Kampung Sungai Kuru
Kampung Sungai Kuru ialah sebuah kawasan di Lumut iaitu sebuah petempatan di Daerah Belait, Brunei. Ia secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam Mukim Liang,[1] dan juga sebahagian kawasan Kampung Lumut I (Satu).[perlu rujukan] Poskod bagi Kampung Sungai Kuru ialah KC3935.[2]
Geografi
Kampung Sungai Kuru terletak di Lumut, nama umum bagi sebuah kelompok petempatan di Mukim Liang yang merangkumi Kampung Lumut asal dan beberapa petempatan di sekitarnya.[perlu rujukan] Ia berjiran dengan petempatan Kampung Agis-Agis di bahagian timur, Kampung Sungai Lalit di bahagian tenggara, Kampung Sungai Kang di bahagian selatan, Kampung Lumut Tersusun di bahagian barat daya dan Kampung Sungai Bakong di bahagian barat.[3]
Pentadbiran
Kawasan Kampung Sungai Kuru secara rasmi merupakan sebuah kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah di Brunei.[1] Walau bagaimanapun, penduduk Kampung Sungai Kuru adalah di bawah tanggungjawab ketua kampung bagi Kampung Lumut I.[perlu rujukan]