Tugu Peringatan Lincoln

Tugu Peringatan Lincoln is located in Bumi
Tugu Peringatan Lincoln
Tugu Peringatan Lincoln (Bumi)
Nama alternatifMemorial LincolnMaklumat umumJenisTugu peringatan
Gaya seni bina
Kebangkitan semula Yunani[1] dengan gaya binaan neoklasik dan Dorik YunaniLokasiPenghujung barat National MallBandar/pekanWashington, D.C.NegaraAmerika SyarikatKoordinat38°53′21.4″N 77°3′0.5″W / 38.889278°N 77.050139°W / 38.889278; -77.050139Koordinat: 38°53′21.4″N 77°3′0.5″W / 38.889278°N 77.050139°W / 38.889278; -77.050139
Pecah tanah
12 Februari 1914; 110 tahun yang lalu (1914-02-12)Pembinaan bermula1914
Disiapkan pada
1922Reka bentuk dan seni binaArkitek
  • Henry Bacon (arkitek)
  • Daniel Chester French (pengukir)
Laman sesawangwww.nps.gov/linc/index.htm
Tugu Peringatan Lincoln
Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan A.S.
Tugu Peringatan Kebangsaan A.S.
Luas27,336 kaki persegi (2,539.6 m2)Pelawat7,808,182 (2019)[2]No. rujukan NRHP66000030[1]Ditambahkan ke NRHP15 Oktober 1966

Tugu Peringatan Lincoln adalah tugu peringatan kebangsaan Amerika Syarikat (A.S.) yang dibina bagi memberi penghormatan kepada Presiden A.S. ke-16, Abraham Lincoln. Bangunan tugu tersebut terletak di hujung barat National Mall di Washington, D.C., merentasi Monumen Washington. Didedikasikan pada Mei 1922, memorial tersebut merupakan salah satu daripada beberapa tugu peringatan yang dibina bagi menghormati presiden. Tugu Peringatan Lincoln menjadi salah satu tarikan pelancong utama dan sejak 1930-an menjadi suatu pusat simbolik yang menumpukan pada hubungan kaum. Banyak ucapan-ucapan awam terkenal juga pernah diadakan di situ, termasuklah "Saya Mempunyai Impian" oleh pemimpin hak awam Martin Luther King, Jr. yang diadakan pada 28 Ogos 1963, semasa perhimpunan akhir Perarakan di Washington untuk Pekerjaan dan Kebebasan.

Bangunan berseni bina neoklasik tersebut dibina mengikut bentuk kuil Dorik Yunani. Tugu peringatan itu mengandungi ukiran patung besar Abraham Lincoln yang sedang duduk dan inskripsi dua ucapan terkenal Lincoln iaitu Ucapan Gettysburg dan ucapan pelantikan keduanya. Arkitek memorial itu ialah Henry Bacon, manakala rekaan patung, Abraham Lincoln (1920) di bahagian dalam bangunan itu pula dihasilkan oleh Daniel Chester French; di mana patung itu diukir oleh Piccirilli bersaudara.[3] Pelukis mural bahagian dalam ialah Jules Guerin dan inskripsi di atas patung pula ditulis oleh Royal Cortissoz.

Rujukan

  1. ^ a b Perkhidmatan Taman Negara (23 Januari 2007). "National Register Information System". Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara.
  2. ^ "Annual Visitation Highlights". nps.gov (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  3. ^ "Lincoln Memorial National Memorial; Washington, DC" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara.

Bacaan lanjut

  • Dupré, Judith (2007). Monuments: America’s History in Art and Memory (dalam bahasa Inggeris). Random House. ISBN 978-1-4000-6582-0. OCLC 70046094.
  • Hufbauer, Benjamin (2006). Presidential Temples: How Memorials and Libraries Shape Public Memory. University Press of Kansas. ISBN 0700614222. OCLC 8526369159.
  • Pfanz, Donald C. (4 Mac 1981). "National Register of Historic Places Inventory-Nomination Form: Lincoln Memorial". Perkhidmatan Taman Negara. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2012. Dicapai pada 3 November 2009.
  • Sandage, Scott A (Jun 1993). "A Marble House Divided: The Lincoln Memorial, the Civil Rights Movement, and the Politics of Memory, 1939–1963". Journal of American History. 80 (1): 135–167. JSTOR 2079700.

Pautan luar

  • Laman utama Tugu Peringatan Lincoln (NPS)
  • Jelajah panorama Tugu Peringatan Lincoln
Portal:
  •  Sejarah
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
Lain-lain