Universiti Nasional Singapura

Universiti Nasional Singapura
اونيۏرسيتي كبڠسا ٴن سيڠاڤورا
National University of Singapore
Nama lama
Straits Settlements and Federated Malay States Government Medical School (1905–1921)
King Edward VII College of Medicine (1921–1949)
Universiti Malaya kampus Singapura (1949–1962)
Universiti Singapura (1962–1980)
Universiti Nanyang(1956–1980)
MotoKe arah Perusahaan Ilmu Sejagat
(Towards a Global Knowledge Enterprise)
JenisUniversiti autonomi[1]
Ditubuhkan pada1905; 119 tahun yang lalu (1905) (King Edward VII College of Medicine)
8 Ogos 1980; 43 tahun yang lalu (1980-08-08) (National University of Singapore)
PembiayaanS$4.39 bilion (2019)[2]
≈ USD3.15 bilion
CanselorHalimah Yacob
PresidenTan Eng Chye
ProvosHo Teck Hua
Staf akademik
2,555 (2018)[3]
Pelajar35,908 org (2018)[3]
Siswazah27,604 org
Ijazah/Sarjana8,304 org
Lokasi
Singapura

1°17′44″N 103°46′36″E / 1.29556°N 103.77667°E / 1.29556; 103.77667Koordinat: 1°17′44″N 103°46′36″E / 1.29556°N 103.77667°E / 1.29556; 103.77667
KampusUrban
150 he (0.58 bt2)
WarnaJingga & biru         
PenggabunganACU, IARU, APRU, Universitas 21, GEM4, AUN, ASAIHL, NUS High School of Mathematics and Science, Association of Professional Schools of International Affairs, Washington University in St. Louis McDonnell International Scholars Academy,[4] UAiTED
Laman sesawangwww.nus.edu.sg

Universiti Nasional Singapura (bahasa Inggeris: National University of Singaporecode: en is deprecated , disingkatkan kepada NUS; Cina Ringkas: 新加坡国立大学code: zh is deprecated ; pinyin: Xīnjiāpō Guólì Dàxué; Tamil: சிங்கப்பூர் தேசிய பல்கலைக்கழகம்) ialah universiti yang tertua di Singapura dan masih merupakan universiti yang terbesar di negara itu dari segi bilangan pendaftaran pelajar serta kurikulum yang ditawarkan. Sejak 1 April 2006, universiti ini yang merupakan universiti menyeluruh dan berpenyelidikan intensif telah menjadi sebuah syarikat universiti bukan untung yang berhad dengan jaminan.

Kampus utama Universiti Nasional Singapura ialah kampus Kent Ridge yang terletak di barat daya Singapura di Kent Ridge. Dibatasi oleh Jalan Ekspres Ayer Rajah (AYE), Jalan Clementi, Jalan Buona Vista, dan Taman Kent Ridge, luasnya kampus tersebut di sekitar 150 hektar. Kampus Bukit Timah menampung pusat pengajian undang-undang, manakala Pengajian Pengajian Perubatan Sisawah Duke-NUS terletak di kampus Outram.

NUS merayakan hari jadi ke-100 pada tahun 2005. Sebagai perayaan untuk peristiwa yang penting ini, universiti tersebut mengadakan perayaan seratus tahun selama setahun yang berakhir pada 15 Julai 2006.

Dalam arena sejagat, NUS memainkan peranan yang aktif dalam perkongsian dan perikatan antarabangsa, termasuk:

  • bertindak sebagai sekretariat Persatuan Universiti-unversiti Lingkaran Pasifik (APRU)
  • ahli pengasas Universitas 21
  • ahli Perikatan Antarabangsa Universiti-universiti Penyelidikan (IARU)
  • ahli Perikatan Universiti Shanghai, Seoul, dan Singapura (S3UA).

Sejarah

Universiti ini menyusur-galur asalnya ke pengasasan Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1905, suatu pencapaian Sir Stamford Raffles, pengasas kota Singapura, pada tahun 1823. Namanya ditukar menjadi Sekolah Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1912 dan kemudiannya menjadi Kolej Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1921.

Pada tahun 1929, Kolej Raffles diasaskan untuk mempromosikan seni dan sains sosial pada peringkat pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar Singapura. Dua dekad kemudian pada 8 Oktober 1949, kolej ini digabungkan dengan Kolej Perubatan Raja Edward VII untuk membentuk Universiti Malaya.

Pada tahun 1959, Universiti Malaya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Malaya di Singapura. Bahagian universiti di Singapura akhirnya berpisah untuk membentuk Universiti Singapura pada tahun 1962.

Institusi masa kini dibentuk sebagai suatu gabungan antara Universiti Singapura dan Universiti Nanyang pada tahun 1980. Lambang asal Universiti Nanyang yang terdiri daripada tiga cecincin terjalin digabungkan ke dalam jata NUS.


Pemandangan panaroma kawasan Universiti Nasional Singapura yang menunjukkan (bangunan-bangunan dari kiri ke kanan) Pusat Pengajian Sains, Dewan Universiti, Asrama-asrama Ridge View, dan tempat duduk di hadapan balapan larian. Kawasan hijau yang luas terbentang di hadapan ialah padang-padang serbaguna.

Pemeringkatan sejagat

Pusat Budaya Universiti.

NUS ditempatkan seperti yang berikut:

  • salah satu daripada 25 buah universiti yang terbaik di dunia (tempat ke-18 pada 2004; ke-22 pada 2005; ke-19 pada 2006) – "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times [1]
  • universiti yang terbaik di Asia untuk Sains Sosial (tempat ke-13 di dunia) – "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times [2]
  • salah satu daripada 3 buah universiti yang terbaik di Asia (tempat ke-25 pada 2004 dan ke-15 pada 2005 di dunia) untuk Bioperubatan – "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times [3]
  • salah satu daripada 10 buah universiti yang terbaik (ke-9 pada 2005) untuk Teknologi - "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times
  • tempat ke-10 dalam Sains Komputer serta Kejuruteraan, dan tempat ke-21 dalam Sains Bahan serta keluaran terbitan matematik - Institut Makumat Saintifik untuk Penunjuk-penunjuk Sains Perlu 2005
  • salah satu daripada 100 program yang terbaik untuk kursus Sarjana Pentadbiran Perniagaan penuh masa di dunia (tempat ke-92 pada 2006) - Financial Times [4]
  • salah satu daripada 30 program eksekutif yang terbaik untuk Sarjana Pentadbiran Perniagaan di dunia - Financial Times
  • tempat ke-36 untuk universiti yang paling terglobalisasi di dunia pada 2005 (oleh majalah Newsweek), dan tempat ke-31 pada 2006 [5]

Alumni terkenal

Alumni daripada zaman Kolej Perubatan Raja Edward VII/Kolej Raffles (1905 - 1949)

Alumni daripada zaman Universiti Malaya (Singapura) (1949 - 1962)

Alumni daripada zaman Universiti Singapura (1962 - 1980)

Zaman Universiti Nasional Singapura (1980 - )

Lihat juga

  • Senarai universiti di Singapura
  • Nanyang University of Technology
  • Singapore University of Management
  • National University Hospital
  • Sekolah Tinggi NUS Matematik dan Sains

Rujukan

  1. ^ "Post-secondary education". Ministry of Education, Singapore. Ministry of Education, Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-05. Dicapai pada 11 June 2015.
  2. ^ "Financial Report 2019" (PDF). National University of Singapore and its Subsidiaries. 25 June 2020. m/s. 79.
  3. ^ a b "Annual Report 2018" (PDF). National University of Singapore. Dicapai pada 1 February 2019.
  4. ^ "McDonnell International Scholars Academy". Global.

Pautan luar

  • Laman web rasmi
  • l
  • b
  • s
Rangkaian Universiti ASEAN
Brunei
Kemboja
Indonesia
Laos
Malaysia
Myanmar
Filipina
Singapura
Thailand
Vietnam
  • Universiti Can Tho (CTU)
  • Universiti Kebangsaan Vietnam, Hanoi (VNU-Hanoi)
  • Universiti Kebangsaan Vietnam, Bandar Ho Chi Minh (VNU-HCM)
  • l
  • b
  • s
Universitas 21
Asia
Oseania
Eropah
Afrika
  • Johannesburg
Amerika Utara
  • California, Davis
  • Connecticut
  • McMaster
  • Institut Teknologi dan Pengajian Tinggi Monterrey
  • Maryland
Amerika Selatan
  • Universiti Paus Katolik Chile
Ikon tunas

Rencana mengenai universiti, kolej atau institusi pendidikan yang lain ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
    • 2
    • 3
  • Australia
  • Croatia
  • Poland
Institut penyelidikan seni
  • Nama Artis (Getty)
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
Lain-lain