Yamaha YZR-M1

Yamaha YZR-M1
PengeluarYamaha
Pengeluaran2002-sekarang
PendahuluYamaha YZR500

Yamaha YZR-M1 ialah motosikal 800 cc yang dibangunkan khas oleh Yamaha untuk bertanding dalam siri kejuaraan semasa MotoGP.[1] Ia menggantikan motosikal 500 cc YZR500 mulai musim 2002 dan asalnya dibangunkan dengan enjin 990 cc. Sejak itu, motosikal YZR-M1 terus dibangunkan serta mengalami beberapa perubahan.

Sejarah

Musim 2002 merupakan musim pertama yang membenarkan penggunaan enjin empat lejang 990 cc bagi menggantikan enjin dua lejang 500 cc. Sebagai peralihan daripada enjin V4 pada Yamaha YZR500, Yamaha merekabentuk YZR-M1 (bermaksud "Mission One") dengan enjin 4 sebaris, untuk memperoleh lengan ayun yang panjang dan tapak roda yang pendek. Juga, Yamaha mahu mengekalkan pengendalian mantap pada YZR500, supaya enjin M1 dapat direkabentuk untuk dimuatkan pada kerangka yang serupa dengan kerangka YZR500. Motosikal M1 dipasang dengan sistem pengurusan enjin elektronik yang mengawal brek enjin yang dikaitkan dengan enjin 4 lejang.[1][2]

Motosikal M1 telah dipandu uji dan dibangunkan oleh Max Biaggi, John Kocinski, Norihiko Fujiwara dan Kyoji Namba sepanjang tahun 2001. Ia digunakan dalam perlumbaan musim 2002 oleh Biaggi dan Carlos Checa bagi pasukan kilang, dan menjelang penghujung musim M1 juga ditunggang oleh Norifumi Abe, Olivier Jacque dan Shinya Nakano. Pada musim 2003, enjinnya beralih daripada penggunaan karburetor kepada suntikan bahan api, maka sistem pengurusan enjin ditukar kepada sistem kawalan melahu.[3]

Biaggi maemperoleh 2 kemenangan pada tahun 2002, serta memperoleh tempat kedua keseluruhan sebagaimana Yamaha yang memperoleh tempat kedua kategori pengeluar. Pada tahun 2003, pelumba M1 adalah Checa, Alex Barros, Olivier Jacque, Marco Melandri, Shinya Nakano dan Norifumi Abe, manakala tiada kemenangan dicatatkan dan Yamaha memperoleh tempat ketiga kategori pengeluar.

Rujukan

  1. ^ a b "History of 990cc". Yamaha Racing (dalam bahasa English). Yamaha Motor Company. Diarkibkan daripada yang asal (HTML) pada 2008-03-22. Dicapai pada 2008-03-21.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Mission One: Introducing Yamaha's awesome YZR-M1" (dalam bahasa English). Crash.net. 2001-05-14. Dicapai pada 2008-04-16.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Evolution of the YZR-M1 - part one" (dalam bahasa English). Crash.net. 2006-11-19. Dicapai pada 2008-04-16.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

  • 2002 YZR-M1 Diarkibkan 2008-03-28 di Wayback Machine
  • YZR-M1 semasa Diarkibkan 2008-05-20 di Wayback Machine
  • Yamaha Menjelaskan Penggunaan Karburetor pada M1 Diarkibkan 2010-04-08 di Wayback Machine
  • Yamaha Spills the Beans on YZR-M1 GP Racer Diarkibkan 2008-04-01 di Wayback Machine
  • p
  • b
  • s
Motosikal Grand Prix, 2000–2009
Siri Pengeluar 2000
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
MotoGP
500 cc
990 cc
800 cc
Aprilia RSW 500 RS3 Cube
Ducati Desmosedici GP3/GP4/GP5/GP6 GP7/GP8
Honda NSR500 RC211V RC212V
Ilmor X3
Kawasaki ZX-RR ZX-RR
Suzuki RGV500 GSV-R GSV-R
Team Roberts Proton KR3 Proton V5 KR211V KR212V
Yamaha YZR500 YZR-M1 YZR-M1
250 cc Aprilia RSW 250 GP
Honda RS250RW
KTM 250 FRR