Sungai Keniyam

Sungai Keniyam yang terletak di Pahang
Sungai Keniyam
Lokasi muara Sungai Keniyam
Papar peta Pahang
Sungai Keniyam yang terletak di Malaysia
Sungai Keniyam
Sungai Keniyam (Malaysia)
Papar peta Malaysia
LokasiNegara MalaysiaNegeri PahangDaerahDaerah JerantutCiri-ciri fizikalSumberGunung Perlis • lokasiBerdekatan dengan kawasan Gunung Perlis dan kawasan berhutan serta sempadan negeri Kelantan (Jajahan Gua Musang) dan negeri Pahang (Daerah Jerantut) • koordinat4°42′12″N 102°21′45″E / 4.703419°N 102.362617°E / 4.703419; 102.362617 • ketinggianKira-kira 1,000 dan 1,020 m (3,280 dan 3,350 ka) MuaraSungai Tembeling 
 • koordinat
4°31′08″N 102°28′32″E / 4.518783°N 102.47555°E / 4.518783; 102.47555Koordinat: 4°31′08″N 102°28′32″E / 4.518783°N 102.47555°E / 4.518783; 102.47555Panjang42.4 km (26.3 bt)Ciri-ciri lembanganPergerakanSungai Tembeling → Sungai Pahang → Laut Cina SelatanSistem sungaiSungai TembelingAnak sungai  • kiriSungai Perkai, Sungai Keniyam KecilPeta topografiJUPEM Gunung Perlis (MY502A)

Sungai Keniyam (Jawi: سوڠاي كنييمcode: ms is deprecated ; dikenali juga sebagai Sungai Keniam, Sungai Kenyam atau Sungai Kenyang) merupakan sungai yang terletak di Daerah Jerantut, Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 180 km (110 bt) ke arah ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai ini juga terletak di dalam Taman Negara. Sungai Keniyam juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tembeling dalam lembangan Sungai Pahang. [1][2]

Latar belakang sungai

Sungai Keniyam telah dicatatkan di dalam peta topografi diterbitkan oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia atau kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dalam siri L7010 berskala 1:63 360 berlembar 58 terbitan tahun 1967 dan 59 terbitan tahun 1966.[3][4] Sungai Keniyam juga dicatatkan di dalam peta topografi yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam siri peta L7030, DNMM5101 serta yang terbaharu iaitu MY502A berskala 1:50 000 bagi dalam nombor lembar FE22 (untuk siri MY502A).[5]

Sungai Keniyam juga menjadi tumpuan pengunjung yang mengunjung ke Taman Negara kerana kawasan untuk memancing ikan terlebih lagi di muara atau hilir sungai iaitu Kuala Keniyam. Walau bagaimanapun, sungai ini digazetkan sungai dilindungi kerana mempunyai spesis ikan yang terancam.[6] Terdapat lebih 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah di Sungai Keniyam.

Ciri-ciri fizikal

Sungai Keniyam ini berpunca daripada kawasan bertanah tinggi dan berhutan primer di dalam kawasan Taman Negara Malaysia yang di bawah seliaan dan jagaan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).[5] Punca sungai ini berdekatan dengan kawasan Gunung Perlis dan sempadan negeri Pahang bagi daerah Jerantut dan negeri Kelantan bagi jajahan Gua Musang.[5] Ketinggian punca sungai ini ialah dalam kira-kira 1,000 dan 1,020 m (3,280 dan 3,350 ka) dari paras laut.[5]

Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tembeling di Kuala Keniyam sebagaimana ia penamat bagi Sungai Keniyam dan ia akan mengalir sehingga ke Sungai Pahang.[1][4][7] Ketinggian muara atau hilir sungai ini ialah kira-kira 0 dan 20 m (0 dan 66 ka) dari paras laut.[4]

Data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang telah setkan Sungai Keniyam mengalir sepanjang 42.4 km (26.3 bt) daripada hulu sehinggalah ke hilir sungai ini.[8]

Ciri-ciri lain

Ciri-ciri lembangan

Sungai Keniyam merupakan salah satu sebahagian dalam sistem lembangan bagi Sungai Tembeling yang terletak di Mukim Ulu Tembeling.[7] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Tembeling berdekatan dengan Sungai Tembing dan Sungai Peliau.[7] Terdapat dua anak sungai bagi Sungai Keniyam iaitu:

Aktiviti manusia (darat budaya)

Pemerhatian muka bumi daripada Pertadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan terdapat kira-kira satu ke lima populasi yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Keniyam.[9] Kebanyakan kawasan di sungai ini dipenuhi dengan kawasan hutan primer walau bagaimana pun, terdapat juga satu perkampungan yang dicatatkan dalam peta iaitu Kampung Keniyam yang terletak di seberang sungai.[4]

Rujukan

  1. ^ a b "Sungai Keniyam, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 5 Julai 2023.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 6 Julai 2023.
  3. ^ Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM). Gunong Tahan, 58. Edisi 1. Tahun 1967. Peta Topografi, Cetakan Terhad. Siri L7010: Semenanjung Malaysia berskala 1:63 360.
  4. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM). Kuala Sat, 59. Edisi 1. Tahun 1966. Peta Topografi, Cetakan Terhad. Siri L7010: Semenanjung Malaysia berskala 1:63 360.
  5. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Gunung Perlis, FE22. Edisi 1. Tahun 2013. Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad. Siri MY502A: Semenanjung Malaysia berskala 1:50 000.
  6. ^ Planet, Lonely; Richmond, Simon; Atkinson, Brett; Brown, Lindsay; Bush, Austin; Harper, Damian; Kaminski, Anna; Isalska, Anita; Jong, Ria de (2019-08-01). Lonely Planet Malaysia, Singapore & Brunei (dalam bahasa Inggeris). Lonely Planet. ISBN 978-1-78868-540-5.
  7. ^ a b c Pusat Geospatial Negara (PGN). "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Pusat Geospatial Negara (PGN), dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta jabatan-jabatan lain. Dicapai pada 15 September 2024.
  8. ^ Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (29 Ogos 1996). "Warta Rezab Sungai Negeri Pahang". jps.pahang.gov.my. Jabatan Pengairan dan Saliran. Dicapai pada 15 September 2024.
  9. ^ "SEDAC Map Viewer, v2". sedac.ciesin.columbia.edu. Dicapai pada 2024-09-15.