Sultan Dziaddin Mukarram Shah

ضياء الدين مكرم شاهcode: ms is deprecated Sultan Kedah Darul Aman Fail:-
-
Sultan KedahPemerintahan4 Januari 1662 – 1 Mei 1688Didahului olehSultan Muhyiddin Mansur ShahDiikuti olehSultan Ataullah Muhammad Shah II
Keputeraan-
-
-Kemangkatan1 Mei 1688
Istana Baginda, Indera KayanganPemakaman-
-PasanganWan Jingga
Che' Sepa ChandraAnakanda
Nama penuh
-
Nama penuh
  • Nama berian: -
Nama diraja
-
Nama selepas mangkat
Almarhum Kayang I al-Awwal
KerabatKedahWangsa-AyahandaSultan Muhyiddin Mansur ShahBondaWan SaraAgamaIslam

Almarhum Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I adalah Sultan Kedah ke-15. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhyiddin Mansur Shah dan Wan Sara binti Dato' Sri Paduka Maha Mantri. Pada 4 Januari 1662, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-15 dan bersemayam di Kota Sena.

Pemerintahan

Pada 18 Februari 1663, baginda bermuafakat bersama Jemaah menteri untuk membangunkan sebuah kota di Wai yang bernama Kota Indera Kayangan. Pada 30 Ogos 1664, baginda bersama kaum kerabat dan Jemaah menteri telah berhijrah ke Kota Indera Kayangan untuk bersemayam di sana. Baginda menyerahkan Kota Sena kepada Dato’ Biram Pahlawan dan Panglima Jugar Alam untuk menjagakannya. Baginda juga memerintahkan Dato’ Seri Maharaja Putra Dewa untuk membangunkan sebuah kota yang bernama Kota Bukit Pinang.

Berdasarkan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, baginda bermuafakat dengan jemaah menteri untuk mengorek suatu sungai dari Kayang tembus ke Sungai Besar di Kampung Cik Madi, dikatakan untuk memudahkan baginda sultan untuk berulang-alik dari singgahsananya di Kayang ke singgahsana permaisurinya. Walau bagaimanapun, oleh kerana kesuburan kawasan sekitar, ia kemudiannya menjadi kawasan pertanian sawah yang ketara. Terusan ini dipercayai sebagai terusan tertua dibina di Semenanjung Malaysia.[1]

Baginda bersama Raja Muda dan Raja Bendahara berkenan untuk mengangkat Tengku Sulaiman sebagai Raja Temenggung. Pada tahun 1678, Raja Bendahara Muhammad Akib telah mangkat di Kota Rentang dan dimakamkan di Langgar Kota Naga. Tidak lama selepas itu, Raja Muda Pengiran pula mangkat di Kota Naga dan dimakamkan di Langgar Kota Naga.

Raja Temenggung Sulaiman telah mengadap baginda untuk memohon limpah perkenan bagi membina sebuah kota di Kubang Pasu yang bernama Kota Giam. Maka, Raja Temenggung Sulaiman dan kaum kerabatnya berhijrah dari Kota Rentang ke Kota Giam untuk bersemayam di sana. Raja Temenggung menyerahkan Kota Rentang kepada Dato’ Pahlawan Angkasa untuk menjagakannya.

Baginda bersama Jemaah menteri telah bermuafakat untuk memasyhurkan Tengku ‘Atha’allah sebagai bakal Sultan. Namun begitu, pemasyhuran itu tidak disukai cucunda baginda iaitu Tengku Ngah Putera dan membawa diri ke negeri Bugis. Ketika di negeri Bugis, Tengku Ngah Putera telah memohon ketenteraan dari Raja Bugis untuk melanggar Kedah. Raja Bugis telah melantik Raja Taguk Kurnam untuk mengetuai pasukan ketenteraan itu berdasarkan rekod cemerlangnya dalam setiap peperangan.

Hasrat Tengku Ngah Putera untuk melanggar Kedah itu tiba di telinga Raja Laksamana lalu disampaikan kepada baginda. Pada 19 Februari 1687, Tengku Ngah Putera bersama pasukan tentera Bugis telah memasuki Sungai Merbuk dan melakukan pemberontakan. Setelah 40 hari, angkatan Bugis dapat ditewaskan setelah Raja Taguk Kurnam mati di Sungai Merbuk Kecil manakala Tengku Ngah Putera lari ke Jeram, Selangor.

Pada 2 Mei 1688, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Indera Kayangan

Lihat juga

  • Sultan Kedah

Rujukan

  1. ^ Ismail, Ramli (1996). "Terusan Tertua di Semenanjung". Jurnal Warisan Indera Kayangan. 8: 10–12.

Bibliografi

  • Mohamad Isa Othman (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Dewan Bhasa dan Pustaka. ISBN 9836215832.
  • "Salasilah Duli Yang Maha Mulia". Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-02. Dicapai pada 2010-09-05.
Didahului oleh
Sultan Muhyiddin Mansur Shah
Sultan Kedah
16611688
Diikuti oleh:
Sultan Ataullah II