Sardon Jubir

سعدون زبيرcode: ms is deprecated
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-4Dalam jawatan
2 Februari 1975 – 30 April 1981Ketua MenteriTun Dr. Lim Chong EuDidahului olehTun Syed Sheh Hassan BarakbahDigantikan olehTun Dr. Awang HassanAnggota Majlis Undangan Singapura
bagi Luar Bandar TimurDalam jawatan
1 April 1948 – 16 February 1951GabenorFranklin Charles GrimsonDidahului olehKawasan undi dibentukDigantikan olehKawasan undi dimansuhMajoriti109 (9.8%) Butiran peribadiLahir(1917-03-19)19 Mac 1917
Rengit, Johor, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)Meninggal dunia14 Disember 1985(1985-12-14) (umur 68)
Kuala Lumpur, MalaysiaTempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala LumpurParti politik
  • Independen (-1948; Februari 1975 - Disember 1985)
  • UMNO (1948 - Februari 1975)
PasanganToh Puan Saadiah AbdullahAnak-anak4Alma materMiddle Temple, LondonProfesionPeguam

Tun Sardon bin Haji Jubir (19 Mac 1917 – 14 Disember 1985) merupakan seorang tokoh politik Melayu yang terkenal. Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dari 1975 hingga 1981. Sebelum itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kerja Raya dan Komunikasi dari tahun 1971 hingga 1975.

Kehidupan awal

Dilahirkan di Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat, Johor, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bangan, Mukim Sungai Kluang dan Victoria English Primary School di Singapura. Beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Raffles Insituition pada tahun 1932.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan disahkan sebagai Barrister dari Middle Temple, London. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1941.

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Saadiah Abdullah pada tahun 1944 dan dikurniakan 4 cahayamata.

Tun Sardon juga pernah menjadi presiden bagi Majlis Belia Malaya yang telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang. Tun Sardon berkhidmat dari tahun 1958 - 1961 bagi menggantikan Syed Hashim Abdullah yang berkhidmat dari tahun 1955 - 1957. Beliau digantikan oleh Syed Kamaruddin Syed Bahaldin yang berkhidmat dari tahun 1964 - 1965.

Politik

Sardon bin Jubir mengawali karier politiknya dengan menjadi Anggota Majlis Undangan Singapura dari Kawasan Undi Luar Bandar Timur untuk pilihan raya umum Singapura 1948. Ia memenangi kerusi dengan majoriti 109 suara selepas menewaskan Cheong Hock Chye di kawasan undi tersebut. Beliau tercatat pernah menjadi anggota Pertubuhan Melayu Singapura, atau Singapore Malay Union (SMU), sejak awal 1948. Apabila ia menjabat sebagai Presiden Pertubuhan Melayu Singapura, ia pernah mengirim protes rasmi kepada PBB di Lake Success akan perlakuan Australia terhadap nelayan Melayu yang menurut beliau tidak sesuai dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia (HAM).[1]

Sewaktu balik ke Johor pada dekad 1960-an, beliau menang di kawasan Pontian Utara dalam pilihan raya umum Malaysia 1969. Selepas itu beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.

Jawatan

Antara jawatan yang pernah disandang :

Anugerah

  • 1958: Anugerah "The Memorial Magsaysay Award".
  • 1970: Anugerah "Gold Medal", anugerah tertinggi untuk pengakap di Korea Selatan.
  • 1971: Anugerah King's Gold Medal for Scouts oleh Raja Thailand.
  • 1972: Anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan, membawa gelaran Dato'.
  • 1972: Anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor membawa gelaran Dato'.
  • 1974: Anugerah the "Grand Cross of the Order of St. Michael and St. George" oleh Queen Elizabeth II.
  • 1976: Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara membawa gelaran "Tun".
  • 1976: Anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) membawa gelaran "Dato' Seri Utama".

Sekolah Menengah Tun Sardon , Rengit Johor dinamakan sempena nama beliau

Tokoh Pengakap

Tun Sardon pernah menjadi Ketua Pengakap Negara dari 1963-1973. Antara sumbangan beliau ialah mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968).Persidangan Pengakap Timur Jauh ke-4 1964. Jambori Pengakap Malaysia pertama diadakan pada 1966.

Sardon menerima "Pingat Emas" dari Pengakap Korea Selatan dan "Pingat Emas Raja" dari Pengakap Thailand. Kem Pengakap Sardon Jubir di Balakong, Selangor telah dibina bagi mengenang jasa beliau.[2]

Meninggal dunia

Tun Sardon meninggal dunia pada 14 Disember 1985 dan telah disemadikan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Rujukan

  1. ^ "Protest Against Expulsion of Malays". The Advocate. Singapura. 18 Februari 1948. m/s. 1. Dicapai pada 23 Januari 2023.
  2. ^ Jasa Allahyarham Tun Sardon Kepada Pergerakan Pengakap Akan Dikenang

Pautan luar

  • Yayasan Tun Sardon
  • Gabenor Pulau Pinang
  • Sekolah Menengah Tun Sardon


Penyandang Terdahulu Presiden Majlis Belia Malaysia
19581961
Penyandang Kemudian
Syed Hashim Abdullah
Syed Kamaruddin Syed Bahaldin
Rencana berkenaan Sardon Jubir
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
  1. Leong Yew Koh (1955-1956)
  2. Veerasamy Thirunyana Sambanthan (1957-1959)
  3. Omar Ong Yoke Lin (1959-1960)
  4. Abdul Aziz Ishak (1960-1962)
  5. Lim Swee Aun (1962)
  6. Abdul Rahman Talib (1962-1964)
  7. Bahaman Samsudin (1964-1968)
  8. Ng Kam Poh (1968-1969)
  9. Sardon Jubir (1969-1972)
  10. Lee Siok Yew (1972-1978)
  11. Chong Hon Nyan (1978-1982)
  12. Mak Hon Kam (1982-1987)
  13. Chan Siang Sun (1987-1989)
  14. Ng Cheng Kiat (1989-1990)
  15. Lee Kim Sai (1990-1995)
  16. Chua Jui Meng (1995-2004)
  17. Chua Soi Lek (2004-2007
  18. Liow Tiong Lai (2008-2013)
  19. Subramaniam Sathasivam (2013-2018)
  20. Dzulkefly Ahmad (2018-2020)
  21. Adham Baba (2020-2021)
  22. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (2021-2022)
  23. Zaliha Mustafa (2022-2023)
  24. Dzulkefly Ahmad (2023-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Henry Lee Hau-shik (1955-1957)
  2. Abdul Rahman Talib (1957-1959)
  3. Sardon Jubir (1959-1968)
  4. V. Manickavasagam (1969-1970)
  5. Abdul Ghani Gilong (1970-1971)
  6. V. Manickavasagam (1974-1979)
  7. Lee San Choon (1979-1983)
  8. Chong Hon Nyan (1983-1986)
  9. Ling Liong Sik (1983-2003)
  10. Chan Kong Choy (2003-2008)
  11. Ong Tee Keat (2008-2010)
  12. Kong Cho Ha (2010-2013)
  13. Hishammuddin Hussein (2013-2014)
  14. Liow Tiong Lai (2014-2018)
  15. Anthony Loke Siew Fook (2018-2020)
  16. Wee Ka Siong (2020-2022)
  17. Anthony Loke Siew Fook (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Sardon Jubir (1955-1956)
  2. Veerasamy Thirunyana Sambanthan (1956-1971)
  3. Abdul Ghani Gilong (1972-1974)
  4. V. Manickavasagam Pillai (1974-1976)
  5. Abdul Ghani Gilong (1976-1978)
  6. Lee San Choon (1978-1980)
  7. Samy Vellu Sangalimuthu (1980-1989)
  8. Leo Moggie Irok (1989-1995)
  9. Samy Vellu Sangalimuthu (1995-2008)
  10. Mohd Zin Mohamed (2008-2009)
  11. Baru Bian (2018-2020)
  12. Fadillah Yusof (2020-2022)
  13. Alexander Nanta Linggi (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Raja Uda Raja Muhammad (1957-1967)
  2. Syed Sheh Shahabudin (1967-1969)
  3. Syed Sheh Hassan Barakbah (1969-1975)
  4. Sardon Jubir (1975-1981)
  5. Awang Hassan (1981-1989)
  6. Hamdan Sheikh Tahir (1989-2001)
  7. Abdul Rahman Abbas (2001-2021)
  8. Ahmad Fuzi Abdul Razak (2021-kini)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek