982) · Ranjau Sepanjang Jalan (1983) · Matinya Seorang Patriot (1984) · Tsu Feh Sofiah (1986) · Rahsia (1987) · Tiada pencalonan (1989)

1990-an

Hati Bukan Kristal (1991) · Bintang Malam & Selubung (1992) · Perempuan, Isteri dan... (1994) · Sayang Salmah (1995) · Layar Lara (1997) · Jogho (1999)

2000-an

Leftenan Adnan (2001) · KL Menjerit (2002) · Paloh (2003) · Sepet (2005) · Gubra (2006) · Cinta (2007) · Kala Malam Bulan Mengambang (2008) · Papadom (2009)

2010-an

Magika (2010) · Hikayat Merong Mahawangsa (2011) · Bunohan (2013) · KIL (2014) · Lelaki Harapan Dunia (2015) · Jagat (2016) · Adiwiraku (2017) · One Two Jaga (2019)

2020-an

Roh (2021) · Split Gravy on Rice (2022) ·