Anjing pemburu Wales

Anjing pemburu Wales
Negara asalUnited Kingdom
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Wales[a] ialah satu baka anjing pemburu daripada jenis anjing pemburu rubah yang peribumi di Wales.

Sejarah

Anjing pemburu Wales ialah baka asli Kepulauan British. Dari zaman pertengahan hingga awal abad ke-20, para pujangga, yang sentiasa menduduki tempat istimewa dalam masyarakat Wales, menyanyikan oda kepada anjing pemburu, kerap menamai setiap anjing, dan memuji kualiti masing-masing. "Undang-undang purba Wales yang dikanunkan semasa pemerintahan Hywel Dda (942–948 Masihi) meletakkan nilai anjing pemburu Wales sebanyak 240 peni untuk yang terlatih dan 120 peni untuk yang tidak terlatih. Sebagai perbandingan, seekor kuda kawanan kukuh dinilai pada masa sama dengan harga 120 peni."[1]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan]

Perangai

Anjing pemburu Wales telah dibela sebagai anjing pemburu yang hidup dan berburu dalam kawanan. Ia disesuaikan untuk perburuan di rupa bumo berbatu dan bergunung-ganang di tanah airnya Wales. Ia telah dibiakbakakan untuk berburu di tengah-tengah Wales untuk kepantasan, stamina, dan penyuaraannya. Ia masih digunakan untuk drag hunting kini. Anjing pemburu Wales dijangkakan untuk segera bergerak balas terhadap suara pemburu, tetapi untuk mempelajari perintah daripada gerak balas dan petunjuk kawanan. Ia terkenal kerana 'bercakap' dengan pemburu dengan pelbagai lolongan dan salakan yang menandakan kemajuan perburuan. Walaupun lemah lembut, tenang, dan ramah, ia juga merupakan anjing peliharaan rumah bagus. Ia sukar untuk dilatih dan memerlukan ketekalan dan bimbingan tegas tetapi amat setia, lemah lembut, dan toleran dengan kanak-kanak kecil dan haiwan lain.[perlu rujukan]

Pengiktirafan baka

Anjing pemburu Wales didaftarkan dengan The Welsh Hound Association, yang telah menyimpan buku pembaka baka ini sejak tahun 1922, dan mengekalkan baka ini sebagai baka tulen sejak tahun 1928. Persatuan itu dibentuk "untuk tujuan pemuliharaan dan promosi anjing pemburu rubah Wales sebagai baka spesifik British".[2] Anjing pemburu Wales diiktiraf oleh United Kennel Club pada 1 Januari 2006.[3]

Sejak pelarangan perburuan dengan anjing di Great Britain, pelbagai kelab telah menawarkan pendaftaran untuk anjing pemburu Wales sebagai anjing peliharaan baka jarang.

Penampilan

Lapis bulunya keras dan mirip dawai, merah dengan tompok-tompok putih. Ia berpenampilan serupa dengan anjing pemburu rubah Inggeris. Ketinggiannya ialah 24 in (61 cm) dan beratnya ialah 75 lb (34 kg).[4]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing
  • Anjing pemburu rubah

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ويل‌سcode: ms is deprecated ; Wales: ci hela Cymreigcode: cy is deprecated ; bahasa Inggeris: Welsh houndcode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ "The Welsh Hound Association". webarchive.nationalarchives.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2008.
  2. ^ "Llyfrgell Genedlaethol Cymru - National Library of Wales". National Library of Wales (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ "United Kennel Club: Welsh Hound" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 1 Januari 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2013. Dicapai pada 2 April 2024.
  4. ^ Dogs Of All Nations (Inggeris) (1915, San Francisco, Amerika Syarikat), oleh Walter Esplin Mason, hlm. 35
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari United Kingdom
Hound
Gundog
Terier
Baka pekerja
Baka mainan
Jenis bull
Anjing gembala
Lain-lain
Pupus
Jenis: Collie, fell terrier, longdog, lurcher, dan terier rubah
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus

Templat:Baka haiwan Wales