Tulisan Khmer

Khmer
Kemboja
Âkkhârôkrâm Khmêr ("Aksara Khmer") ditulis dalam aksara Khmer
Jenis
Abugida
Bahasa
  • Khmer
  • Sanskrit
  • Pali
  • Jarai
  • Khmer Utara
Tempoh masa
c. 611 – kini[1]
Aksara induk
Abjad Proto-Sinai[a]
  • Foenisia[a]
    • Aramia[a]
      • Brahmi
        • Tamil-Brahmi
          • Pallava
            • Khmer
Aksara turunan
Sukhothai, Khom Thai, Lai Tay
Aksara kerabat
Mon Kuno, Cham, Kawi, Grantha, Tamil
Arah tulisKiri-ke-kanan
ISO 15924Khmr, 355
Alias Unikod
Khmer
Julat Unikod
  • U+1780–U+17FF Khmer
  • U+19E0–U+19FF Khmer Symbols
[a] Tidak dipersetujui umum bahawa rumpun tulisan Brahmik berakar umbi dari tulisan Semitik.
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan pemaparan yang betul, anda mungkin akan melihat tanda soal, kotak atau simbol lain dan bukan aksara Unikod. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat ms:Bantuan:IPA.
Aksara-aksara Brahma
Aksara Brahma dan turunannya
Brahma Utara
  • Gupta
    • Syarada
      • Landa
        • Gurmukh
        • Khoja
        • Khudabad
        • Multan
        • Mahajani
      • Takar
        • Dogra
    • Siddam
      • Negeri
        • Dewanegeri
          • Gujerat
          • Modi
        • Kanada
          • Inuktitut
          • Kri
        • Nandinegeri
        • Kaithi
          • Sylhet
      • Gaudi
        • Assam-Benggali
          • Benggali
          • Assam
        • Tirhuta
        • Odia
      • Nepal
        • Bujimol
        • Ranjana
          • Soyombo
        • Pracalit
    • Tibet
      • Meitei
      • Lepca
        • Limbu
      • Fagspa
        • Zanabazar
      • Marcen
        • Marcung
        • Pungscen
        • Pungscung
        • Drusya
    • Kalinga
    • Baiksuki
  • Tokaria
Brahma Selatan
  • l
  • b
  • s

Aksara Khmer (Khmer: អក្សរខ្មែរcode: km is deprecated , Âksâr Khmêr [ʔaksɑː kʰmae])[2] merupakan sebuah sistem tulisan abugida yang digunakan untuk menulis bahasa Khmer, iaitu bahasa rasmi negara Kemboja. Ia juga digunakan untuk menulis bahasa Pali dalam keupacaraan agama Buddha di Kemboja dan Thailand.

Aksara Khmer ditulis dari kiri ke kanan. Perkataan dalam ayat atau frasa yang sama biasanya ditulis secara bersambungan tanpa jarak. Sebarang gugusan konsonan dieja secara "bertindan", iaitu konsonan kedua (dan kadang-kadang yang ketiga) ditulis dalam bentuk terkecil di bawah konsonan utama. Pada asalnya terdapat 35 aksara konsonan, tetapi bahasa Khmer moden hanya menggunakan 33 aksara. Setiap aksara mewakili bunyi konsonan bersama satu "vokal tersirat", iaitu â atau ô; lazimnya, jika tiada tanda vokal lain, maka vokal tersirat hendaklah disebut selepas konsonan.

Biarpun terdapat beberapa aksara vokal bebas, namun bunyi vokal lebih kerap ditulis sebagai vokal bersandar (umpama sandhangan dalam aksara Jawa), iaitu tanda tambahan yang mengiringi watak konsonan dan menandakan bunyi vokal yang perlu disebut selepas konsonan (atau gugusan konsonan) berkenaan. Kebanyakan vokal bersandar mempunyai dua sebutan yang berbeza, lazimnya bergantung pada vokal inheren konsonan yang ditambahkan. Juga digunakan beberapa tanda diakritik untuk menandakan pindaan sebutan yang lanjutan. Tulisan Khmer juga mempunyai angka dan tanda bacanya sendiri.

Asal-usul

Tulisan Khmer Kuno terukir pada batu.
Prasasti dalam tulisan Khmer di kuil Lolei, Angkor

Tulisan Khmer diadaptasi daripada skrip Pallava yang digunakan di selatan India dan Asia Tenggara semasa abad ke-5 dan ke-6 Masihi, [3] yang akhirnya diturunkan daripada skrip Tamil-Brahmi.[4] Inskripsi Khmer bertarikh tertua ditemui di Daerah Angkor Borei di Wilayah Takéo di selatan Phnom Penh dan bermula dari tahun 611.[5] Prasasti-prasasti zaman Pra-Angkor dan Angkor, yang menampilkan tulisan Khmer, telah ditemui di seluruh bekas Empayar Khmer, dari Delta Mekong hingga ke kawasan yang kini merupakan Laos selatan, Thailand Timur Laut dan Thailand Tengah.[6] Terdapat sedikit perbezaan antara inskripsi Khmer purba yang ditulis dalam bahasa Sanskrit dan yang ditulis dalam bahasa Khmer. Kedua-dua sistem yang berbeza ini telah berkembang menjadi gaya tulisan moden iaitu âksâr mul untuk tulisan keagamaan, dan âksâr chriĕng untuk kegunaan umum.[7] Gaya âksâr chriĕng merupakan bentuk kursif dari âksâr mul yang disesuaikan dengan bahasa Khmer.[8]

Tulisan Khmer moden agak berbeza daripada bentuk terdahulu yang dilihat pada inskripsi runtuhan Angkor. Tulisan Thai dan Lao adalah keturunan dari bentuk kursif lama tulisan Khmer, menerusi tulisan Sukhothai.

Konsonan

Dalam tulisan Khmer terdapat 35 simbol konsonan, tetapi Khmer moden hanya menggunakan 33 simbol kerana dua yang lain sudah usang. Setiap konsonan mempunyai vokal tersirat iaitu â /ɑː/ atau ô /ɔː/; oleh yang demikian, setiap konsonan dikatakan tergolong dalam siri "a" atau siri "o". Siri konsonan menentukan sebutan bagi simbol vokal bersandar yang mungkin dilampirkan padanya, dan juga sebutan bunyi vokal tersirat itu sendiri dalam sesetengah kedudukan.

Kedua-dua siri asalnya masing-masing mewakili konsonan tak bersuara dan bersuara (dan masih digelar sedemikian dalam bahasa Khmer). Perubahan bunyi semasa zaman Khmer Pertengahan mempengaruhi vokal berikutan konsonan tidak bersuara, dan perubahan ini dikekalkan walaupun suara pembezaan telah hilang.

Setiap konsonan (kecuali satu) juga mempunyai bentuk subskrip yang dikenali sebagai ជើងអក្សរcode: km is deprecated cheung âksâr yang bermaksud "kaki huruf". Kebanyakan konsonan subskrip menyerupai simbol konsonan asalnya tetapi dalam bentuk yang lebih kecil dan mungkin dipermudah, walhal terdapat beberapa kaki huruf yang tidak terlalu mirip dengan huruf asalnya. Kebanyakan konsonan subskrip ditulis betul-betul di bawah konsonan lain, kecuali subskrip r yang timbul di sebelah kiri dan beberapa lagi subskrip lain yang timbul di sebelah kanan.

Subskrip digunakan dalam menulis gugusan konsonan (konsonan yang disebut berturut-turut dalam perkataan tanpa diantarai bunyi vokal). Gugusan konsonan Khmer biasanya terdiri daripada dua konsonan, tetapi kadang-kadang terdapat tiga konsonan di tengah-tengah perkataan. Konsonan pertama dalam gugusan ditulis menggunakan simbol konsonan asal, disusuli konsonan kedua (dan ketiga, jika ada) dalam bentuk subskrip. Subskrip pernah juga digunakan untuk menulis konsonan akhir; dalam bahasa Khmer moden ini boleh dilakukan secara pilihan bagi sesetengah perkataan yang berakhir dengan -ng atau -y, seperti ឲ្យcode: km is deprecated aôy ("memberi").

Semua aksara konsonan dan bentuk subskripnya tersenarai dalam jadual berikut. Nilai fonetik biasa diberikan menggunakan Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA); variasi diterangkan di bawah jadual. Nama setiap satu huruf konsonan terdiri daripada nilai konsonan dan vokal tersirat. Transliterasi (perumian) dinyatakan menggunakan sistem transkripsi Jabatan Geografi Kementerian Pengurusan Tanah dan Perancangan Bandar Kemboja (JG) yang digunakan oleh kerajaan Kemboja, dan sistem UNGEGN (Kumpulan Pakar Nama Geografi Bangsa-Bangsa Bersatu).[9][10] Juga disediakan lajur untuk transkripsi American Library Association – Library of Congresscode: en is deprecated (ALA-LC) yang mencerminkan sebutan Pali/Sanskrit huruf masing-masing.

Konsonan Bentuk subskrip Nama/Nilai penuh(dengan vokal tersirat) Nilai konsonan
UNGEGN JG ALA-LC IPA UNGEGN JG ALA-LC IPA
code: km is deprecated ្កcode: km is deprecated ka ka [kɑː] k k k [k]
code: km is deprecated ្ខcode: km is deprecated khâ kha kha [kʰɑː] kh kh kh [kʰ]
code: km is deprecated ្គcode: km is deprecated ko ga [kɔː] k k g [k]
code: km is deprecated ្ឃcode: km is deprecated khô kho gha [kʰɔː] kh kh gh [kʰ]
code: km is deprecated ្ងcode: km is deprecated ngô ngo nga [ŋɔː] ng ng ng [ŋ]
code: km is deprecated ្ចcode: km is deprecated châ cha ca [cɑː] ch ch c [c]
code: km is deprecated ្ឆcode: km is deprecated chhâ chha ch [cʰɑː] chh chh ch [cʰ]
code: km is deprecated ្ជcode: km is deprecated chô cho ja [cɔː] ch ch ch [c]
code: km is deprecated ្ឈcode: km is deprecated chhô chho jha [cʰɔː] chh chh jh [cʰ]
code: km is deprecated ្ញcode: km is deprecated nhô nho ña [ɲɔː] nh nh ñ [ɲ]
code: km is deprecated ្ដcode: km is deprecated da ṭa [ɗɑː] d d [ɗ]
code: km is deprecated ្ឋcode: km is deprecated thâ tha ṭha [tʰɑː] th th ṭh [tʰ]
code: km is deprecated ្ឌcode: km is deprecated do ḍa [ɗɔː] d d [ɗ]
code: km is deprecated ្ឍcode: km is deprecated thô tho ḍha [tʰɔː] th th ḍh [tʰ]
code: km is deprecated ្ណcode: km is deprecated na ṇa [nɑː] n n [n]
code: km is deprecated ្តcode: km is deprecated ta ta [tɑː] t t t [t]
code: km is deprecated ្ថcode: km is deprecated thâ tha tha [tʰɑː] th th th [tʰ]
code: km is deprecated ្ទcode: km is deprecated to da [tɔː] t t d [t]
code: km is deprecated ្ធcode: km is deprecated thô tho dha [tʰɔː] th th dh [tʰ]
code: km is deprecated ្នcode: km is deprecated no na [nɔː] n n n [n]
code: km is deprecated ្បcode: km is deprecated ba pa [ɓɑː] b, p b, p p [ɓ], [p]
code: km is deprecated ្ផcode: km is deprecated phâ pha pha [pʰɑː] ph ph ph [pʰ]
code: km is deprecated ្ពcode: km is deprecated po ba [pɔː] p p b [p]
code: km is deprecated ្ភcode: km is deprecated phô pho bha [pʰɔː] ph ph bh [pʰ]
code: km is deprecated ្មcode: km is deprecated mo ma [mɔː] m m m [m]
code: km is deprecated ្យcode: km is deprecated yo ya [jɔː] y y y [j]
code: km is deprecated ្រcode: km is deprecated ro ra [rɔː] r r r [r]
code: km is deprecated ្លcode: km is deprecated lo la [lɔː] l l l [l]
code: km is deprecated ្វcode: km is deprecated vo va [ʋɔː] v v v [ʋ]
code: km is deprecated ្ឝcode: km is deprecated Aksara lapuk; pernah digunakan untuk s gusi-lelangit
Hanya digunakan untuk transliterasi Pali/Sanskrit[11]
code: km is deprecated ្ឞcode: km is deprecated Aksara lapuk; pernah digunakan untuk s gelungan lidah
Hanya digunakan untuk transliterasi Pali/Sanskrit[11]
code: km is deprecated ្សcode: km is deprecated sa sa [sɑː] s s s [s]
code: km is deprecated ្ហcode: km is deprecated ha ha [hɑː] h h h [h]
code: km is deprecated tiada la ḷa [lɑː] l l [l]
code: km is deprecated ្អcode: km is deprecated 'a ʿʹa [ʔɑː] ' ' ʿʹ [ʔ]

Huruf code: km is deprecated tampil dalam bentuk yang agak berlainan (cth បាcode: km is deprecated ) apabila digabungkan dengan vokal bersandar tertentu (lihat Ligatur).

Huruf code: km is deprecated nhô ditulis tanpa lengkung bawah apabila dibubuhi subskrip. Apabila dibubuhi subskrip sendiri, maka subskrip itu adalah bentuk yang lebih kecil daripada keseluruhan huruf: ញ្ញcode: km is deprecated -nhnh-.

Perhatikan bahawa code: km is deprecated dan code: km is deprecated berkongsi bentuk subskrip yang sama. Dalam gugusan awal, subskripnya selalu disebut [ɗ], tetapi dalam gugusan tengah ia boleh jadi [ɗ] atau [t] mengikut perkataan.

Siri code: km is deprecated , code: km is deprecated thâ, code: km is deprecated , code: km is deprecated thô, code: km is deprecated pada asalnya mewakili konsonan gelungan (retrofleks) dalam tulisan Indik induknya. Huruf-huruf code: km is deprecated thâ, code: km is deprecated , code: km is deprecated thô dan berlaku hanya atas sebab etimologi dalam beberapa kata pinjaman Pali dan Sanskrit. Kerana bunyi /n/ adalah umum dan selalunya produktif dari segi nahu dalam rumpun bahasa Mon-Khmer, maka huruf code: km is deprecated telah dijadikan padanan siri "a" bagi huruf code: km is deprecated untuk kemudahan semata-mata (semua konsonan sengau lain tergolong dalam siri "o").

Variasi sebutan

Huruf konsonan berhembusan atau beraspirasi (kh-, chh-, th-, ph-) dibunyikan dengan hembusan hanya sebelum vokal. Terdapat juga sedikit hembusan dengan bunyi k, ch, t dan p sebelum konsonan tertentu, tanpa mengira sama ada ia dieja dengan huruf yang menunjukkan hembusan.

Perkataan Khmer tidak boleh berakhir dengan lebih daripada satu bunyi konsonan, jadi konsonan subskrip pada akhir perkataan (yang muncul atas sebab etimologi) tidak disebut, tetapi ia mungkin akan dibunyikan apabila perkataan berkenaan mendepani kata majmuk.

Bagi sesetengah perkataan, simbol konsonan tunggal di tengah-tengah mewakili konsonan akhir satu suku kata sekali gus konsonan awal suku kata seterusnya.

Huruf code: km is deprecated mewakili bunyi [ɓ] hanya sebelum vokal. Di kedudukan akhir kata atau diikuti oleh konsonan subskrip, ia disebut [p] (dan jika ia diikuti oleh konsonan subskrip, ia juga dirumikan sebagai p dalam sistem PBB). Untuk pengubahsuaian kepada p melalui diakritik, lihat Konsonan tambahan. Huruf yang pernah menandakan fonem /p/ dalam tulisan Indik ini juga sering mengekalkan bunyi [p] dalam perkataan tertentu yang diserap dari bahasa Sanskrit dan Pali.

Huruf code: km is deprecated dan code: km is deprecated dilafazkan [t] di kedudukan akhir kata. Huruf code: km is deprecated disebut [ɗ] pada kedudukan awal dalam suku kata lemah yang berakhir dengan bunyi sengau.

Huruf-huruf yang mewakili bunyi [k] (k-, kh-) di akhir kata disebut sebagai hentian glotis [ʔ] selepas vokal [ɑː], [aː], [iə], [ɨə], [uə], [ɑ], [a], [ĕə], [ŭə]. Huruf code: km is deprecated adalah senyap di akhir kata (bagi kebanyakan dialek). Huruf code: km is deprecated di akhir kata disebut /h/ (yang sebetulnya hampir dengan bunyi [ç]).

Konsonan tambahan

Sistem tulisan Khmer termasuk konsonan tambahan yang digunakan dalam kata pinjaman tertentu, terutamanya daripada bahasa Perancis dan Thai. Kebanyakannya mewakili bunyi yang tidak terdapat dalam kosa kata asli Khmer, atau yang mana huruf asalnya terhad kepada salah satu daripada dua siri vokal. Kebanyakan simbol baharu ini adalah dwilambang (digraf) yang terbentuk dengan meletakkan subskrip di bawah huruf code: km is deprecated , bahkan ditambah lagi dengan tanda diakritik treisăpt jika perlu untuk menukar vokal tersirat kepada ô. Watak untuk , bagaimanapun, dibentuk dengan meletakkan musĕkâtônd ("gigi tikus") di atas watak code: km is deprecated .

Konsonan tambahan Description Nilai penuh(dengan vokal tersirat) Nilai konsonan Notes
UNGEGN JG ALA-LC IPA UNGEGN JG ALA-LC IPA
ហ្គcode: km is deprecated + hkâcode: km is deprecated hkacode: km is deprecated hgacode: km is deprecated [ɡɑː] hkcode: km is deprecated hkcode: km is deprecated hgcode: km is deprecated [ɡ] Contoh: ហ្គាសcode: km is deprecated hkas [ɡaːh] ('gas'; dari bahasa Perancis gazcode: fr is deprecated )
ហ្គ៊code: km is deprecated + + diakritik hkôcode: km is deprecated hkocode: km is deprecated hg′acode: km is deprecated [ɡɔː] hkcode: km is deprecated hkcode: km is deprecated hg′code: km is deprecated [ɡ] Contoh: ហ្គ៊ារcode: km is deprecated hkéar [giə] ('stesen kereta api'; dari bahasa Perancis garecode: fr is deprecated )
ហ្នcode: km is deprecated + hnâcode: km is deprecated hnacode: km is deprecated hnacode: km is deprecated [nɑː] hncode: km is deprecated hncode: km is deprecated hncode: km is deprecated [n] Contoh: ហ្នាំងcode: km is deprecated /ហ្ន័ងcode: km is deprecated hnăng [naŋ] ('wayang' dari bahasa Thai หนังcode: th is deprecated nǎng)
ប៉code: km is deprecated + diakritik code: km is deprecated pacode: km is deprecated p′′acode: km is deprecated [pɑː] p p p′′ [p] Contoh: ប៉ាក់code: km is deprecated păk [pak] ('menyulam'), ប៉័ងcode: km is deprecated păng [paŋ] ('roti'; dari bahasa Perancis paincode: fr is deprecated )
ហ្មcode: km is deprecated + hmâcode: km is deprecated hmacode: km is deprecated hmacode: km is deprecated [mɑː] hmcode: km is deprecated hmcode: km is deprecated hmcode: km is deprecated [m] Contoh: គ្រូហ្មcode: km is deprecated kru hmâ [kruː mɑː] ('dukun'; dari bahasa Thai หมอcode: th is deprecated mɔ̌ɔ)
ហ្លcode: km is deprecated + hlâcode: km is deprecated hlacode: km is deprecated hlacode: km is deprecated [lɑː] hlcode: km is deprecated hlcode: km is deprecated hlcode: km is deprecated [l] Contoh: ហ្លួងcode: km is deprecated hluŏng [luəŋ] ('raja'; dari bahasa Thai หลวงcode: th is deprecated lǔuang)
ហ្វcode: km is deprecated + hvâcode: km is deprecated hvacode: km is deprecated hvacode: km is deprecated [fɑː], [ʋɑː] hvcode: km is deprecated hvcode: km is deprecated hvcode: km is deprecated [f], [ʋ] Pronounced [ʋ] in ហ្វង់code: km is deprecated hváng [ʋɑŋ] ('clear'), [f] in កាហ្វេcode: km is deprecated kahvé [kaːfeː] ('coffee'; dari bahasa Perancis cafécode: fr is deprecated )
ហ្វ៊code: km is deprecated + + diakritik hvôcode: km is deprecated hvocode: km is deprecated hv′acode: km is deprecated [fɔː], [ʋɔː] hvcode: km is deprecated hvcode: km is deprecated hv′code: km is deprecated [f], [ʋ] Contoh: ហ្វ៊ីលcode: km is deprecated hvil [fiːl] ('filem'; dari bahasa Perancis filmcode: fr is deprecated )
ហ្សcode: km is deprecated + hsâcode: km is deprecated hsacode: km is deprecated hsacode: km is deprecated [zɑː], [ʒɑː] hscode: km is deprecated hscode: km is deprecated hscode: km is deprecated [z], [ʒ] Contoh: ហ្សាសcode: km is deprecated hsas [ʒaːh] ('jazz'; dari bahasa Perancis jazzcode: fr is deprecated ), ភីហ្សាcode: km is deprecated phihsa [pʰiːzaː] ('piza')
ហ្ស៊code: km is deprecated + + diakritik hsôcode: km is deprecated hsocode: km is deprecated hs′acode: km is deprecated [zɔː], [ʒɔː] hscode: km is deprecated hscode: km is deprecated hs′code: km is deprecated [z], [ʒ] Contoh: ហ្ស៊ីបcode: km is deprecated hsib [ʒiːp] ('kereta jip'; dari bahasa Perancis jeepcode: fr is deprecated ), ហ្សឺណេវcode: km is deprecated hsœnév [zəːneːw] ('Geneva'; dari bahasa Perancis Genèvecode: fr is deprecated )

Vokal bersandar

Kebanyakan bunyi vokal Khmer ditulis menggunakan simbol vokal bersandar, atau diakritik, yang dikenali dalam bahasa Khmer sebagai ស្រៈនិស្ស័យcode: km is deprecated srăk nĭssăy atau ស្រៈផ្សំcode: km is deprecated srăk phsâm ("vokal penghubung"). Simbol ini hanya boleh ditulis secara bergabung dengan konsonan (atau gugusan konsonan). Vokal sentiasa disebut selepas konsonan (atau gugusan), biarpun sesetengah simbol mempunyai unsur grafik yang muncul di atas, bawah atau kiri aksara konsonan.

Kebanyakan simbol vokal mempunyai dua sebutan yang mungkin, bergantung pada vokal tersirat bagi konsonan yang dipasang. Sebutan mereka mungkin juga berbeza pada "suku kata lemah", dan juga apabila dalam keadaan dipendekkan (contohnya, dengan menggunakan diakritik). Ketiadaan vokal bersandar (atau diakritik) selalunya menunjukkan bahawa konsonan di awal suku kata diikuti oleh bunyi vokal tersirat.

Dalam menentukan vokal tersirat bagi gugusan konsonan (iaitu bagaimana vokal bersandar berikut akan disebut), bunyi jenis obstruen (hentian dan geseran) sentiasa dominan ke atas jenis sonoran (sengauan, likuida, malaran tak geser dsb.). Untuk sebarang gugusan konsonan yang terdiri daripada konsonan berlainan jenis, vokal bersandar dibunyikan mengikut konsonan dominan, tanpa mengira kedudukannya dalam gugusan. Jika terdapat dua konsonan dominan, maka konsonan subskrip menentukan sebutan vokal bersandar.

Konsonan bukan dominan (dan juga code: km is deprecated dalam sesetengah perkataan) juga akan diubah vokal tersiratnya oleh konsonan dominan terdahulu dalam perkataan yang sama biarpun terdapat vokal di antaranya; hukum ini tidak dituruti oleh sesetengah perkataan (terutamanya yang mempunyai lebih daripada dua suku kata).

Semua vokal bersandar disenaraikan di bawah dalam bentuk lazim masing-masing dengan bulatan bertitik sebagai simbol konsonan tiruan, dan digabungkan dengan huruf siri "a" code: km is deprecated . Nilai IPA yang tersedia mewakili dialek-dialek dari wilayah barat laut dan dataran tengah, khususnya Battambang yang menjadi asas kepada bahasa Khmer baku. Terdapat perbezaan sebutan vokal yang ketara dalam dialek-dialek lain, misalnya seperti loghat Khmer Utara, di mana diftong " diratakan" menjadi vokal tunggal.

Vokal bersandar Contoh IPA JG UNGEGN Catatan
siri "a" siri "o" siri "a" siri "o" siri "a" siri "o"
(tiada) code: km is deprecated [ɑː] ([ɒː] bagi beberapa dialek) [ɔː] a o â ô Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik dan Consonants with no dependent vowel.
code: km is deprecated អាcode: km is deprecated [aː] [iːə][12] a ea a éa Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.

អ៊ាcode: km is deprecated , iaitu padanan siri "o" bagi code: km is deprecated , sedikit berbeza dengan code: km is deprecated . (អ៊ាcode: km is deprecated ~ "air" vs code: km is deprecated ~ "ear")

code: km is deprecated អិcode: km is deprecated [ə], [e] [ɨ], [i] e i ĕ ĭ Disebut [e]/[i] dalam suku kata yang tidak tertulis konsonan akhir (maka diimbuh hentian glotis jika suku kata ditekankan; tetapi bagi sesetengah perkataan vokalnya senyap di akhir kata, malah pada sesetengah perkataan di mana ia bukan di akhir kata, ia disebut [əj]). Dalam siri "o", ia bergabung dengan យ akhir menjadi [iː]. (Juga rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.)
code: km is deprecated អីcode: km is deprecated [əj] [iː] ei i ei i
code: km is deprecated អឹcode: km is deprecated [ə] [ɨ] oe ue œ̆
code: km is deprecated អឺcode: km is deprecated [əɨ] [ɨː] eu ueu œ
code: km is deprecated អុcode: km is deprecated [o] [u] o u ŏ ŭ Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik. Dalam suku kata tertekan yang tidak tertulis konsonan akhir, vokalnya disusuli hentian glotis [ʔ], atau [k] dalam perkataan តុ tŏk ("meja") (namun vokalnya senyap apabila mengakhiri sesetengah perkataan).
code: km is deprecated អូcode: km is deprecated [ou] [uː] ou u o u Bertukar menjadi [əw]/[ɨw] sebelum code: km is deprecated akhir.
code: km is deprecated អួcode: km is deprecated [uə] uo
code: km is deprecated អើcode: km is deprecated [aə] [əː] aeu eu aeu eu Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
code: km is deprecated អឿcode: km is deprecated [ɨə] oea œă
code: km is deprecated អៀcode: km is deprecated [iə] ie
code: km is deprecated អេcode: km is deprecated [ei] [eː] e é Menjadi [ə]/[ɨ] sebelum konsonan lelangit (atau dalam siri "a", [a] sebelum [c] bagi sesetengah perkataan). Disebut [ae]/[ɛː] bagi sesetengah perkataan. Juga rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
code: km is deprecated អែcode: km is deprecated [ae] [ɛː] ae eae ê Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
code: km is deprecated អៃcode: km is deprecated [aj] [ɨj] ai ey ai ey
code: km is deprecated អោcode: km is deprecated [ao] [oː] ao ou Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
code: km is deprecated អៅcode: km is deprecated [aw] [ɨw] au ov au ŏu

Nama gelaran bagi setiap vokal bersandar terdiri daripada perkataan ស្រៈcode: km is deprecated srăk [sraʔ] ("vokal") diikuti dengan nilai siri "a" vokal yang didahului oleh hentian glotis (dan juga diakhiri dengan hentian glotis bagi vokal pendek).

Perubahan bunyi dengan diakritik

Penambahan diakritik boleh mengubah kepanjangan dan nilai vokal tersirat mahupun bersandar.

Jadual berikut menunjukkan gabungan dengan diakritik nĭkkôhĕt dan reăhmŭkh yang masing-masing menandakan [m] dan [h] akhir, ditunjukkan dengan konsonan siri "a" code: km is deprecated .

Gabungan IPA JG UNGEGN Nota
siri "a" siri "o" siri "a" siri "o" siri "a" siri "o"
អុំcode: km is deprecated [om] [um] om um om ŭm
អំcode: km is deprecated [ɑm] [um] pagi um âm um Perkataan ធំcode: km is deprecated thum ("besar") disebut [tʰom] ([tʰum] bagi sesetengah dialek).
អាំcode: km is deprecated [am] [ŏəm] pagi oam ăm ŏâm Jika disusuli code: km is deprecated ngô, maka ia menjadi [aŋ] / [eəŋ] ăng/eăng.
អះcode: km is deprecated [ah] [ĕəh] ah eah ăh eăh
អិះcode: km is deprecated [eh] [ih] eh ialah ĕh ĭh
អុះcode: km is deprecated [oh] [uh] oh eh ŏh ŭh
អេះcode: km is deprecated [eh] [ih] eh éh
អោះcode: km is deprecated [ɑh] [ŭəh] aoh uoh aôh ŏăh Perkataan នោះcode: km is deprecated nŏăh ("itu") boleh disebut [nuh].

Empat gabungan pertama yang tersenarai dianggap sebagai vokal bersandar tersendiri, dan oleh itu mempunyai nama yang terbentuk dengan cara yang sama seperti untuk vokal bersandar yang lain (diterangkan dalam bahagian sebelumnya).

Gabungan lain yang lebih jarang ditemui dengan reăhmŭkh ialah អើះcode: km is deprecated (atau អឹះcode: km is deprecated ) yang disebut [əh], dan អែះcode: km is deprecated yang disebut [eh]. Perkataan ចា៎ះcode: km is deprecated "ya" (yang digunakan oleh wanita) disebut [caː] dan jarang [caːh].

Tanda bânták (garis menegak kecil yang ditulis di atas konsonan akhir suku kata) meninggalkan kesan berikut:

  • bagi suku kata dengan â tersirat, vokal dipendekkan kepada [ɑ], transkripsi UNGEGN á
  • bagi suku kata dengan ô tersirat, vokal diubah menjadi [u] sebelum konsonan bibir akhir, atau [ŏə] di kedudukan lain; Transkripsi UNGEGN ó
  • bagi suku kata dengan simbol vokal bersandar a (code: km is deprecated ) dalam siri "a", vokal dipendekkan kepada [a], transkripsi UNGEGN ă
  • bagi suku kata dengan simbol vokal code: km is deprecated dalam siri "o", vokal diubah menjadi [ŏə], transkripsi UNGEGN , atau kepada [ĕə] sebelum k, ng, h

Tanda sanhyoŭk sannha adalah bersamaan dengan vokal bersandar a dengan bântăk. Walau bagaimanapun, sebutannya dalam siri "o" menjadi [ɨ] sebelum y akhir, dan [ɔə] sebelum r akhir (senyap).

Tanda yŭkôlpĭntŭ (sepasang titik) mewakili [a] (siri-a) atau [ĕə] (siri-o), diikuti dengan hentian glotis.

Konsonan tanpa vokal bersandar

Terdapat tiga persekitaran di mana konsonan boleh terjadi tanpa vokal bersandar. Hukum-hukum yang mengawal vokal tersirat adalah berbeza untuk ketiga-tiga persekitaran. Konsonan berkenaan boleh ditulis tanpa vokal bersandar sebagai konsonan awal suku kata lemah, konsonan awal suku kata kuat atau sebagai huruf akhir perkataan bertulis.

Dalam pertuturan berhemah, konsonan awal tanpa vokal bersandar dalam suku kata awal yang lemah disebut dengan vokal tersiratnya dipendekkan seolah-olah diubah oleh diakritik bânták (lihat bahagian sebelumnya). Contohnya, huruf code: km is deprecated châ (siri "a") dalam ចន្លុះcode: km is deprecated [cɑn.ˈloh] "obor" dilafazkan dengan vokal pendek /ɑ/. Huruf code: km is deprecated (siri "o") dalam ពន្លឺcode: km is deprecated [pŭən.ˈlɨː] "cahaya" disebut dengan diftong pendek /ŏə/ Dalam pertuturan santai, ini selalu dilenturkan menjadi /ə/ bagi kedua-dua siri.

Konsonan awal dalam suku kata kuat tanpa vokal bertulis dilafazkan dengan vokal tersirat. Misalnya, perkataan ចងcode: km is deprecated ("mengikat") disebut [cɑːŋ], ជតcode: km is deprecated ("lemah", "tenggelam") disebut [cɔːt]. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah perkataan, vokal yang wujud disebut pendek seolah-olah diubah oleh tanda bântăk yang tidak tertulis (cth សពcode: km is deprecated [sɑp] "mayat"). Pengurangan sedemikian kerap berlaku dalam perkataan yang berakhir dengan konsonan dengan subskrip senyap (seperti សព្វcode: km is deprecated [sɑp] "setiap"), tetapi dalam kebanyakan perkataan sedemikian ia dibunyikan dengan vokal a yang dipendekkan dengan bânták, seperti dalam សព្ទcode: km is deprecated [sap] "kebisingan". Perkataan អ្នកcode: km is deprecated "awak, orang" mempunyai sebutan [nĕəʔ] yang betul-betul tidak tertib.

Konsonan yang ditulis sebagai huruf akhir sesuatu perkataan biasanya menandakan bunyi akhir kata dan dilafazkan tanpa sebarang vokal yang berikutan, dan bagi bunyi hentian, tanpa sebarang lepasan yang kedengaran seperti dalam contoh di atas. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah perkataan yang diserap dari bahasa-bahasa Pali dan Sanskrit, apa yang kelihatan sebagai konsonan akhir di bawah peraturan biasa sebenarnya boleh menjadi konsonan awal suku kata berikut dan dilafazkan dengan vokal pendek seolah-olah diikuti oleh ាក់code: km is deprecated . Sebagai contoh, mengikut peraturan untuk perkataan Khmer asli, សុភcode: km is deprecated ("baik", "bersih", "cantik") kelihatan seperti satu suku kata, tetapi oleh kerana berasal daripada Pali subha, ia disebut [sopʰĕəʔ].

Ligatur

Kebanyakan konsonan, termasuk beberapa subskrip, membentuk ligatur (huruf terikat) dengan vokal a (ា) dan juga semua vokal bersandar lain yang mengandungi simbol berupa tongkat yang sama ini. Kebanyakan ligatur ini mudah dicamkan, tetapi ada beberapa yang sukar, terutamanya yang melibatkan huruf code: km is deprecated . Ini bergabung dengan vokal dalam bentuk បាcode: km is deprecated yang dicipta untuk membezakannya daripada simbol konsonan code: km is deprecated dan juga daripada ligatur untuk code: km is deprecated châ dengan a (ចាcode: km is deprecated ).

Yang berikut adalah beberapa lagi contoh simbol ligatur:

  • បៅcode: km is deprecated bau [ɓaw]: Satu lagi contoh dengan code: km is deprecated , membentuk ligatur yang serupa dengan yang atas, kali ini dengan vokal au yang mempunyai bentuk tongkat sama dengan a.
  • លាcode: km is deprecated léa [liə]: Satu contoh vokal a bersambung dengan huruf konsonan pada serifnya.
  • ផ្បាcode: km is deprecated phba [pʰɓaː]: Konsonan subskrip dengan coret menaik mencecah asas, juga terbentuk ligatur dengan simbol vokal a.
  • ម្សៅcode: km is deprecated msau [msaw]: Satu lagi contoh konsonan subskrip yang membentuk ligatur, kali ini dengan vokal au.
  • ត្រាcode: km is deprecated tra [traː]: Subskrip code: km is deprecated ditulis di sebelah kiri konsonan utama, iaitu code: km is deprecated dalam hal ini yang membentuk ligatur bersama a.

Huruf vokal bebas

Huruf vokal bebas ialah aksara vokal bukan diakritik yang berdiri sendiri (iaitu tidak dibubuhkan pada simbol konsonan). Dalam bahasa Khmer, ia dipanggil ស្រៈពេញតួcode: km is deprecated sră pénh tuŏ, yang bermaksud "vokal lengkap". Ia digunakan dalam beberapa perkataan untuk mewakili gabungan vokal tertentu dengan hentian glotis atau konsonan likuida di awal kata. Vokal bebas digunakan dalam sebilangan kecil perkataan yang kebanyakannya berasal dari bahasa Pali/Sanskrit, dan oleh itu timbul sedikit ketidakkonsistenan dari segi penggunaan dan sebutannya.[2] Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkataan sedemikian yang amat kerap digunakan, termasuk termasuk: ឥឡូវcode: km is deprecated ĕlov [ʔəjləw] "sekarang", ឪពុកcode: km is deprecated âupŭk [ʔəwpuk] "bapa", code: km is deprecated [rɨː] "atau", code: km is deprecated [lɨː] "mendengar", ឲ្យcode: km is deprecated aôy [ʔaoj] "memberi", ឯងcode: km is deprecated êng [ʔaeŋ] "sendiri", ឯណាcode: km is deprecated ê na [ʔae naː] "di mana".

Huruf vokal bebas IPA JG UNGEGN
code: km is deprecated [ʔə], [ʔɨ], [ʔəj] e ĕ
code: km is deprecated [ʔəj] ei ei
code: km is deprecated [ʔo], [ʔu], [ʔao] o ŏ, ŭ
code: km is deprecated Usang (bersamaan dengan urutan ឧកcode: km is deprecated )[13]
code: km is deprecated [ʔou], [ʔuː] ou tidak dinyatakan
code: km is deprecated [ʔəw] au âu
code: km is deprecated [rɨ] rue rœ̆
code: km is deprecated [rɨː] rueu
code: km is deprecated [lɨ] lue lœ̆
code: km is deprecated [lɨː] lueu
code: km is deprecated [ʔae], [ʔɛː], [ʔeː] ae ê
code: km is deprecated [ʔaj] ai ai
code: km is deprecated , code: km is deprecated [ʔao] ao
code: km is deprecated [ʔaw] au au

Huruf vokal bebas mendapat gelaran sama dengan vokal bersandar, iaitu perkataan ស្រៈcode: km is deprecated sră [sraʔ] ("vokal") diikuti dengan bunyi utama huruf (seperti yang tersenarai di atas), diikuti dengan hentian glotal tambahan selepas vokal pendek, kecuali huruf ឥ yang bergelar ស្រៈឥcode: km is deprecated sră ĕ [sraʔ ʔeʔ].[14]

Diakritik

Sistem tulisan Khmer mengandungi beberapa diakritik (វណ្ណយុត្តិcode: km is deprecated , vônnâyŭttĕ) yang digunakan untuk menunjukkan perubahan lanjut dalam sebutan.

Diakritik nama Khmer Fungsi
code: km is deprecated និគ្គហិតcode: km is deprecated nĭkkôhĕt Bulatan kecil yang ditulis di atas konsonan atau vokal bersandar berikut, menyengaukan vokal yang tersirat mahupun bersandar dengan penambahan [m]; vokal panjang juga dipendekkan.
code: km is deprecated រះមុខcode: km is deprecated reăhmŭkh
"wajah berseri"
Sepasang bulatan kecil yang ditulis selepas konsonan atau vokal bersandar berikut, menambah hembusan /h/ akhir pada vokal tersirat mahupun bersandar. Untuk butiran lanjut, rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
code: km is deprecated យុគលពិន្ទុcode: km is deprecated yŭkôlôpĭntŭ
"titik kembar"
Diakritik yang baru diperkenalkan, ditulis selepas konsonan untuk menandakan bahawa konsonan akan diikuti oleh vokal pendek dan hentian glotis. Untuk butiran lanjut, rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
code: km is deprecated មូសិកទន្តcode: km is deprecated musĕkâtônd
"gigi tikus"
Dua garis menegak pendek ditulis di atas konsonan, menukar beberapa konsonan siri "o" (ង ញ ម យ រ វcode: km is deprecated ) kepada siri "a". Ia juga digunakan untuk menukarkan huruf code: km is deprecated kepada bunyi p (lihat Konsonan tambahan).
code: km is deprecated ត្រីស័ព្ទcode: km is deprecated treisăpt Garis berliku yang ditulis di atas konsonan, menukar beberapa konsonan siri "a" (ស ហ ប អcode: km is deprecated ) kepada siri "o".
code: km is deprecated ក្បៀសក្រោមcode: km is deprecated kbiĕs kraôm Juga dikenali sebagai បុកជើងcode: km is deprecated bŏk cheung ("kaki langgar"); garis menegak yang ditulis di bawah konsonan, menggantikan treisăpt dan musĕkâtônd jika dirintangi vokal superskrip.
code: km is deprecated បន្តក់code: km is deprecated bânták Garis menegak kecil yang ditulis di atas konsonan terakhir suku kata, menandakan pemendekan (dan perubahan kualiti serentak) bagi vokal tertentu. Lihat Perubahan bunyi dengan diakritik.
code: km is deprecated របាទcode: km is deprecated rôbat
រេផៈcode: km is deprecated réphă
Diakritik superskrip ini terdapat dalam kata pinjaman Sanskrit dan sepadan dengan diakritik Devanagari repha. Pada asalnya mewakili bunyi r (dan dirumikan sebagai r dalam sistem UNGEGN). Kini, selalunya, konsonan yang dibubuhi serta diakritik itu sendiri tidak disebut. Contoh: ធម៌code: km is deprecated thôrm [tʰɔə] ("dharma"), កាណ៌code: km is deprecated karn [kaː] (daripada karṇa), សួគ៌ាcode: km is deprecated suŏrkéa [suəkiə] ("Syurga").
code: km is deprecated ទណ្ឌឃាដcode: km is deprecated tôndôkhéad Ditulis di atas konsonan akhir untuk menandakan bahawa huruf berkenaan tidak dilafazkan. (Huruf yang tidak disebut itu tetap dirumikan dalam sistem UNGEGN.)
code: km is deprecated កាកបាទcode: km is deprecated kakâbat

"kaki gagak"

Digunakan dalam wadah bertulis untuk menandakan intonasi menaik bagi kata seru atau teriakan; selalunya diletakkan pada kata partikel seperti /na/, /nɑː/, /nɛː/, /ʋəːj/, dan juga pada ចា៎ះcode: km is deprecated /caːh/, perkataan untuk "ya" yang digunakan oleh kaum perempuan.
code: km is deprecated អស្តាcode: km is deprecated âsda
"angka lapan"
Digunakan dalam beberapa perkataan untuk menandakan bahawa konsonan tanpa vokal bersandar harus disebut dengan vokal tersirat dan bukannya sebagai konsonan akhir.
code: km is deprecated សំយោគសញ្ញាcode: km is deprecated sâmyoŭk sânhnhéa Digunakan dalam beberapa kata pinjaman Sanskrit dan Pali (walaupun ada ejaan alternatif); ditulis di atas konsonan untuk menandakan bahawa suku kata berkenaan mengandungi vokal pendek tertentu; lihat Perubahan bunyi dengan diakritik.
code: km is deprecated វិរាមcode: km is deprecated vĭréam Diakritik yang rata-rata sudah lapuk, meredamkan vokal tersirat dalam konsonan.

Angka

Angka tulisan Khmer berasal dari tulisan India selatan, sama seperti tulisan-tulisan yang digunakan oleh tamadun lain di Asia Tenggara. Angka Arab gaya Barat juga digunakan tetapi tidak begitu meluas berbanding angka Khmer.

Angka Khmer code: km is deprecated code: km is deprecated code: km is deprecated code: km is deprecated code: km is deprecated code: km is deprecated code: km is deprecated code: km is deprecated code: km is deprecated code: km is deprecated
angka Arab 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Bagi bilangan besar-besar, angka dipisahkan tiga demi tiga dengan tanda titik gaya Barat. Titik perpuluhannya adalah koma. Mata wang Kemboja iaitu riel disingkatkan dengan simbol code: km is deprecated ataupun sekadar huruf code: km is deprecated .

Jarak dan tanda baca

Jarak tidak digunakan untuk memisahkan semua perkataan dalam ayat Khmer, sebaliknya digunakan di tempat yang lebih kurang sama seperti koma dalam tulisan Melayu, namun juga boleh digunakan untuk mengasingkan item tertentu seperti nombor dan nama khas.

Tanda baca gaya Barat agak meluas digunakan dalam tulisan Khmer moden, termasuk <i>guillemet</i> (« ») asal Perancis sebagai tanda petikan. Namun begitu, tanda baca Khmer tradisional juga digunakan; sebahagian daripadanya diterangkan dalam jadual berikut.

Tanda Nama Khmer Fungsi
code: km is deprecated ខណ្ឌcode: km is deprecated khând Digunakan sebagai noktah (menyerupai tanda rehat kuaver dalam penulisan muzik). Walau bagaimanapun, ayat berturut-turut yang sama topik selalunya hanya dipisahkan dengan jarak.
code: km is deprecated ល៉ៈcode: km is deprecated lăk Bersamaan dengan dsb. (dan sebagainya)
code: km is deprecated លេខទោcode: km is deprecated lékh toŭ
"angka dua"
Tanda penggandaan (menyerupai angka Khmer untuk 2). Menandakan bahawa perkataan atau frasa sebelumnya akan diulang (digandakan) sebagai ciri umum dalam sintaks Khmer.
code: km is deprecated បរិយោសានcode: km is deprecated bârĭyoŭsan Tanda penutup yang digunakan untuk menamatkan keseluruhan teks atau bab.
code: km is deprecated គោមូត្រcode: km is deprecated koŭmutr
"air kencing lembu"
Tanda penutup yang digunakan pada akhir teks puisi atau keagamaan.
code: km is deprecated ភ្នែកមាន់code: km is deprecated phnêk moăn
"mata ayam"
Simbol yang dikatakan mewakili belalai dewa gajah Ganesha, digunakan pada permulaan teks puisi atau keagamaan.
code: km is deprecated ចំណុចពីរគូសcode: km is deprecated chamnŏch pir kus
"dua titik satu garis"
Digunakan seakan-akan tanda kolon. (Garis pemisah tengah membezakan tanda ini daripada suatu diakritik.)

Tanda sempang (សហសញ្ញាcode: km is deprecated sâhâ sânhnhéa) biasanya digunakan antara komponen nama peribadi, dan juga apabila perkataan terpecah kepada dua baris sama seperti dalam bahasa Melayu. Ia juga boleh digunakan antara angka untuk menandakan julat atau tarikh. Tanda noktah Barat juga digunakan untuk tujuan tertentu, termasuk penyusunan nombor besar (lihat Angka sebelum ini) dan denotasi singkatan kata.

Gaya penulisan

Tulisan Khmer terdapat dalam pelbagai gaya yang digunakan untuk tujuan yang berbeza-beza. Dua gaya utama ialah âksâr chriĕng ("aksara miring") dan âksâr mul ("aksara bulat").

Âksâr khâm (អក្សរខមcode: km is deprecated ) atau akson khom (อักษรขอมcode: th is deprecated ), sebuah gaya kuno tulisan Khmer seperti yang tertulis di Uttaradit, Thailand. Dalam gambar ini, walaupun ditulis dengan tulisan Khmer, semua teks dalam manuskrip ini adalah dalam bahasa Thai.
  • Âksâr chriĕng (អក្សរជ្រៀងcode: km is deprecated ), yakni "aksara miring", boleh digunakan dalam seluruh karya teks seperti novel dan jenis bahan bacaan lain. Berbeza dengan tulisan Rumi, huruf miring tidak menandakan sebarang perbezaan tatabahasa seperti penekanan mahupun petikan. Tulisan tangan Khmer selalunya berbentuk miring.
  • Âksâr chhôr (អក្សរឈរcode: km is deprecated ) atau Âksâr tráng (អក្សរត្រង់code: km is deprecated ), yakni "aksara tegak". Kebanyakan muka taip Khmer dicipta sebegini dan bukan secara miring kerana teks boleh dimiringkan dengan fungsi aplikasi komputer seperti pemproses kata (MS Word, Google Docs dsb.) untuk menyerupai âksâr chriĕng.
  • Âksâr khâm (អក្សរខមcode: km is deprecated ), juga dikenali sebagai "tulisan Khom Thai", terdapat pada naskhah lontar Pali. Bercirikan serif dan bucu serba tajam serta ciri-ciri kuno terpelihara, khususnya pada huruf konsonan (code: km is deprecated ). Juga digunakan untuk mencatat yantra pada cacahan, kain, kertas dan ukiran loyang di Kemboja dan Thailand.[15][16][17][18]
  • Âksâr mul (អក្សរមូលcode: km is deprecated ), yakni "aksara bulat" dengan rupanya yang serba tebal, merupakan gaya kaligrafi yang serupa dengan âksâr khâm kerana juga memelihara ciri-ciri yang menyerupai tulisan Khmer purba. Digunakan untuk tajuk persuratan dan buku, wang kertas, papan nama kedai dan sepanduk. Juga digunakan untuk menyerlahkan nama ahli kerabat diraja atau mana-mana nama terpenting.
  • âksâr chriĕng
    âksâr chriĕng
  • âksâr chhôr
    âksâr chhôr
  • âksâr khâm
    âksâr khâm
  • âksâr mul
    âksâr mul

Unicode

Blok aksara Khmer asas disertakan dalam Piawaian Unicode versi 3.0 yang dikeluarkan pada September 1999. Pada ketika itu, ia mengandungi 103 mata kod yang tertentu; kemudian, bilangannya bertambah kepada 114 dalam versi 4.0 yang dikeluarkan pada April 2003. Versi 4.0 juga memperkenalkan blok tambahan dipanggil "Khmer Symbols" yang mengandungi 32 tanda yang digunakan untuk menulis tarikh lunar.Templat:Unicode chart Khmer

Rujukan

  1. ^ Herbert, Patricia; Anthony Crothers Milner (1989). South-East Asia: languages and literatures : a select guide. University of Hawaii Press. m/s. 51–52. ISBN 0-8248-1267-0.
  2. ^ a b Huffman, Franklin. 1970.
  3. ^ Punnee Soonthornpoct: From Freedom to Hell: A History of Foreign Interventions in Cambodian Politics And Wars.
  4. ^ Handbook of Literacy in Akshara Orthography, R. Malatesha Joshi, Catherine McBride(2019), p.28
  5. ^ Russell R. Ross: Cambodia: A Country Study.
  6. ^ Lowman, Ian Nathaniel (2011). The Descendants of Kambu: The Political Imagination of Angkorian Cambodia (Tesis). UC Berkeley.
  7. ^ "Angkor: A Living Museum". 2002: 39. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ Jensen, Hans (1970). Sign, symbol and script: an account of man's efforts to write. m/s. 392.
  9. ^ "Geographical Names of the Kingdom of Cambodia" (PDF). Reports by Governments on the Situation in Their Countries and on the Progress Made in the Standardization of Geographical Names Since the Seventh Conference.
  10. ^ Report on the Current Status of United Nations Romanization Systems for Geographical Names – Khmer, UNGEGN Working Group on Romanization Systems, September 2013 (linked from WGRS website).
  11. ^ a b "Unicode 12.1 Character Code Charts - Khmer" (PDF).
  12. ^ Jacob, Judith M. (1968). Introduction to Cambodian. Internet Archive. London ; Bombay [etc.] : Oxford University Press. m/s. 19, 29–30.
  13. ^ Official Unicode Consortium code chart for Khmer (PDF)
  14. ^ Huffman (1970), p. 29.
  15. ^ May, Angela Marie. (2014).
  16. ^ Igunma, Jana. (2013).
  17. ^ Tsumura, Fumihiko. (2009).
  18. ^ This particular style of Khmer shall not be confused with another script with the same name, described by Paul Sidwell (see Khom script (Ong Kommadam)).

Bacaan

  • Dictionnaire Cambodgien, Vol I & II, 1967, L'institut Bouddhique (Bahasa Khmer)
  • Jacob, Judith. 1974. A Concise Cambodian-English Dictionary. London, Oxford University Press.