Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia
اونيۏرسيتي تيكنولوڬي مليسيا
Logo UTM
logo rasmi UTM
Moto"Kerana Tuhan Untuk Manusia"
JenisAwam
Ditubuhkan pada14 Mac 1972
CanselorDYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor
Naib CanselorProf. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail
Pelajar21,749
Siswazah17,946
Ijazah/Sarjana3,803
Lokasi
Skudai, Johor
,
Malaysia
KampusKampus utama di Skudai
Kampus kedua di Kuala Lumpur
PenggabunganASAIHL
Laman sesawangUniversiti_Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia (singkatan: UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.

Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.

UTM terpilih sebagai universiti penyelidikan keempat (selepas UM, UKM, UPM; USM menjadi Universiti Apex pada 2008) di Malaysia pada 2010.[3]

Akademik

Fakulti dan Sekolah yang terdapat di UTM:

  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Kimia dan Tenaga
  • Fakulti Alam Bina & Ukur
  • Fakulti Sains
  • Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
  • Fakulti Teknologi & Informatik Razak
  • Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim
  • Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun
  • Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan

Kemudahan:

Teknologi pendidikan

Sejak 2005, UTM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Moodle.[4]

Nota

  1. ^ Menurut perkiraan QS World University Rankings 2013
  2. ^ Menurut perkiraan QS World University Rankings 2012
  3. ^ Pengiktirafan UTM sebagai universiti penyelidikan tepat pada masa Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri. 11/06/2010.
  4. ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3.

Pautan Luar

  • Laman Rasmi UTM
  • Portal Rasmi UTMSPACE
  • Laman Unit Perhubungan Alumni, UTM Diarkibkan 2010-05-24 di Wayback Machine
  • Laman Rasmi Prasiswazah UTM
  • l
  • b
  • s
List-Class article Senarai universiti di Malaysia
Universiti Awam dan Politeknik
Universiti Penyelidikan
Universiti Komprehensif
Universiti Pendidikan
Universiti Teknikal
Politeknik
Institusi Perguruan
Universiti Swasta, Kolej Universiti, dan Kolej-kolej
Universiti
Kolej Universiti
Kolej-kolej
Akademi Tentera dan Polis
Akademi Tentera
Akademi Polis
Perikatan Universiti
  • Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
  • en:University System of Tunku Abdul Rahman
Kategori Kategori:Universiti dan kolej di Malaysia - en:Malaysian university leaders - en:Rankings of universities in Malaysia - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia - Pendidikan di Malaysia