Uwe Seeler

Uwe Seeler
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1936-11-05) 5 November 1936 (umur 87)
Tempat lahir Hamburg, Jerman
Ketinggian 1.69 m (5 ka 7 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1946–1953 Hamburger SV
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1953–1972 Hamburger SV[2] 476 (404)
1978 Cork Celtic 1 (2)
Jumlah 477 (406)
Pasukan kebangsaan
1953–1954 Jerman B18 10 (15)
1954–1970 Jerman Barat 72 (43)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Uwe Seeler (lahir 5 November 1936) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman. Kebanyakan beliau beraksi untuk kelab Hamburger SV sepanjang kariernya dan beliau turut telah beraksi dalam 72 perlawanan antarabangsa buat pasukan kebangsaan Jerman Barat. Seeler sering dianggap salah satu pemain bola sepak terbaik dalam sejarah bola sepak Jerman.[3] Pada tahun 2004, Pelé meletakkan Seeler ke dalam FIFA 100, iaitu 125 pemain bola sepak terhebat sempena ulang tahun FIFA ke-100. Cucunya, Levin Öztunalı turut merupakan seorang pemain bola sepak.

Kerjaya kelab

Seeler mengikuti langkah bapanya menjadi pemain untuk kelab Hamburger SV dan membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1954 dalam perlawanan DFB-Pokal di usia bawah 18 tahun. Pada perlawanan tersebut, beliau menjaringkan empat gol menentang Holstein Kiel yang berkesudahan 8-2 berpihak kepada Hamburg. Pada tahun-tahun seterusnya, walaupun menerima tawaran daripada kelab-kelab Itali dan Sepanyol, beliau tetap setia kepada Hamburg. Selain bermain bola sepak, beliau bekerja sebagai penjual.

Seeler saat bersama Hamburg pada tahun 1968.

Seeler telah menjaringkan 137 gol dalam 239 perlawanan Bundesliga dan 21 gol dalam 29 perlawanan kejohanan Eropah. Beliau merupakan kapten pasukan untuk Hamburg bahkan pasukan Jerman Barat bertahun-tahun. Beliau membantu Hamburg merangkul kejuaraan liga pada tahun 1960 dan DFB-Pokal pada tahun 1963. Beliau turut merupakan penjaring terbanyak pada musim pertama Bundesliga diperkenalkan ketika musim 1963–64 dan dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman pada tahun 1960, 1964 dan 1970. Ketika musim 1960-61, Seeler bersama-sama abangnya, Dieter membantu Hamburg mara ke peringkat separuh akhir Piala Eropah tetapi mereka terlepas ke perlawanan akhir apabila tewas kepada Barcelona dalam perlawanan play-off. Pada musim 1967-68, Seeler membantu Hamburg melangkah ke perlawanan akhir Piala Pemenang Eropah namun tewas kepada Milan. Walau bagaimanapun, beliau menamatkan kejohanan sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Pada tahun 1978, beliau bersama bekas rakan sepasukan, Franz-Josef Hönig beraksi untuk kelab Cork Cltic. Seeler menamatkan kerjayanya pada tahun 1972. Secara keseluruhannya, seluruh jaringan Seeler dalam saingan liga adalah 446 gol (HSV 444,[4] Cork Celtic 2). Sebanyak 404 gol dijaringkan olehnya dalam saingan Oberliga dan Bundesliga menjadi sebuah rekod yang masih berdiri hingga ke hari ini. Oleh itu, beliau merupakan penjaring kedua terbanyak di liga Jerman di belakang Gerd Müller.[5]

Kerjaya antarabangsa

Seeler mengambil bahagian dalam empat edisi Piala Dunia seperti Pelé iaitu pada 1958, 1962, 1966 dan 1970. Antara keempat-empat edisi itu, pasukan Jerman Barat melangkah ke perlawanan akhir pada edisi 1966 namun mereka tewas secara kontroversi kepada tuan rumah, England 4-2 selepas masa tambahan.[6] Pada Piala Dunia 1958, pasukan Jerman menduduki tempat keempat manakala pada edisi seterusnya iaitu pada tahun 1970, mereka tewas pada saingan separuh akhir kepada Itali 4-3 selepas masa tambahan dan perlawanan ini dikenali secara meluas sebagai "Game of the Century".[7]

Walaupun Seeler tidak pernah merangkul trofi Piala Dunia, beliau mencipta namanya dalam kejohanan berprestij tersebut. Beliau merupakan pemain pertama yang tampil dalam 20 perlawanan Piala Dunia, pemain pertama menjaringkan gol dalam empat edisi Piala Dunia (menewaskan Pelé dengan perbezaan hanya beberapa minit) dan pemain pertama menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol dalam empat edisi Piala Dunia (setanding dengan pemain senegara, Miroslav Klose). Beliau berada di tempat ketiga dalam rekod penampilan terbanyak di Piala Dunia di belakang Paolo Maldini dan Lothar Matthäus. Secara bilangannya, beliau menjaringkan sembilan gol dalam kejohanan Piala Dunia yang disertainya. Tambahan lagi, beliau menjaringkan 43 gol dalam 72 penampilan antarabangsa di antara tahun 1954 dan 1970.[8]

Kerjaya selepas bersara

Beliau menjadi presiden kelab lamanya, Hamburg selama dua tahun setengah bermula tahun 1995. Namun, beliau meletak jawatan atas skandal kewangan di mana beliau bertanggungjawab. Bagaimanapun, Seeler tidak terbabit dalam isu penyelewengan.

Statistik kerjaya

Kelab

Kelab Musim Liga Kejuaraan[nb 1] Eropah[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Barat Hamburg 1954–55 26 28 5 1 31 29
1955–56 29 32 5 3 34 37
1956–57 26 31 4 2 30 33
1957–58 24 22 4 2 28 24
1958–59 27 29 4 5 31 34
1959–60 26 36 7 13 33 49
1960–61 23 29 6 8 7 5 36 42
1961–62 28 28 2 4 30 32
1962–63 28 32 6 2 34 34
1963–64 30 30 6 5 36 35
1964–65 19 14 19 14
1965–66 23 11 23 11
1966–67 23 10 23 10
1967–68 30 12 9 8 39 20
1968–69 33 23 4 3 37 27
1969–70 30 17 30 17
1970–71 25 9 2 0 27 9
1971–72 26 11 1 0 27 11
Jumlah 476 404 43 40 25 21 544 465
Republik Ireland Cork Celtic 1977-78 1 2 1 2
Jumlah kerjaya 477 406 43 40 25 21 545 467

Antarabangsa

Pasukan kebangsaan Jerman Barat
Tahun Kmncln Gol
1954 3 0
1955 0 0
1956 1 0
1957 0 0
1958 9 5
1959 5 6
1960 5 4
1961 6 5
1962 7 2
1963 3 3
1964 3 4
1965 1 1
1966 12 7
1967 3 1
1968 1 0
1969 3 0
1970 10 5
Jumlah 72 43

Gol antarabangsa

Gol antarabangsa oleh Uwe Seeler Jerman Barat
# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
8 Jun 1958 Malmö, Sweden  Argentina
1–2
1–3
Piala Dunia 1958
2
15 Jun 1958  Ireland Utara
2–2
2–2
3
26 Oktober 1958 Paris, Perancis  Perancis
2–2
2–2
Persahabatan
4
21 Disember 1958 Augsburg, Jerman  Bulgaria
2–0
3–0
5
3–0
6
6 Mei 1959 Glasgow, Scotland  Scotland
2–1
3–2
7 21 Oktober 1959 Cologne, Jerman  Belanda 3–0 7–0
8 4–0
9 6–0
10 8 November 1959 Budapest, Hungary  Hungary 3–1 4–3
11 4–2
12
23 Mac 1960 Stuttgart, Jerman  Chile
2–1
2–1
13
27 April 1960 Ludwigshafen, Jerman  Portugal
1–0
2–1
14
3 Ogos 1960 Reykjavik, Iceland  Iceland
0–1
0–5
15
26 Oktober 1960 Belfast, Ireland Utara  Ireland Utara
2–2
3–4
Kelayakan Piala Dunia 1962
16 20 September 1961 Düsseldorf, Jerman  Denmark 1–0 5–1 Persahabatan
17 3–0
18 4–0
19 22 Oktober 1961 Augsburg, Jerman  Yunani 1–0 2–1 Kelayakan Piala Dunia 1962
20 2–0
21
3 Jun 1962 Santiago, Chile  Switzerland
2–0
2–1
Piala Dunia 1962
22
6 Jun 1962  Chile
2–0
2–0
23 28 September 1963 Frankfurt, Jerman  Turki 1–0 3–0 Persahabatan
24 2–0
25 3–0
26 29 April 1964 Ludwigshafen, Jerman  Czechoslovakia 1–0 3–4
27 3–4
28 12 Mei 1964 Hannover, Jerman  Scotland 1–0 2–2
29 2–0
30
26 September 1965 Stockholm, Sweden  Sweden
1–2
1–2
Kelayakan Piala Dunia 1966
31
23 Mac 1966 Rotterdam, Belanda  Belanda
0–1
2–4
Persahabatan
32
7 Mei 1966 Belfast, Ireland Utara  Ireland Utara
0–1
0–2
33
1 Jun 1966 Ludwigshafen, Jerman  Romania
1–0
1–0
34
23 Jun 1966 Hannover, Jerman  Yugoslavia
2–0
2–0
35
20 Julai 1966 Birmingham, England  Sepanyol
2–1
2–1
Piala Dunia 1966
36
23 Julai 1966 Sheffield, England  Uruguay
3–0
4–0
37
19 November 1966 Cologne, Jerman  Norway
1–0
3–0
Persahabatan
38
7 Oktober 1967 Hamburg, Jerman  Yugoslavia
3–1
3–1
Kelayakan Euro 1968
39
9 Mei 1970 Berlin, Jerman  Ireland
1–0
2–1
Persahabatan
40
13 Mei 1970 Hanover, Jerman  Yugoslavia
1–0
1–0
41
3 Jun 1970 León, Mexico  Maghribi
1–1
2–1
Piala Dunia 1970
42
7 Jun 1970  Bulgaria
1–4
2–5
43
14 Jun 1970  England
2–2
2–3

Pencapaian

Kelab

Hamburger SV[9]
  • Kejohanan bola sepak Jerman: 1959–60
  • DFB-Pokal: 1962–63

Individu

Nota

  1. ^ Sebelum bermulanya Bundesliga, juara liga telah ditentukan dalam satu siri pertandingan kalah mati selepas liga domestik berakhir.
  2. ^ Termasuk Piala Eropah, Piala Pemenang UEFA dan Inter-Cities Fairs Cup.

Catatan

  1. ^ "Seeler, Uwe". nationalfootballteams.com. Dicapai pada 6 Mei 2011.
  2. ^ name="stats"
  3. ^ name="IFFHS">Stokkermans, Karel (30 Januari 2000). "IFFHS' Century Elections". RSSSF. Dicapai pada 14 Oktober 2013.
  4. ^ Tore, Punkte, Spieler – Die komplette HSV-Statistik. Göttingen. 2008.
  5. ^ "Seeler: Germany legend, Hamburg icon". FIFA.com. Dicapai pada 4 Januari 2015.
  6. ^ "The most controversial goal-line incidents: England vs. Germany, 1966". The Independent. Dicapai pada 4 Januari 2015.
  7. ^ name="storiedicalcio"
  8. ^ "Uwe SEELER". Dicapai pada 4 Januari 2015.
  9. ^ name="storiedicalcio"
  10. ^ Leme de Arruda, Marcelo (20 Oktober 2015). "FIFA XI´s Matches - Full Info". RSSSF. Dicapai pada 4 November 2015.

Pautan luar


Kedudukan sukan
Didahului oleh
Hans Schäfer
Kapten Jerman Barat
1962–1970
Diikuti oleh:
Wolfgang Overath
  • l
  • b
  • s
UEFA
CONMEBOL
CAF
CONCACAF
  • Akers
  • Hamm
  • Sánchez
AFC
Skuad Jerman Barat
  • l
  • b
  • s
Skuad Jerman BaratTempat Keempat Piala Dunia FIFA 1958
  • Herkenrath
  • Erhardt
  • Juskowiak
  • Eckel
  • Wewers
  • Szymaniak
  • Stollenwerk
  • Rahn
  • Walter
  • 10 Schmidt
  • 11 Schäfer Kapten
  • 12 Seeler
  • 13 Klodt
  • 14 Cieslarczyk
  • 15 Kelbassa
  • 16 Sturm
  • 17 Schnellinger
  • 18 Hoffmann
  • 19 Peters
  • 20 Nuber
  • 21 Sawitzki
  • 22 Kwiatkowski
  • Jurulatih: Herberger
Jerman Barat
  • l
  • b
  • s
Skuad Jerman BaratPiala Dunia FIFA 1962
  • Tilkowski
  • Erhardt
  • Schnellinger
  • Schulz
  • Wilden
  • Szymaniak
  • Koslowski
  • Haller
  • Seeler
  • 10 Brülls
  • 11 Schäfer Kapten
  • 12 Nowak
  • 13 Kurbjuhn
  • 14 Werner
  • 15 Giesemann
  • 16 Sturm
  • 17 Kraus
  • 18 Herrmann
  • 19 Strehl
  • 20 Vollmar
  • 21 Sawitzki
  • 22 Fahrian
  • Jurulatih: Herberger
Jerman Barat
  • l
  • b
  • s
Skuad Jerman BaratNaib Juara Piala Dunia FIFA 1966
  • Tilkowski
  • Höttges
  • Schnellinger
  • Beckenbauer
  • Schulz
  • Weber
  • Brülls
  • Haller
  • Seeler Kapten
  • 10 Held
  • 11 Emmerich
  • 12 Overath
  • 13 Hornig
  • 14 Lutz
  • 15 Patzke
  • 16 Lorenz
  • 17 Paul
  • 18 Sieloff
  • 19 Krämer
  • 20 Grabowski
  • 21 Bernard
  • 22 Maier
  • Jurulatih: Schön
Jerman Barat
  • l
  • b
  • s
Skuad Jerman BaratTempat Ketiga Piala Dunia FIFA 1970
  • Maier
  • Höttges
  • Schnellinger
  • Beckenbauer
  • Schulz
  • Weber
  • Vogts
  • Haller
  • Seeler Kapten
  • 10 Held
  • 11 Fichtel
  • 12 Overath
  • 13 Müller
  • 14 Libuda
  • 15 Patzke
  • 16 Lorenz
  • 17 Löhr
  • 18 Sieloff
  • 19 Dietrich
  • 20 Grabowski
  • 21 Manglitz
  • 22 Wolter
  • Jurulatih: Schön
Jerman Barat
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
Kamus biografi
  • Jerman
Lain-lain