Abdul Razak Hussein

عبد الرزاق حسينcode: ms is deprecated
Malaysia Perdana Menteri Malaysia ke-2Digelar sebagai
Bapa Pembangunan
باڤ ڤمباڠوننcode: ms is deprecated
Dalam jawatan
22 September 1970 – 14 Januari 1976Raja Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (1970–1975)
Kelantan Sultan Yahya Petra (1975–1979)Timbalan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (1970–1973)
Tun Hussein Onn (1973–1976)Didahului oleh Tunku Abdul RahmanDigantikan oleh Tun Hussein OnnTimbalan Perdana Menteri Malaysia pertamaDalam jawatan
1 September 1957 – 21 September 1970Raja Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman (1957–1960)
Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah (1960–1960)
Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail (1960–1965)
Terengganu Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1965–1970)Perdana Menteri Tunku Abdul RahmanDidahului olehPejabat ditubuhkanDigantikan oleh Ismail Abdul RahmanAnggota Parlimen Malaysia
untuk Pekan, PahangDalam jawatan
1959–1976Digantikan oleh Najib RazakPahang Menteri Besar Pahang ke-3Dalam jawatan
1 Februari 1951 – 15 Jun 1955Didahului olehTengku Muhamad Sultan AhmadDigantikan olehTengku Muhamad Sultan Ahmad Butiran peribadiLahirAbdul Razak bin Hussein
11 Mac 1922
Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)Meninggal dunia14 Januari 1976(1976-01-14) (umur 53)
London, United KingdomSebab kematianAcute lymphocytic leukemiaTempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala LumpurKewarganegaraanMalaysiaKerakyatanMelayuParti politik UMNOSekutu gabungan
politik lain Perikatan (1955–1973)
Barisan Nasional (1973–1976)PasanganTun Rahah Tan Sri Mohamed Noah (k. 1952)Anak-anakMohd Najib
Ahmad Johari
Mohamed Nizam
Mohamed Nazim
Mohamed NazirIbu bapaDato' Hussein Awang Mohd Taib (Bapa)
Datin Hajah Teh Fatimah Daud (Ibu)HubunganTan Sri Mohamed Noah Omar (Bapa Mentua)
Tun Hussein Onn (Biras)
Tun Abdul Rahman Ya'kub (Besan)
Tan Sri Abdul Aziz Taha (Besan)PendidikanIjazah Undang-UndangAlma materLincoln's Inn, London, United KingdomPekerjaanMenteriProfesionAhli Politik
Peguam

Allahyarham Orang Kaya Indera Shahbandar X Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein (Jawi: عبد الرزاق بن حسينcode: ms is deprecated ; 11 Mac 1922 – 14 Januari 1976) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua dari September 1970 hingga kematiannya pada Januari 1976. Dasar Ekonomi Baru merupakan buah fikiran Tun Abdul Razak, bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia untuk mengatasi ketidakseimbangan ekonomi. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan Buku Hijau dan Buku Merah, untuk merancang serta memantau pembangunan luar bandar dan sektor pertanian.[1] Setimpal dengan segala jasa dan sumbangannya terhadap pembangunan luar bandar dan di peringkat nasional, Tun Abdul Razak telah diberi gelaran “Bapa Pembangunan Malaysia”.[2]

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang serta merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Awang Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud.[3] Beliau juga merupakan keturunan bangsawan berbangsa Bugis yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang. Bapanya, Dato' Hussein pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Bentong. Beliau diberi gelaran Orang Kaya Indera Syahbandar dan Orang Kaya Berempat Pahang. Gelaran ini diwarisi oleh Tun Abdul Razak kemudiannya yang turut pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.[4]

Pendidikan

Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

Selepas peperangan, beliau pergi ke United Kingdom pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di United Kingdom, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London, United Kingdom.

Kerjaya

Selepas kepulangannya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.

Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British dang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".

Perdana Menteri (1970-1976)

Beliau mengisytiharkan Keadaan Darurat selepas kejadian berdarah 13 Mei 1969 dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.

Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.

Disebabkan sebahagian daripada penyakit acute leukemia, beliau meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London. Beliau disemadikan di berdekatan Makam Pahlawan yang berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.

Dalam budaya masyhur

Tun Razak dilakonkan oleh Rusdi Ramli dalam filem 2013, Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba.

Filemografi

List of films
Tahun Tajuk Peranan Nota Pautan
1969 The Red Book Tun Abdul Razak Tun Abdul Razak tampil secara khas untuk menerangkan dasar pembangunan ekonomi luar bandar.[5] Filem ini diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia (kini FINAS).
Video luar
Ikon video Retrospektif: The Red Book (1969) melalui laman YouTube milik FINAS.

Garis masa

  • 1922: Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada 11 Mac.
  • 1934 (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di maktab melayu kuala kangsar.
  • 1947 (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England.
  • 1950 (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
  • 1951 (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
  • 1952 (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
  • 1955 (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
  • 1956 (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
  • 1957 (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan.
  • 1959 (umur 37): Dianugerahkan pingat Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad pada 31 Ogos 1959 yang membawa gelaran Tun.
  • 1969 (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
  • 1970 (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama.
  • 1972 (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang disingkir pada 1969, kembali ke pangkuan UMNO gara gara surat peribadi beliau kepada Tunku.
  • 1976 (umur 54): Meninggal dunia akibat acute leukemia di London pada Januari. Dikebumikan di berdekatan Makam Pahlawan,berdekatan Masjid Negara.

Sumbangan

  • Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
  • Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
  • Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986.
  • Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.

Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Anugerah

Kehormatan Malaysia

Kehormatan Antarabangsa

Rujukan

  1. ^ "Tun Abdul Razak Dato' Hussein". Perdana Leadership Foundation.
  2. ^ "40 tahun perginya 'Bapa Pembangunan Malaysia'". Bernama. Astro Awani. 13 Januari 2016. Dicapai pada 17 November 2021.
  3. ^ a b Hoiberg, Dale H., penyunting (2010). "Abdul Razak bin Hussein, Tun Haji". Encyclopædia Britannica. 1 (ed. 15th). Chicago, Illinois: Encyclopædia Britannica Inc. m/s. 21. ISBN 978-1-59339-837-8.
  4. ^ "1967 Ramon Magsaysay Award for Community Leadership – Tun Abdul Razak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-10. Dicapai pada 2020-03-09.
  5. ^ Hassan Abdul Muthalib. Malaysian Cinema in a Bottle: A Century (and a Bit More) of Wayang. Merpati Jingga. m/s. 88. ISBN 9789670584010.
  6. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1976" (PDF). Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 17 Februari 2020. Dicapai pada 6 Mei 2021.
  7. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1959" (PDF). Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 6 Mei 2019.
  8. ^ "SPMS 1965". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-10. Dicapai pada 26 December 2020.
  9. ^ "Tun Razak di-kurnia GCMG oleh Queen". eresources.nlb.gov.sg. Singapura: Berita Harian. 24 Februari 1972. OCLC 220731980. Dicapai pada 6 Mei 2021.
  10. ^ "No. 44404". The London Gazette. 8 September 1967. m/s. 9801.

Pautan luar

  • (Melayu) laman sokongan.
  • (Melayu) http://www.bernama.com/events/merdeka03/bm/tunRazak.shtml
  • Universiti Utara Malaysia Diarkibkan 2006-04-10 di Wayback Machine
  • (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Tun Abdul Razak Diarkibkan 2010-03-23 di Wayback Machine
  • (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Tun Rahah Noah Diarkibkan 2010-05-20 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Abdul Razak Hussein
Keluarga
Ibu bapa
Hussein bin Mohd Taib (bapa) dan Teh Fatimah binti Daud (ibu)
Isteri
Anak
Mohd Najib • Ahmad Johari • Mohd Nizam • Mohd Nazim • Mohd Nazir
Saudara
Mohamed Noah Omar (bapa mertua) • Rosmah Mansor (menantu)
Pusat pendidikan
Jawatan disandang
Timbalan Perdana Menteri (1957–70) • Perdana Menteri (1970–76)
Didahului: Tunku Abdul Rahman • Digantikan: Hussein Onn
Buku Wikipedia Buku
Jawatan
Rencana berkenaan Abdul Razak Hussein
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
  1. Kedah Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957-1970)  
  2. Pahang Abdul Razak Hussein (1970-1976)  
  3. Johor Hussein Onn (1976-1981)  
  4. Kedah Mahathir Mohamad (1981-2003)  
  5. Pulau Pinang Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)  
  6. Pahang Najib Razak (2009-2018)  
  7. Kedah Mahathir Mohamad (2018-2020)  
  8. Johor Mahiaddin Md Yasin (2020-2021)  
  9. Pahang Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Pulau Pinang Anwar Ibrahim (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Pahang Abdul Razak Hussein  (1957-1970)
  2. Johor Ismail Abdul Rahman  (1970-1973)
  3. Johor Hussein Onn  (1973-1976)
  4. Kedah Mahathir Mohamad  (1978-1981)
  5. Johor Musa Hitam  (1981-1986)
  6. Melaka Abdul Ghafar Baba  (1986-1993)
  7. Pulau Pinang Anwar Ibrahim  (1993-1998)
  8. Pulau Pinang Abdullah Ahmad Badawi  (1999-2003)
  9. Pahang Mohd Najib Abdul Razak  (2004-2009)
  10. Johor Mahiaddin Md Yasin  (2009-2015)
  11. Perak Ahmad Zahid Hamidi  (2015-2018)
  12. Selangor Wan Azizah Wan Ismail  (2018-2020)
  13. Pahang Ismail Sabri Yaakob  (2021)
  14. Perak Ahmad Zahid Hamidi  (2022-kini)
  15. Sarawak Fadillah Yusof  (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Abdul Razak Hussein (1957-1970)
  2. Hamzah Abu Samah (1973-1974)
  3. Mustapha Harun (1974)
  4. Abdul Razak Hussein (1974-1976)
  5. Hussein Onn (1976-1978)
  6. Abdul Taib Mahmud (1978-1979)
  7. Hussein Onn (1979-1981)
  8. Mahathir Mohamad (1981-1986)
  9. Abdullah Ahmad Badawi (1986-1987)
  10. Mohd Najib Abdul Razak (1990-1995)
  11. Syed Hamid Albar Syed Jaafar Albar (1990-1995)
  12. Mohd Najib Abdul Razak (1999-2008)
  13. Abdullah Ahmad Badawi (2008-2009)
  14. Ahmad Zahid Hamidi (2009-2013)
  15. Hishammuddin Hussein (2013-2018)
  16. Mohamad Sabu (2018-2020)
  17. Ismail Sabri Yaakob (2020-2021)
  18. Hishammuddin Hussein (2021-2022)
  19. Mohamad Hasan (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Tunku Abdul Rahman (1957-1959)
  2. Ismail Abdul Rahman (1959-1960)
  3. Tunku Abdul Rahman (1960-1970)
  4. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  5. Tengku Ahmad Rithauddeen (1975-1981)
  6. Muhammad Ghazali Shafie (1981-1984)
  7. Tengku Ahmad Rithauddeen (1984-1986)
  8. Rais Yatim (1986-1987)
  9. Abu Hassan Omar (1987-1991)
  10. Abdullah Ahmad Badawi (1991-1999)
  11. Syed Hamid Albar (1999-2008)
  12. Rais Yatim (2008-2009)
  13. Anifah Aman (2009-2018)
  14. Saifuddin Abdullah (2018-2020)
  15. Hishammuddin Hussein (2020-2021)
  16. Saifuddin Abdullah (2021-2022)
  17. Zambry Abdul Kadir (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Suleiman Abdul Rahman (1957-1959)
  2. Leong Yew Koh (1959-1963)
  3. Ismail Abdul Rahman (1965-1967)
  4. Abdul Razak Hussein (1967-1969)
  5. Ismail Abdul Rahman (1969-1973)
  6. Muhammad Ghazali Shafie (1973-1981)
  7. Musa Hitam (1981-1986)
  8. Mahathir Mohamad (1986-1999)
  9. Abdullah Ahmad Badawi (1999-2004)
  10. Azmi Khalid (2004-2006)
  11. Mohd Radzi Sheikh Ahmad (2006-2008)
  12. Syed Hamid Syed Jaafar Albar (2008-2009)
  13. Hishammuddin Hussein (2009-2013)
  14. Ahmad Zahid Hamidi (2013-2018)
  15. Muhyiddin Yassin (2018-2020)
  16. Hamzah Zainudin (2020-2022)
  17. Saifuddin Nasution Ismail (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Abdul Razak Hussein (1955-1957)
  2. Mohamed Khir Johari (1957-1960)
  3. Abdul Rahman Talib (1960-1962)
  4. Abdul Hamid Khan (1962-1964)
  5. Abdul Rahman Talib (1964-1965)
  6. Mohamed Khir Johari (1965-1969)
  7. Abdul Rahman Ya'kub (1969-1970)
  8. Hussein Onn (1970-1973)
  9. Mohamed Yaacob (1973-1974)
  10. Mahathir Mohamad (1974-1978)
  11. Musa Hitam (1978-1981)
  12. Sulaiman Daud (1981-1984)
  13. Abdullah Ahmad Badawi (1984-1986)
  14. Anwar Ibrahim (1986-1991)
  15. Sulaiman Daud (1991-1995)
  16. Mohd Najib Tun Abdul Razak (1995-1999)
  17. Musa Mohamad (1999-2004)
  18. Hishammuddin Hussein (2004-2009)
  19. Muhyiddin Yassin (2009-2015)
  20. Idris Jusoh (2013-2015)
  21. Mahdzir Khalid (2015-2018)
  22. Maszlee Malik (2018-2020)
  23. Mohd Radzi Md Jidin (2020-2022)
  24. Fadhlina Sidek (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
Kepimpinan Islam Peringkat Persekutuan di Malaysia
Ketua Agama Islam Peringkat Persekutuan : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman (1968-1970)
  2. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  3. Hussein Onn (1976-1981)
  4. Mahathir Mohamad (1981-2003)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  6. Najib Razak (2009-2018)
  7. Mahathir Mohamad (2018-2020)
  8. Muhyiddin Yassin (2020-2021)
  9. Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Sultan Sharafuddin Idris Shah (2022-kini)
Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Asri Muda (1973-1976)
  2. Mohamed Nasir (1978-1982)
  3. Abdullah Ahmad Badawi (1982-1984)
  4. Abdul Ajib Ahmad (1986-1987)
  5. Mohd Yusof Noor (1987-1990)
  6. Abang Abu Bakar Abang Mustapha (1990-1995)
  7. Abdul Hamid Othman (1995-1999)
  8. Abdul Hamid Zainal Abidin (2001-2004)
  9. Abdullah Md. Zin (2004-2008)
  10. Ahmad Zahid Hamidi (2008-2010)
  11. Jamil Khir Baharom (2010-2018)
  12. Mujahid Yusuf Rawa (2018-2020)
  13. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2020-2021)
  14. Idris Ahmad (2021-2022)
  15. Mohd Na'im Mokhtar (2022-kini)
Timbalan Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Wan Abdul Kadir Ismail (1973-1974)
  2. Kamaruddin Mohamed Isa (1974-1982)
  3. Anwar Ibrahim (1982-1983)
  4. Mohd Yusof Noor (1984-1987)
  5. Abdul Hamid Othman (1990-1995)
  6. Mashitah Ibrahim (2008-2013)
  7. Asyraf Wajdi Dusuki (2015-2018)
  8. Fuziah Salleh (2018-2020)
  9. Ahmad Marzuk Shaary (2020-2022)
  10. Zulkifli Hasan (2023 - kini)
Ketua Hakim Syarie
  1. Sheikh Ghazali Abdul Rahman (1998-2009)
  2. Ibrahim Lembut (2009-2017)
  3. Mukhyuddin Ibrahim (2017-2019)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (2019-2022)
  5. Mohd Amran Mat Zain (2023 - kini)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
  1. Abdul Jalil Hassan (1970-1990)
  2. Abdul Halim Othman (1991-1992)
  3. Tajudin Abdul Rahman (1994-1999)
  4. Ismail Ibrahim (2000-2005)
  5. Abdul Shukor Husin (2005-2017)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2017-2022)
  7. Nooh Gadut (2022-kini)
Mufti Wilayah Persekutuan
  1. Abdul Mohsein Salleh (1971-1984)
  2. Othman Ibrahim (1986-1991)
  3. Abdul Kader Talip (1991-1997)
  4. Md Hashim Yahaya (1997-2003)
  5. Mohammad Yusoff Hussain (2003-2006)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2006-2014)
  7. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2014-2020)
  8. Luqman Abdullah (2020-kini)
Imam Besar Masjid Negara
  • l
  • b
  • s
  1. Mahmud Mat (1948-1951)
  2. Tengku Mohamad Sultan Ahmad (1951-1955)
  3. Abdul Razak Hussein (1955)
  4. Tengku Mohamad Sultan Ahmad (1955-1957)
  5. Abdullah Ibrahim (1957-1959)
  6. Wan Aziz Ungku Abdullah (1959-1964)
  7. Yahya Mohd Seth (1964-1972)
  8. Abdul Aziz Ahmad (1972-1974)
  9. Muhamad Jusoh (1974-1978)
  10. Abdul Rahim Bakar (1978-1981)
  11. Abdul Rashid Abdul Rahman (1981-1982)
  12. Mohd Najib Abdul Razak (1982-1986)
  13. Mohd Khalil Yaakob (1986-1999)
  14. Adnan Yaakob (1999-2018)
  15. Wan Rosdy Wan Ismail (2018-kini)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Belanda
Kamus biografi
  • Jerman
Lain-lain