Letupan dwibibir tak bersuara

Nombor AFA101
Pengekodan
X-SAMPAp
Imej
Sampel audio
noicon
sumber · bantuan

Letupan dwibibir tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara p dalam Abjad Fonetik Antarabangsa dalm p dalam X-SAMPA. Dalam bahasa Melayu, konsonan letupan/hentian dwibibir tak bersuara dilambangkan oleh huruf p, contohnya: panas, spanar dan tetap.

Bunyi [p] tidak terdapat dalam 10% dari bahasa yang ada bunyi [b]. Inilah salah satu ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa-bahasa kawasan "lilit-Sahara" (Afrika di utara khatulistiwa, termasuk semenanjung Arab). Tidak diketahui berapa usia ciri-ciri ini, ataupun sama ada ini adalah kesan fenomena bahasa Arab sebagai bahasa berprestij (Bahasa Arab kehilangan bunyi /p/ pada zaman prasejarah), ataupub bahasa Arab itu sendiri dipengaruhi oleh corak kawasan yang lebih lama. Ketiadaan bunyi [p] juga didapati di kawasan-kawasan lain, contohnya di Eropah: bahasa-bahasa Proto-Celt dan Basque Lama apabila direkonstruksi didapati ada bunyi [b] tetapi tiada bunyi [p].

Walau apapun, bunyi [p] tetap mudah dijumpai dalam pelbagai bahasa. Kebanyakan bahasa cuma ada [p] biasa, sementara yang lain ada lebih dari satu jenisnya, misalnya: kebanyakan bahasa-bahasa Indo-Arya seperti bahasa Hindi, membezakan [p] yang biasa dan berhembusan.

Ciri-ciri

Ciri-ciri letupan dwibibir tak bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah letupan atau hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
  • Daerah artikulasinya adalah dwibibir, iaitu disebut dengan menutup kedua-dua bibir.
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Bentuk varian

IPA X-SAMPA Huraian
p p p biasa
p_h p berhembusan
p' (atau p_j) p yang dipalatalkan
p_w p yang dibibirkan
p_} p yang tak lepas
p_v p bersuara
p_> p ejektif

Penggunaan

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Melayu panas [panas] 'panas' Rujuk fonologi bahasa Melayu
Belanda[1] [[[Ortografi bahasa Belanda|plicht]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [plɪxt] 'tugas' Rujuk fonologi bahasa Belanda
Catalonia[2] [[[Ortografi bahasa Catalonia|parallamps ]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˌpaɾəˈʎams] 'pengalir kilat' Rujuk fonologi bahasa Catalonia
Cina Mandarin 爆炸code: zh is deprecated /bàozhà [pɑʊ˥˩ tʂa˥˩] 'meletup' Dibezakan dengan bentuk berhembusan. Rujuk Bahasa Mandarin Baku
Inggeris [[[Ortografi bahasa Inggeris|pack]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [pʰæk] 'pek' Rujuk fonologi bahasa Inggeris
Itali[3] [[[Bahasa Itali|papà]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [paˈpa] 'ayah' Rujuk fonologi bahasa Itali
Jepun[4] ポストcode: ja is deprecated /[[[Romanization of Japanese|posuto]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [posɯto] 'peti surat' Rujuk fonologi bahasa Jepun
Perancis[5] [[[Ortografi bahasa Perancis|pomme]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [pɔm] 'epal' Rujuk fonologi bahasa Perancis
Poland[6] [[[Ortografi bahasa Poland|pas]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [pas] (bantuan·info) 'tali pinggang' Rujuk fonologi bahasa Poland
Portugis[7] [[[Ortografi bahasa Portugis|pai]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [paɪ̯] 'bapa' Rujuk fonologi bahasa Portugis
Rusia[8] плодcode: ru is deprecated [plot] (bantuan·info) 'buah' Dibezakan dengan bentuk terlelangit. Rujuk fonologi bahasa Rusia
Sepanyol[9] [[[Ortografi bahasa Sepanyol|peso]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈpe̞so̞] 'berat' Rujuk fonologi bahasa Sepanyol
Zapotec Tilquiapan[10] pan [paŋ] 'roti'

Rujukan

  1. ^ Gussenhoven (1992:45)
  2. ^ Carbonell & Llisterri (1992:53)
  3. ^ Rogers & d'Arcangeli (2004:117)
  4. ^ Okada (1991:94)
  5. ^ Fougeron & Smith (1993:73)
  6. ^ Jassem (2003:103)
  7. ^ Cruz-Ferreira (1995:91)
  8. ^ Padgett (2003:42)
  9. ^ Martínez-Celdrán, Fernández-Planas & Carrera-Sabaté (2003:255)
  10. ^ Merrill (2008:108)

Bibliografi

  • Carbonell, Joan F. & Joaquim Llisterri (1992), "Catalan", Journal of the International Phonetic Association 22 (1-2): 53-56
  • Cruz-Ferreira, Madalena (1995), "European Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 25 (2): 90-94
  • Fougeron, Cecile & Caroline L Smith (1993), "Illustrations of the IPA:French", Journal of the International Phonetic Association 23 (2): 73-76
  • Gussenhoven, Carlos (1992), "Dutch", Journal of the International Phonetic Association 22 (2): 45-47
  • Jassem, Wiktor (2003), "Polish", Journal of the International Phonetic Association 33 (1): 103-107
  • Martínez-Celdrán, Eugenio; Ana Ma. Fernández-Planas & Josefina Carrera-Sabaté (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association 33 (2): 255-259
  • Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquipan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association, 38 (1): 107–114
  • Okada, Hideo (1991), "Phonetic Representation:Japanese", Journal of the International Phonetic Association 21 (2): 94-97
  • Padgett, Jaye (2003), "Contrast and Post-Velar Fronting in Russian", Natural Language & Linguistic Theory 21 (1): 39-87
  • Rogers, Derek & Luciana d'Arcangeli (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association 34 (1): 117-121
Daerah Bibir Koronal Dorsal Laringal
Cara Dwi­bibir Bibir ­gigi Lidah ­bibir Gigi Gusi Belaka­ng gusi Gelung­an Lelangit ­keras Lelangit ­lembut Anak tekak Farinks­Epiglotis Glotis
Sengauan m ɱ n ɳ̊ ɳ ɲ̊ ɲ ŋ̊ ŋ ɴ
Hentian/letupan p b t d ʈ ɖ c ɟ k ɡ q ɢ ʡ ʔ
Letusan desis ts dz t̠ʃ d̠ʒ ʈʂ ɖʐ
Letusan tak desis p̪f b̪v t̪θ d̪ð tɹ̝̊ dɹ̝ t̠ɹ̠̊˔ d̠ɹ̠˔ ɟʝ kx ɡɣ ɢʁ ʡʢ ʔh
Geseran desis s z ʃ ʒ ʂ ʐ ɕ ʑ
Geseran tak desis ɸ β f v θ̼ ð̼ θ ð θ̠ ð̠ ɹ̠̊˔ ɹ̠˔ ɻ˔ ç ʝ x ɣ χ ʁ ħ ʕ h ɦ
Malaran tak bergeser ʋ ɹ ɻ j ɰ ʔ̞
Tamparan ⱱ̟ ɾ̼ ɾ̥ ɾ ɽ̊ ɽ ɢ̆ ʡ̆
Getaran ʙ̥ ʙ r ɽ̊r̥ ɽr ʀ̥ ʀ ʜ ʢ
Letusan sisi ʈɭ̊˔ ɖɭ˔ cʎ̝̊ ɟʎ̝ kʟ̝̊ ɡʟ̝
Geseran sisi ɬ ɮ ɭ̊˔ ɭ˔ ʎ̝̊ ʎ̝ ʟ̝̊ ʟ̝
Malaran sisi l ɭ ʎ ʟ ʟ̠
Tamparan sisi ɺ̥ ɺ ɭ̥̆ ɭ̆ ʎ̆ ʟ̆
Lihat juga IPA · Vokal