Kampung Mumong

Kampung Mumong is located in Bumi
Kampung Mumong
Kampung Mumong (Bumi)
Koordinat: 4°34′51″N 114°14′14″E / 4.5809°N 114.2373°E / 4.5809; 114.2373Koordinat: 4°34′51″N 114°14′14″E / 4.5809°N 114.2373°E / 4.5809; 114.2373NegaraBruneiDaerahBelaitMukimKuala BelaitPecahan kampung
Kampung
  • Mumong 'A'
  • Mumong 'B'
Pentadbiran • Ketua kampungMohd Yusof DulaminPenduduk
 (2016)[2]
 • Jumlah9,740Poskod
KA1531, KA1731

Kampung Mumong ialah sebuah kampung di Daerah Belait, Brunei. Ia merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Kuala Belait, dan juga sebahagian dari kawasan bandaran Pekan Kuala Belait. Kampung Mumong merangkumi kampung asal dan kawasan perumahan awam Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Mumong. Kampung ini mempunyai jumlah penduduk seramai 9,740 orang pada tahun 2016.[2]

Pentadbiran

Pada masa ini Kampung Mumong secara rasmi dipecahkan kepada dua bahagian pentadbiran kampung iaitu Kampung Mumong 'A' dan Kampung Mumong 'B', dan mereka merupakan antara kampung-kampung di bawah Mukim Kuala Belait. Sebelum ini Kampung Mumong dibahagikan kepada Kampung Mumong Utara dan Kampung Mumong Selatan. Setiap pecahan kampung merupakan kawasan banci dan mempunyai poskod sendiri.

Kampung Penduduk (2016)[2] Poskod[3]
Kampung Mumong 'A' 5,710 KA1531
Kampung Mumong 'B' 4,030 KA1731
Jumlah 9,740

Walau bagaimanapun, pada masa ini kedua-dua kampung adalah di bawah tanggungjawab seorang ketua kampung; penjawat semasa ialah Mohd Yusof bin Dulamin.[1][4]

Kampung Mumong juga merupakan sebahagian dari kawasan bandaran Pekan Kuala Belait. Sebahagian kawasan Kampung Mumong, serta Kampung Pandan dan Pekan Kuala Belait adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, badan pentadbir pekan tersebut.[perlu rujukan]

Infrastruktur

Perumahan

Kampung Mumong ialah terletaknya STKRJ Mumong, salah sebuah kawasan perumahan awam di Brunei di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati. Skim ini memberi peluang khusus kepada rakyat jati Brunei untuk memiliki kediaman sendiri.[5]

Lain-lain

  • Sekolah Arab Belait
  • Kompleks Sukan Mumong

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b "Awang Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin". belait.gov.bn. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  2. ^ a b c "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 19 Jun 2021.
  3. ^ "Buku Poskod Edisi Kedua (Kemaskini 26 Disember 2018)" (PDF). post.gov.bn. Jabatan Perkhidmatan Pos. 26 Disember 2018. Dicapai pada 19 Jun 2021.
  4. ^ Junaidi, Yusrin; Kepli, Saemah (14 April 2018). "PDB komited tingkat usaha banteras jenayah". Media Permata Online. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  5. ^ "Mengenai Rancangan Perumahan Negara (RPN)". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  • l
  • b
  • s
Pekan
Mukim dan
kampung
Bukit Sawat
Kuala Balai
Kuala Belait
Labi
Liang
Melilas
Seria
Sukang