Letupan velar bersuara

Nombor AFA110
Pengekodan
X-SAMPAg
Imej
Sampel audio
noicon
sumber · bantuan

Letupan velar bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɡ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan g dalam X-SAMPA. Aksara IPA-nya sepatutnya hanya ditulis dalam bentuk huruf "g berekor terbuka" , tetapi huruf "g berekor gelung" juga boleh diterima.

Dalam bahasa Melayu, letupan velar bersuara dilambangkan oleh huruf Rumi g atau huruf Jawi ݢga, contohnya: gagak ݢاݢق‎, mangga مڠݢ‎, dan beg بيݢ‎.

Ciri-ciri

Ciri-ciri letupan velar bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah letupan atau hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
  • Daerah artikulasinya adalah velar, iaitu disebut dengan bahagian belakang lidah (dorsum) menyentuh lelangit lembut (velum).
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Bentuk varian [ɡ]

IPA Huraian
ɡ g biasa
ɡʱ atau ɡ̈ g bersuara mengah
ɡʲ g terlelangit
ɡʷ g terbibir
ɡ̚ g tak terlepas
ɡ̊ g tak bersuara atau kendur

Penggunaan

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Melayu [[[Ortografi bahasa Melayu|guni]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ɡuni] 'guni' Rujuk fonologi bahasa Melayu
Arab[1] Mesir راجلcode: ar is deprecated [ˈɾˤɑːɡel] 'lelaki' Rujuk fonologi bahasa Arab
Sesetengah loghat Yaman قال [ɡɑːl] 'katanya'
Belanda[2] [[[Ortografi bahasa Belanda|zakdoek]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈzɑɡduk] 'sapu tangan' Rujuk fonologi bahasa Belanda
Catalonia[3] [[[Ortografi bahasa Catalonia|gros]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈɡɾɔs] 'besar' Rujuk fonologi bahasa Catalonia
Georgia[4] ულიcode: ka is deprecated [ˈɡuli] 'belakang'
Hindi [[[Devanāgarī|गाना]]] Error: {{Lang}}: aksara: deva tidak disokong untuk kod: hi (bantuan) [ɡɑːnɑː] 'lagu' Dibezakan dengan bentuk berhembusan. Rujuk fonologi bahasa Hindi-Urdu
Inggeris [[[Ortografi bahasa Inggeris|gasp]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈɡæsp] 'tercungap-cungap' Rujuk fonologi bahasa Inggeris
Itali[5] [[[Abjad Itali|gare]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈɡare] 'pertandingan' (jamak) Rujuk fonologi bahasa Itali
Jepun[6] code: ja is deprecated /gan [ɡaɴ] 'barah' Rujuk fonologi bahasa Jepun
Perancis[7] [[[French orthography|gain]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ɡɛ̃] 'pendapatan' Rujuk fonologi bahasa Perancis
Poland[8] [[[Polish orthography|gmin]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ɡmʲin] (bantuan·info) 'marhaen' Rujuk fonologi bahasa Poland
Portugis[9] [[[Ortografi bahasa Portugis|língua]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈlĩɡwɐ] 'lidah' Rujuk fonologi bahasa Portugis
Rusia[10] головаcode: ru is deprecated [ɡəlɐˈva] 'kepala' Rujuk fonologi bahasa Rusia
Sepanyol[11] [[[Ortografi bahasa Sepanyol|gato]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈɡato̞] 'kucing' Rujuk fonologi bahasa Sepanyol
Zapotec Tilquiapan[12] gan [ɡaŋ] 'akan mampu' Bergantung kepada ketelitian pertuturan, [ɡ] boleh dileniskan menjadi [ɣ]

Rujukan

  1. ^ Watson (2002:16-17)
  2. ^ Gussenhoven (1992:45)
  3. ^ Carbonell & Llisterri (1992:53)
  4. ^ Shosted & Chikovani (2006:255)
  5. ^ Rogers & d'Arcangeli (2004:117)
  6. ^ Okada (1991:94)
  7. ^ Fougeron & Smith (1993:73)
  8. ^ Jassem (2003:103)
  9. ^ Cruz-Ferreira (1995:91)
  10. ^ Padgett (2003:42)
  11. ^ Martínez-Celdrán, Fernández-Planas & Carrera-Sabaté (2003:255)
  12. ^ Merrill (2008:108)

Bibliografi

  • Carbonell, Joan F.; Llisterri, Joaquim (1992), "Catalan", Journal of the International Phonetic Association, 22 (1–2): 53–56
  • Cruz-Ferreira, Madalena (1995), "European Portuguese", Journal of the International Phonetic Association, 25 (2): 90–94
  • Fougeron, Cecile; Smith, Caroline L (1993), "Illustrations of the IPA:French", Journal of the International Phonetic Association, 23 (2): 73–76
  • Gussenhoven, Carlos (1992), "Dutch", Journal of the International Phonetic Association, 22 (2): 45–47
  • Jassem, Wiktor (2003), "Polish", Journal of the International Phonetic Association, 33 (1): 103–107
  • Martínez-Celdrán, Eugenio; Fernández-Planas, Ana Ma.; Carrera-Sabaté, Josefina (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association, 33 (2): 255–259
  • Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquiapan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association, 38 (1): 107–114
  • Okada, Hideo (1991), "Phonetic Representation:Japanese", Journal of the International Phonetic Association, 21 (2): 94–97
  • Padgett, Jaye (2003), "Contrast and Post-Velar Fronting in Russian", Natural Language & Linguistic Theory, 21 (1): 39–87
  • Rogers, Derek; d'Arcangeli, Luciana (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association, 34 (1): 117–121
  • Shosted, Ryan K.; Vakhtang, Chikovani (2006), "Standard Georgian", Journal of the International Phonetic Association, 36 (2): 255–264
  • Watson, Janet (2002). The Phonology and Morphology of Arabic. New York: Oxford University Press.
Daerah Bibir Koronal Dorsal Laringal
Cara Dwi­bibir Bibir ­gigi Lidah ­bibir Gigi Gusi Belaka­ng gusi Gelung­an Lelangit ­keras Lelangit ­lembut Anak tekak Farinks­Epiglotis Glotis
Sengauan m ɱ n ɳ̊ ɳ ɲ̊ ɲ ŋ̊ ŋ ɴ
Hentian/letupan p b t d ʈ ɖ c ɟ k ɡ q ɢ ʡ ʔ
Letusan desis ts dz t̠ʃ d̠ʒ ʈʂ ɖʐ
Letusan tak desis p̪f b̪v t̪θ d̪ð tɹ̝̊ dɹ̝ t̠ɹ̠̊˔ d̠ɹ̠˔ ɟʝ kx ɡɣ ɢʁ ʡʢ ʔh
Geseran desis s z ʃ ʒ ʂ ʐ ɕ ʑ
Geseran tak desis ɸ β f v θ̼ ð̼ θ ð θ̠ ð̠ ɹ̠̊˔ ɹ̠˔ ɻ˔ ç ʝ x ɣ χ ʁ ħ ʕ h ɦ
Malaran tak bergeser ʋ ɹ ɻ j ɰ ʔ̞
Tamparan ⱱ̟ ɾ̼ ɾ̥ ɾ ɽ̊ ɽ ɢ̆ ʡ̆
Getaran ʙ̥ ʙ r ɽ̊r̥ ɽr ʀ̥ ʀ ʜ ʢ
Letusan sisi ʈɭ̊˔ ɖɭ˔ cʎ̝̊ ɟʎ̝ kʟ̝̊ ɡʟ̝
Geseran sisi ɬ ɮ ɭ̊˔ ɭ˔ ʎ̝̊ ʎ̝ ʟ̝̊ ʟ̝
Malaran sisi l ɭ ʎ ʟ ʟ̠
Tamparan sisi ɺ̥ ɺ ɭ̥̆ ɭ̆ ʎ̆ ʟ̆
Lihat juga IPA · Vokal