Terier rubah dawai

Terier rubah dawai
Nama lainFox terrier dawai
Terier rubah berbulu dawai
Fox terrier berbulu dawai
Terier berbulu dawai
Terier rubah
Fox terrier
Nama ringkasWire
WFT
Negara asalEngland
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier rubah dawai atau fox terrier dawai[a] ialah satu baka anjing, salah satu daripada banyak baka terier. Ia merupakan terier rubah (fox terrier) dan, sungguhpun ia menyerupai terier rubah licin, ia dipercayai telah dikembangkan secara terpisah. Ia berasal dari England.

Penampilan

Warna lapis bulu mempunyai dasar putih meluas
Seekor terier rubah dawai dengan lapis bulu triwarna

Terier rubah dawai ialah anjing tegap dan seimbang yang seberat 7.7–8.6 kg (17–19 lb) untuk jantan dan 6.8–7.7 kg (15–17 lb) untuk betina. Ia tidak patut lebih tinggi daripada 39 cm (15 12 in) pada paras kelasa.[1][2] Lapis bulu kasar dan putus-putus adalah distingtif. Warna lapis bulu terdiri daripada dasar putih meluas dengan tanda-tanda perang pada muka dan telinga dan biasanya pelana hitam atau tompok warna besar; mungkin terdapat tanda-tanda hitam atau perang lain pada tubuh.

Perangai

Dua trait paling distingtif pada terier rubah dawai merupakan tenaga dan kecerdasannya. Ia mempunyai ambang rendah untuk kebosanan dan memerlukan rangsangan, senaman, dan perhatian. Terier rubah dawai ialah haiwan pendamping yang memerlukan perhatian hampir berterusan.

Anjing ini patut berwaspada, cepat, dan bersedia untuk bergerak balas dengan pantas dengan penuh semangat. Walau bagaimanapun, ia juga patut ramah, komunikatif, dan suka bermain jika menerima penjagaan dan senaman wajar. Sebagai anjing yang dibiakbakakan untuk menjadi pemikir bebas, ia mampu melakukan gerakan taktikal untuk haiwan perosak dan sukan lain.

Selalunya, terier rubah dawai ditinggalkan atau diserahkan atas sebab-sebab yang mungkin termasuk: melarikan diri dan tidak datang mengikut arahan; mengejar kereta, basikal, anjing lain, dll.; atau menyakat dan kemudian menyerang haiwan lain, termasuk kucing dan anjing lain sesuatu isi rumah – dan ia dapat melakukan kerosakan serius. Walau bagaimanapun, ini sebenarnya tingkah laku normal untuk baka yang direka untuk memburu bukan sahaja rubah , tetapi juga bejar dan babi hutan, tanpa rasa takut terhadap lembu atau bas sama seperti terhadap mangsa kecil. Pembelaan terier rubah dawai sebagai anjing peliharaan memerlukan kawalan teguh untuk melencongkan naluri pemangsa ini dan menyediakan untuk anjing ini senaman dan peralihan mencukupi. Dengan pengawasan teliti, terier rubah dawai dapat menjadi haiwan pendamping menggelikan hait, menarik, dan berumur panjang.

Penjagaan bulu

Terier rubah dawai jantan berusia empat tahun dengan bulu yang digunting

Terier rubah dawai yang dibela untuk pertunjukan melalui pelucutan tangan; jika bulu menjadi terlalu panjang, bulu tersebut dicabut dengan tangan untuk mengekalkan warna dan kelicauan lapis bulu. Banyak yang dibela sebagai anjing peliharaan melalui pengguntingan bulu setiap bulan oleh pendandan. Pengguntingan memudarkan warna dan menjadikan lapis bulu lembut, keriting, dan lebih sukar untuk dibersihkan, tetapi ini lebih diutamakan oleh ramai pemilik kerana prosedur lebih mudah (dan lebih murah) daripada pelucutan.

Sejarah

Terier rubah dawai dikembangkan di England oleh para penggemar pemburuan rubah dan dipercayai diturunkan daripada terier pekerja hitam dan putih berbulu kasar dari Wales, Derbyshire, dan Durham yang kini pupus. Baka ini juga dianggap telah dibiakbakakan untuk mengejar rubah ke dalam korok; ekor pendek, kuat, dan biasanya terpotong pada ini digunakan sebagai pemegang oleh pemburu untuk menariknya keluar.

Terier rubah dawai sekitar 1915

Walaupun terdapat kata-kata bahawa Ratu Victoria memiliki seekor, dan putera dan pewaris baginda, Raja Edward VII, memiliki seekor terier rubah dawai bernama Caesar, baka ini tidak popular sebagai anjing peliharaan keluarga sehingga tahun 1930-an, apabila siri filem cetera The Thin Man dibikin. Asta, anjing milik keluarga Charles, ialah seekor terier rubah dawai dan kepopularan baka ini melonjak. Milou (Snowy) daripada lerang komik The Adventures of Tintin juga merupakan terier rubah dawai.

Pada lewat abad ke-20, kepopularan baka ini merosot lagi, kemungkinan besar kerana perubahan keadaan hidup di dunia Barat dan kesukaran untuk membela terier pemburu di bandar kerana naluri pemangsa kuat.

Setakat tahun 2019, terier rubah dawai mempunyai kelebihan kerana telah menerima lebih banyak gelaran Best in Show dalam pertunjukan anjing Westminster Kennel Club (kini 15) berbanding dengan baka lain.[3] Matford Vic, seekor terier rubah dawai, ialah salah seekor daripada lima ekor anjing yang pernah memenangi Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club sebanyak lebih daripada sekali. Ia memenangi pertandingan itu sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1915 dan tahun 1916. Satu-satunya anjing yang memenanginya sebanyak lebih daripada itu ialah Warren Remedy, seekor terier rubah licin, yang memenanginya sebanyak tiga kali pada antara tahun 1907 dengan tahun 1909.[4]

Terier rubah dawai terkenal

  • Archie, yang dimiliki oleh Gill Raddings Stunt Dogs, membintangi Catwalk Dogs oleh ITV.
  • Asta, daripada siri filem The Thin Man
  • Beauty, yang dianugerahi Pingat Dickin kerana keberanian ketara atau pengabdian kepada tugas semasa berkhidmat dalam konflik ketenteraan.
  • Bob, dari episod Hercule Poirot, Dumb Witness
  • Bunny, daripada filem Hudson Hawk
  • Bella, yang memainkan watak Snoopy dalam filem Moonrise Kingdom
  • Boer, anjing milik Alexei Brusilov, pengarang 'Serangan Brusilov'.
  • Caesar, pendamping kepada Raja Edward VII dari United Kingdom
  • Charles, yang dibawa ke Sailan oleh Leonard Woolf pada tahun 1905
  • Chester, dalam filem tahun 1998 Jack Frost
  • Dášeňka, anjing milik penulis dan wartawan Czechoslovakia Karel Čapek - turut ditampilkan sebagai wira dalam buku beliau Dášeňka čili život štěněte
  • Dodger Herbie Tobacco (hanya seekor anjing kacuk dalam filem) daripada filem animasi Disney Oliver & Company sebenarnya ialah seekor terier rubah dawai.
  • Dogmatix (Perancis: Idéfixcode: fr is deprecated ), teman kepada Asterix dan Obelix.
  • Featherstonehaugh (disebut 'Foon'), "seekor terier rubah berbulu dawai daripada pembiakbakaan tanpa cacat cela" daripada novel Margery Allingham Police at the Funeral.
  • Guido daripada filem Pups United
  • Ike Larue, daripada siri Ike Larue, yang dikarang dan diilustrasikan oleh Mark Teague
  • J.D. daripada filem Millionaire Dogs (1999)[5]
  • Jani, yang dimiliki oleh Vincent Korda, disebut oleh anak lelaki beliau Michael Korda dalam "Alone" (2017)
  • Lacey, Ch. Registry's Lonesome Dove, pemenang Best in Show tahun 1992 dalam Pertunjukan Anjing Westminster
  • Mickey, teman kepada penggubah Perancis Francis Poulenc.
  • Moll, daripada buku Memoirs of a Fox-Hunting Man
  • Montmorency, daripada buku Three Men in a Boat oleh Jerome K. Jerome
  • Pan, teman kepada A.L. Westgard, pencari laluan AAA. Pan ialah maskot lawatan dedikasi untuk National Park-to-Park Highway pada tahun 1920.
  • Pard, teman kepada watak Humphrey Bogart dalam filem tahun 1941 High Sierra. Pard dilakonkan oleh anjing milik Humphrey Bogart sendiri, Zero. Terlihat bukti dalam filem itu bahawa Pard menyayangi tuannya.
  • Polly, terier kasar putih teman kepada Charles Darwin
  • Scruffy, terier rubah dawai milik keluarga Muir dalam siri televisyen The Ghost & Mrs. Muir
  • Skippy, anjing pelakon pada tahun 1930-an
  • Sky, pemenang Pertunjukan Anjing Hari Kesyukuran Purina 2012[6] dan Pertunjukan Anjing Westminster 2014.
  • Snowy (Perancis: Miloucode: fr is deprecated ), teman kepada Tintin
  • Topsy, anjing milik pelakon Diana Napier semasa beliau bernikah dengan tenor Richard Tauber
  • Van Gogh, anjing milik Paul Meltsner yang dipaparkan dalam lukisan terkenal beliau Paul, Marcella and Van Gogh
  • Vicki, anjing milik Rudyard Kipling
  • Watch, haiwan peliharaan dan teman The Boxcar Children, ialah seekor terier rubah dawai.
  • Wessex, anjing milik novelis British (Tess of the d'Urbervilles) Thomas Hardy[7]
  • Willy, daripada filem Ask the Dust
  • Wuffles, anjing milik Patrician dalam siri Discworld

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: تيريئر روبه داواي; فوک‌س تيريئر داوايcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: wire fox terriercode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ "Wire Fox Terrier" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2016. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  2. ^ "Official Standard of the Wire Fox Terrier" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 9 Februari 1991. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  3. ^ "Best in Show Winners". Westminster Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2007. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  4. ^ "Best in Show Winners". Westminster Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2007. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  5. ^ "Hot Dogs: Wau - wir sind reich! (1999) "Millionaire Dogs"". IMDb (dalam bahasa Inggeris). Ostdeutscher Rundfunk Brandenburg (ORB), EIV Entertainment Invest GmbH & Company KG, Zweites Deutsches Fernsehen (ZDF). 29 Januari 1999. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  6. ^ Petside: Sky, a Wire Fox Terrier, Named Best in Show at the 2012 National Dog Show. (Inggeris) Diarkibkan 28 November 2012 di Wayback Machine.
  7. ^ Forever Foxed: Famous Fox Terriers No. 1; Thomas Hardy's Dog (Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari United Kingdom
Hound
Gundog
Terier
Baka pekerja
Baka mainan
Jenis bull
Anjing gembala
Lain-lain
Pupus
Jenis: Collie, fell terrier, longdog, lurcher, dan terier rubah
  • l
  • b
  • s
Baka pekerja
Bertungkai panjang
Pincer
Schnauzer
  • Schnauzer gergasi
  • Schnauzer kerdil
  • Schnauzer sederhana
Lain-lain
Bertungkai pendek
Baka pemburu jenis cur
Terier jenis bull
Terier mainan
Lain-lain
Baka pupus
Jenis: Feist, fell terrier, pincer, schnauzer, terier jenis bull (dan pitbul), terier rubah